Terengganu Voice

Terengganu Voice Media Informasi Pantai Timur Trending Social Media Platform in Terengganu and East Coast of Malaysia. Established since 2012. Ditubuhkan sejak 2012.

An independent media group consists of journalists, freelance writers, photographers and multimedia managers.

*Disclaimer: This platform is unrelated, neither have associate nor connection by all mean with our previous name or brand which has been recreated by unknown party for any purposes. Contact us via Facebook Messenger at m.me/TerengganuVoice

========= ========= ========= =========

Jena

ma Platform Media Maya nombor 1 di Terengganu dan di Pantai Timur Malaysia. Merupakan kump**an media bebas yang dianggotai wartawan, penulis bebas, jurufoto dan penyelaras multimedia.

*Penafian: Platform ini tidak ada sebarang kaitan mahupun penglibatan sama sekali dengan nama-nama terdahulu yang telah dicipta semula oleh pihak tidak dikenali untuk tujuan tertentu. Hubungi kami melalui FB Messenger di m.me/TerengganuVoice

01/05/2026

Water Festival ader buat kat Tranung, sek kte ni yer maing air laut, ngail, candat sutong. Xdok mabuk2, kalu ader pun mabuk laut time candat…

Khas peminat buku!!! Tengohari tadi min gi jalan-jalan kat Mayang Mall, ade event Big Bad Wolf Books kat tingkat 5. Maca...
30/04/2026

Khas peminat buku!!! Tengohari tadi min gi jalan-jalan kat Mayang Mall, ade event Big Bad Wolf Books kat tingkat 5. Macam-macam jenis buku ye jual, muroh-muroh pulok tu. Diskaun sapa 95%. Ade yang harga 3 ya, 5 ya, 8 ya… rambang mate min tengok weh!

Lepas tu, ade pulok peraduan cabutan bertuoh untuk pengunjung; hadiah skuter Aveta 125 terrr 🔥

Event sampai 9 Mei je, pukul 10 pagi sampai 10 malam. Bawoklah anok-anok gi jalan-jalan 😍
Big Bad Wolf Books

Stor Minyak Haram Diserbu, 86,000 Liter DirampasDUNGUN, 30 April 2026: Taktik menyimpan dan menjual minyak mentah secara...
30/04/2026

Stor Minyak Haram Diserbu, 86,000 Liter Dirampas

DUNGUN, 30 April 2026: Taktik menyimpan dan menjual minyak mentah secara haram terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas kira-kira 86,000 liter bahan itu bernilai RM255,500 dalam serbuan di sebuah premis di Taman Perindustrian, di sini, semalam.

Operasi sekitar 12.30 tengah hari itu digerakkan sepasukan anggota Cawangan Risik Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA Kuantan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu serta Majlis Perbandaran Dungun (MPD).

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan di premis beralamat Lot 9750C menemukan empat tangki berisi kira-kira 80,000 liter minyak mentah, selain tujuh tong jenis Intermediate Bulk Container (IBC) mengandungi sekitar 6,000 liter bahan sama.

“Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Turut dirampas tiga pam minyak, lima hos serta empat tangki kosong yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penyimpanan dan pemindahan bahan berkenaan,” katanya.

Siasatan awal mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen sah daripada MPD, dan kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tersebut.

Menurut beliau, suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun lalu dengan menjadikan premis berkenaan sebagai lokasi simpanan sebelum menjual minyak pada harga antara 70 sen hingga RM1 seliter.

“Hasil soal siasat, suspek yang bekerja di sebuah syarikat penyelenggaraan hampir tiga tahun dipercayai memperoleh minyak berkenaan ketika kerja-kerja di sekitar Terminal Minyak Mentah Terengganu sebelum dibawa ke premis tersebut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPD serta Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Remaja Ma̸ut Terperosok Bawah BasKUANTAN, 29 April 2026: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ma̸ut dalam keadaan trag...
29/04/2026

Remaja Ma̸ut Terperosok Bawah Bas

KUANTAN, 29 April 2026: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ma̸ut dalam keadaan tragis selepas terperosok di bawah sebuah bas sejurus motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalanga̸n di Jalan Genting Highlands arah menurun, tengah hari tadi.

Mangsa, Mikail Brian Iskandar, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat dari bawah bas berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.57 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands segera dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Komander operasi melaporkan berlaku kemalanga̸n membabitkan sebuah bas dengan motosikal jenis Honda Wave.

“Akibat kemalanga̸n itu, penunggang terperosok di bawah bas terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

Pemandu serta penumpang bas dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Jasad ma̸ngsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

PNK Catat Prestasi Memberangsangkan, Jadi Penggerak Ekonomi Nelayan - LKIMKEMAMAN, 29 April 2026 – Sebahagian besar dari...
29/04/2026

PNK Catat Prestasi Memberangsangkan, Jadi Penggerak Ekonomi Nelayan - LKIM

KEMAMAN, 29 April 2026 – Sebahagian besar daripada 106 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di seluruh negara menunjukkan prestasi memberangsangkan menerusi pelbagai aktiviti ekonomi yang berjaya meningkatkan pendapatan ahli serta memperkukuh rantaian bekalan sektor perikanan negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, kejayaan itu membuktikan PNK berupaya menjadi penggerak ekonomi komuniti nelayan di kawasan masing-masing melalui perniagaan berdaya maju dan berimpak tinggi.

Menurutnya, usaha berkenaan bukan sahaja meningkatkan pendapatan nelayan, malah turut merancakkan pembangunan ekonomi setempat.

“LKIM berbangga apabila kebanyakan PNK berjaya mencatatkan prestasi memberangsangkan dalam pelaksanaan aktiviti ekonomi seperti ditunjukkan PNK Kijal yang mengusahakan kolam memancing air masin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Jualan Agro MADANI dan sesi libat urus bersama penerima Lesen Sampan Khas (LSK) di Kolam Memancing Air Masin Kijal, di sini.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan peruntukan tambahan sebanyak RM300,000 kepada PNK Kijal bagi meningkatkan produktiviti projek kolam memancing berkenaan.

Muhammad Faiz berkata, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, LKIM serta agensi berkaitan turut menyediakan pelbagai bantuan termasuk pembiayaan modal perniagaan bagi memperkukuh keupayaan operasi dan daya saing PNK.

Beliau turut menegaskan setiap perniagaan yang dijalankan persatuan perlu diurus dengan baik dan konsisten bagi memastikan kelangsungan operasi serta p**angan mampan, sekali gus berupaya menjana keuntungan lebih tinggi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 436 Lesen Sampan Khas dikeluarkan kepada nelayan di Terengganu tahun ini sebagai usaha memperluas akses bantuan kerajaan.

“Bagaimanapun, penerima lesen perlu mematuhi syarat ditetapkan termasuk wajib turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari setahun bagi melayakkan mereka menerima subsidi dan insentif kerajaan,” katanya.

Kuota Subsidi 50 Liter Sehari Nelayan Kekal, Tiada Keputusan Tambah HadKEMAMAN, 29 April 2026: Kerajaan masih mengekalka...
29/04/2026

Kuota Subsidi 50 Liter Sehari Nelayan Kekal, Tiada Keputusan Tambah Had

KEMAMAN, 29 April 2026: Kerajaan masih mengekalkan kuota subsidi petrol dan diesel maksimum 50 liter sehari kepada nelayan berkelayakan, setakat ini tanpa sebarang keputusan untuk menambah had berkenaan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, kuota sedia ada didapati masih mencukupi bagi menampung operasi harian kebanyakan nelayan terutama yang menggunakan bot dan enjin standard.

Menurutnya, subsidi bahan api itu diwujudkan bagi mengurangkan beban kos ketika nelayan turun ke laut, bukannya menanggung keseluruhan kos operasi mereka.

“Kuota 50 liter sehari ditetapkan berdasarkan kapasiti biasa bot atau enjin standard dan ia memadai untuk kebanyakan operasi harian. Jika penggunaan melebihi jumlah itu, lebihan kos perlu ditanggung sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Jualan Agro MADANI dan Sesi Libat Urus Bersama Penerima Lesen Sampan Khas (LSK) di Kijal semalam.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan bakul makanan kepada 71 pemegang LSK daripada Persatuan Nelayan Kawasan daerah Kemaman.

Muhammad Faiz berkata, selain subsidi bahan api, nelayan turut menerima elaun sara hidup serta insentif pendaratan ikan bagi membantu meningkatkan produktiviti sektor perikanan.

Katanya, sebanyak 436 LSK dikeluarkan kepada nelayan pantai di Terengganu tahun ini, menjadikan keseluruhan 1,036 lesen telah dikeluarkan di negeri itu sejak 2021.

Bagaimanapun, lesen hanya diberikan kepada nelayan aktif yang memenuhi syarat termasuk turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari setahun bagi melayakkan mereka menerima subsidi dan insentif kerajaan.

“Jika syarat tidak dipatuhi, LKIM boleh menarik balik lesen berkenaan dan bantuan kerajaan tidak akan diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa semua Persatuan Nelayan Kawasan di seluruh negara agar memberi tumpuan kepada aktiviti ekonomi secara lebih konsisten supaya manfaat peruntukan kerajaan dapat dinikmati seluruh ahli.

28/04/2026

Kat trafik lite Jalan Budiman sakning. Terkial-kial sekor anok kucing lari nok selamatkan diri dari kete2 yg masuk sipang.. Terima kasih aban drebar skylift hok tlg berenti & selamatkan anok kucing tu…🥲 semoga Allah SWt membalas setiap kebaikan kecil dengan ganjaran pahala yang besar, walau dok terlihat oleh manusia.. Aamin..🤲🏻

GLOBAL: Tujuh mⱥut, 81 cedera dalam nahas tren bertembung di BekasiJAKARTA, 28 April 2026: Sekurang-kurangnya tujuh oran...
28/04/2026

GLOBAL: Tujuh mⱥut, 81 cedera dalam nahas tren bertembung di Bekasi

JAKARTA, 28 April 2026: Sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan mⱥut manakala 81 lagi cedera selepas dua tren bertembung berhampiran Stesen Bekasi Timur, Jawa Barat, malam tadi.

Jurucakap PT Kereta Api Indonesia (KAI), Anna Purba, berkata operasi menyelamat masih diteruskan bagi mengeluarkan mⱥngsa yang terperangkap, termasuk dua individu yang dilaporkan masih hidup dalam runtuhan gerabak.

Beberapa mⱥngsa dilaporkan menceritakan kejadian berlaku secara tiba-tiba dengan bunyi dentuman kuat sebelum berlaku kekecohan dalam tren.

Jurucakap pengendali tren, Franoto Wibowo, berkata tren jarak jauh dipercayai melanggar sebuah kenderaan di lintasan, menyebabkan tren komuter berhenti sebelum dirempuh dari belakang.

Menurut pihak berkuasa, beberapa gerabak mengalami kerosakan teruk dan operasi menyelamat melibatkan pelbagai agensi termasuk tentera, bomba dan pasukan penyelamat.

Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad, berkata jumlah mⱥngsa dijangka meningkat berikutan operasi masih berjalan.

Sumber: AFP, Al Jazeera

Syukri Bazli Terima ‘Walk of Honor’ di HSNZ, Pemergian Bawa Harapan Baharu Kepada PesakitKUALA TERENGGANU, 28 April 2026...
27/04/2026

Syukri Bazli Terima ‘Walk of Honor’ di HSNZ, Pemergian Bawa Harapan Baharu Kepada Pesakit

KUALA TERENGGANU, 28 April 2026: Pemergian Allahyarham Muhammad Syukri Bazli, 31, bukan sahaja meninggalkan kesedihan mendalam kepada keluarga, malah turut memberi sinar baharu kepada beberapa pesakit apabila organ-organ beliau didermakan melalui Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurut sahabat arwah, Ahmad Nazrul, Allahyarham disahkan mengalami mati otak selepas serangan jantung sebelum proses pendermaan organ dijalankan dengan keizinan penuh keluarga.

Sebagai penghormatan terakhir, satu majlis ‘Walk of Honor’ diadakan apabila petugas perubatan mengiringi Allahyarham dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) ke dewan bedah sebelum pembedahan dijalankan.

Ahmad Nazrul berkata, proses pengambilan organ bermula pada waktu pagi dan selesai sekitar jam 1 tengah hari. Antara organ serta tisu yang didermakan ialah hati, dua buah pinggang, tulang dan kulit.

Katanya, hati dihantar ke Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur untuk seorang kanak-kanak, manakala satu buah pinggang dihantar ke Hospital Selayang dan satu lagi ke Universiti Malaya bagi pesakit yang menjalani dialisis akibat diabetes.

“Tulang yang didermakan akan digunakan untuk prosedur bone graft melibatkan pesakit kemalangan, kanser tulang dan masalah tulang belakang, manakala kulit p**a bagi rawatan pesakit melecur teruk serta pembedahan rekonstruktif,” katanya.

Selepas selesai proses pendermaan, penggantian sementara (prostetik) turut dilakukan bagi mengekalkan bentuk fizikal jenazah.

Jenazah Allahyarham Muhammad Syukri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peroh, Ajil sekitar jam 9.30 malam pada Sabtu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak, termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU). Pemergiannya bukan sahaja diratapi insan tersayang, malah menjadi anugerah tidak ternilai kepada mereka yang menanti peluang kedua untuk hidup.

1,420 kes kebakaran terbuka direkod di TerengganuKUALA TERENGGANU, 27 April 2026: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ...
26/04/2026

1,420 kes kebakaran terbuka direkod di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 April 2026: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu merekodkan 1,420 kes kebakaran terbuka dari 1 Januari hingga semalam.

Pengarahnya, Nor Mahathir Muhamad, berkata Kuala Nerus mencatat kes tertinggi (252 kes), diikuti Kemaman (236) dan Dungun (205).

Kebakaran kebanyakannya melibatkan belukar dan lalang (1,121 kes), selain hutan dan kebun.

Menurutnya, trend peningkatan menunjukkan risiko kebakaran semakin tinggi, justeru orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka.

Kesalahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling dengan denda sehingga RM500,000 atau penjara.

Pelaku Buli Gunting Baju Pelajar MRSM Sudah Dikenal Pasti, Boleh Dibuang MRSM - Asyraf WajdiJASIN, 26 April: Pelajar Mak...
26/04/2026

Pelaku Buli Gunting Baju Pelajar MRSM Sudah Dikenal Pasti, Boleh Dibuang MRSM - Asyraf Wajdi

JASIN, 26 April: Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang dipercayai terlibat dalam kes buli sehingga menggunting serta merosakkan pakaian seorang pelajar lain telah dikenal pasti pihak pengurusan.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, laporan berhubung insiden itu telah diterima dan siasatan segera sedang dijalankan bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil.

Menurut beliau, keluarga mangsa sudah membuat laporan manakala identiti pelaku juga berjaya dikesan selepas isu berkenaan tular di media sosial.

Katanya, mana-mana pelajar yang terbukti terlibat tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan termasuk dibuang dari MRSM bergantung kepada tahap kesalahan dilakukan.

“Aspek buli bukan hanya melibatkan kecederaan fizikal, malah tekanan mental kepada mangsa juga sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM MRSM Tun Ghafar Baba, semalam.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi keadaan pakaian adiknya yang koyak dan rosak dipercayai akibat dibuli di sebuah MRSM, selain beberapa barangan peribadi turut dimusnahkan.

Hantaran itu mengundang perhatian ramai sebelum Asyraf Wajdi menegaskan MARA tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk buli di institusi bawah seliaannya.

Dikir Barat RTM 2026, Tahniah Kepada Semua PemenangPertandingan Dikir Barat RTM 2026 mencipta sejarah tersendiri apabila...
26/04/2026

Dikir Barat RTM 2026, Tahniah Kepada Semua Pemenang

Pertandingan Dikir Barat RTM 2026 mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali memperkenalkan penyertaan kump**an wanita di pentas akhir, sekali gus membuka lembaran baharu dalam perkembangan seni warisan tradisional negara.

Penganjuran edisi kali ini dilihat sebagai platform penting dalam usaha memartabatkan seni dikir barat, selain menarik minat generasi muda agar terus menghargai budaya warisan tempatan.

Malam kemuncak yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media semalam menyaksikan persaingan sengit bagi merebut gelaran juara dalam kategori lelaki dan wanita.

Bagi kategori lelaki, Kala Maharaja PKINK membawa p**ang gelaran johan, manakala wakil kump**an itu turut mendominasi anugerah individu apabila Ijak Akiem dinobatkan sebagai Tok Jogho Lelaki Terbaik dan Megat Haikal sebagai Tukang Karut Lelaki Terbaik.

Dalam kategori wanita p**a, Sri Kandi Tumpat berjaya merangkul kejuaraan sulung dan turut cemerlang menerusi kemenangan Nana Alunan Manja sebagai Tok Jogho Wanita Terbaik serta Ikin Sukma Sakti selaku Tukang Karut Wanita Terbaik.

Sementara itu, Sri Andani p**a menerima Anugerah Khas Raja Perfume Malaysia sebagai pengiktirafan istimewa pada pertandingan kali ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang berjaya menyerlahkan bakat serta keunikan seni dikir barat di pentas berprestij itu.

Penajaan utama pertandingan kali ini disokong oleh Raja Perfume x Lavabelle, yang bersama RTM memperkukuh usaha memelihara seni warisan budaya sehingga ke peringkat akhir pada 25 April 2026.

Semoga seni dikir barat terus subur dan kekal menjadi warisan berharga buat generasi akan datang.

Address

Kuala
20200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu Voice posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share