17/02/2024
Shopee telah umumkan bahawa caj kadar cukai servis ke atas penjual akan dinaikkan dari 6% ke 8% termasuk untuk servis iklan.
Pembelian dari Shopee akan lebih mahal tahun ini sebab bakal terkesan tiga kali:
1. Cukai LVGT 10% ke atas barangan dari luar negara bernilai RM500 ke bawah yang sudahpun bermula pada 1 Jan tahun ini. Perkara ini sudah diumum Shopee.
2. Cukai servis dinaikkan ke 8% bermula 1 Mac. Penjual sudah tentu akan menaikkan harga barangan mereka. Perkara ini juga sudah diumum Shopee beberapa hari lalu.
3. Walaupun belum ada pengumuman dari Shopee. caj penghantaran bakal juga dikenakan cukai servis seiring dengan perluasan skop cukai servis yang akan bermula 1 Mac 2024.
Platform-platform lain seperti TikTok, Lazada, Alibaba, AliExpress, Taobao, Amazon, Grab, Shein juga terkesan.- LSS