09/05/2026
KUALA NERUS, 09 Mei 2026 – Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) telah dijemput untuk membuat persembahan sempena program Ekspresi Seni Remaja 2026 (Mengenang T. Alias Taib) bersempena Karnival Kembara Madani dan Lestari Bahasa (Kembara Lestari) sempena Sambutan Ulang Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Ke-70 Peringkat Zon Timur.
Program yang berlangsung di Pentas Utama, SMK Kompleks Seberang Takir pada 9 Mei 2026 itu menyaksikan penglibatan pelbagai institusi dalam meraikan seni, bahasa dan warisan budaya Melayu.
PKW telah menampilkan dua persembahan utama iaitu Nasyid A ca****la dan Sajak Duo yang dipersembahkan oleh mahasiswa Performing Arts Leadership (PEARL).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa yang terlibat dalam menjayakan persembahan ini.
Future Caliph, Demi UniSZA!