13/01/2025
Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2025: Quran Divine Guardiance
Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2025 bakal melakar sejarah sebagai sebuah platform antarabangsa untuk menyemarakkan kefahaman tentang Islam dan Al-Quran. Acara ini akan berlangsung dari 24 hingga 27 Januari 2025 di Dewan 2020, Kangar, Perlis.
Bertemakan โQuran: Divine Guardianceโ atau โAl-Quran: Hidayah Ilahiโ, konvensyen ini menghimpunkan tokoh-tokoh ulama dan sarjana Islam terkenal dari seluruh dunia. Antara nama besar yang dijadualkan hadir ialah Dr. Zakir Naik (India), Sheikh Shady Alsuleiman (Australia), Dr. Muhammad Salah (Mesir), Sheikh Abdur Raheem Green (United Kingdom), Dr. Ahmed Saifuddin dan Sheikh Assim Al-Hakeem (Arab Saudi). Turut menyertai ialah Dr. Omar Suleiman, Dr. Waleed Basyouni, Sheikh Yusuf Estes (Amerika Syarikat), serta Dr. Bilal Philips (Kanada), bersama ramai lagi ilmuwan Islam yang disegani, termasuk dari nusantara.
PISC 2025 dianjurkan oleh Jabatan M***i Negeri Perlis dengan sokongan penuh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai penaja utama. Penaja bersama termasuk Dakwah Corner, The Straight Path Convention, dan Merdeka Times.
Konvensyen ini dijangka menarik kehadiran lebih 10,000 peserta dari dalam dan luar negara, menjadikannya platform unik untuk mengupas pelbagai isu kontemporari melalui perspektif Islam. Para peserta akan berpeluang menimba ilmu daripada pakar-pakar yang diiktiraf, memperkukuh ukhuwah Islamiah, dan mendalami mesej suci Al-Quran sebagai panduan kehidupan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara penuh berkat ini! Sertai PISC 2025 dan raikan kebijaksanaan Islam dalam sebuah perhimpunan bertaraf antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi penganjur atau layari laman rasmi PISC 2025.
Jom Like,Share & Follow Page Bangsa Perlis