
19/07/2025
Sanggup Bakar Hampir RM1 Juta Gara-gara Terkejut Diserbu SPRM
Pengurus projek syarikat pembinaan terkemuka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) kerana terlibat rasuah melibatkan perolehan tender projek pembinaan pusat data sanggup bertindak membakar wang tunai hampir RM1 juta akibat terkejut dengan serbuan dijalankan Suruhanjaya ini.
Menurut sumber, ketika serbuan dijalankan dirumahnya yang terletak di Petaling Jaya, pada Khamis, pasukan pegawai SPRM menemui wang kertas RM100 yang keseluruhannya berjumlah hampir RM1 juta dalam keadaan sudah terbakar.
Katanya, suspek dipercayai bertindak nekad mengambil beberapa bungkusan wang tunai dan cuba melupuskannya dengan membakarnya setelah melihat kehadiran sepasukan pegawai SPRM.