Viral Network

Viral Network Page yang memaparkan isu-isu semasa dan tular

"Mangsa sudah membuat pindahan sebanyak 22 transaksi..”Alor Setar: Polis menerima satu lagi laporan berhubung kes penipu...
12/08/2026

"Mangsa sudah membuat pindahan sebanyak 22 transaksi..”

Alor Setar: Polis menerima satu lagi laporan berhubung kes penipuan wang kutu di daerah Kota Setar yang membabitkan pasangan suami isteri yang ditahan polis di daerah Kubang Pasu, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, ia membabitkan mangsa iaitu seorang wanita berusia 35 tahun yang juga surirumah.

"Mangsa sudah membuat pindahan sebanyak 22 transaksi wang antara tarikh 3 Julai lalu hingga 31 Julai lalu ke dalam akaun bank individu terbabit berjumlah RM126,800.

"Mangsa bagaimanapun sudah menerima wang pulangan RM 32,000.

"Punca kewangan itu adalah wang simpanan daripada wang hasil wasiat ibu bapa mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Basri berkata, tangkapan dilakukan terhadap pasangan suami isteri berusia 39 dan 36 tahun itu pada 11 Ogos lalu dan perintah reman diperoleh selama dua hari bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3 AktaKumpulan Kutu 1971.

"Kes ini sama seperti di Kubang Pasu cuma laporan hanya membabitkan daerah Kota Setar sahaja," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pasangan suami isteri ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu berhubung kes membabitkan hutang duit kutu selepas menghilangkan diri sejak 20 Julai lalu.

Polis menerima 35 laporan polis daripada mangsa yang membabitkan kerugian berjumlah RM1.7 juta.

Sumber: hmetro

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu ter...
12/08/2026

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membatalkan tindakannya menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan bagi pengendali pertaruhan nombor ramalan di negeri berkenaan.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Rhodzariah Bujang bersama-sama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin, memerintahkan kerajaan negeri membayar kos sebanyak RM50,000.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Hakim Rhodzariah memutuskan bahawa kerajaan negeri gagal memenuhi syarat ambang di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi membolehkan kebenaran merayu diberikan.

Kerajaan Negeri Kedah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada ejen pertaruhan nombor ramalan, syarikat serta pegawai utama mereka dalam mencabar arahan kerajaan negeri berkenaan.

Terdahulu, kerajaan Kedah telah menggunakan saluran perundangan dalam mempertahankan keputusan menutup premis judi di negeri itu.

Notis rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 24 Jun 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika itu melahirkan rasa kecewa dan sedih berhubung keputusan tersebut kerana beliau hanya melaksanakan tuntutan agama di negeri ini.

Sumber: hmetro

Tular media sosial seorang wanita tampil mendedahkan dirinya diugut oleh gangster cap ayam ketika mahu melakukan kerja m...
11/08/2026

Tular media sosial seorang wanita tampil mendedahkan dirinya diugut oleh gangster cap ayam ketika mahu melakukan kerja merobohkan premis warga R0hingya yang dibina atas tanah kerajaan.

Intan Hartini Harun berkongsi kejadian itu di FB memberitahu beliau telah mendapat tender bagi kerja-kerja perobohan di Jalan Ipoh, KL. Malah notis juga telah dikeluarkan bagi merobohkan premis haram itu.

Menurut Puan Intan, beliau telah didatangi beberapa orang gangster India pada hari Sabtu dan gangster Melayu pada hari Ahad.

Gangster-gangster atau lebih mesra dengan panggilan B4RUA terbabit mengaku mereka diupah oleh warga Rohingya bernama Siti Noor Fadhilah.

Puan Intan telah diugut oleh agar tidak merakam tindakan mereka dan tidak melaporkannya kepada polis.

Laporan polis telah dibuat oleh pihak Puan Intan berhubung kejadian ini.

-asiakini-

Sumber: fb banteras warga asing

"Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan…”Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar menganggap kejadian bendera J...
10/08/2026

"Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan…”

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar menganggap kejadian bendera Jalur Gemilang 'cacat' yang dikibarkan di negeri itu sebagai "kes terpencil" dan tidak wajar diperbesarkan.

Kata Ahmad Samsuri, dia juga berharap kejadian seumpama itu tidak lagi berulang.
Dia yang juga Pengerusi PN menambah, siasatan akan dijalankan ke atas insiden tersebut.

"Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan, (sebaliknya) kes yang terpencil yang tidak disengajakan.

"Apa pun kita (kerajaan negeri) akan melakukan siasatan dan memastikan perkara tu tidak akan berulang lagi.

"Walau siapa jua yang memasang bendera itu termasuklah orang awam atau sebagainya," katanya.

Dia ditemui media ketika hadir di majlis sambutan Hari Renjer Sedunia 2026 peringkat negeri di Kuala Terengganu, hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan Jalur Gemilang yang berkibar tanpa lambang bulan dan bintang sehingga membangkitkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Sumber: malaysiakini

KEMAMAN, 9 Ogos – Tiga buruh etnik Rohingya direman lima hari bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanit...
09/08/2026

KEMAMAN, 9 Ogos – Tiga buruh etnik Rohingya direman lima hari bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun di Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun itu ditahan kira-kira 8 malam semalam di sebuah rumah di Kampung Besut, dekat Bandar Chukai.

Katanya, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 20 tahun kelmarin sebelum siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu kira-kira 11 malam, 5 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Besut, Chukai,” katanya.

“Selagi mana Malaysia kekal anggota OIC, kami akan dtg dan tinggal di Malaysia!”Seorang lelaki etnik R0hingya dilabel pe...
09/08/2026

“Selagi mana Malaysia kekal anggota OIC, kami akan dtg dan tinggal di Malaysia!”

Seorang lelaki etnik R0hingya dilabel pengecut serta takde telor selepas memberikan komen melampau terhadap kerajaan Malaysia.

Samiul Uddin Palabana yang kini menetap di Amerika dianggap betul-betul bingai kerana mengatakan rakyat Malaysia tiada beza dengan orang Y4hudi.

Seolah tiada langsung jasa baik kerajaan dan rakyat Malaysia, Samiul Uddin Palabana turut menuduh Malaysia menyeksa pelarian R0hingya.

“Lebih ramai pelarian R0hingya sepatutnya datang ke Malaysia kerana Malaysia merupakan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama antara negara-negara majoriti Muslim serta memperjuangkan kepentingan umat Islam di seluruh dunia, khususnya umat Islam R0hingya yang menjadi mangsa.

“Selagi Malaysia menjadi anggota OIC, kami berharap Malaysia akan terus memberikan perlindungan dan bantuan kemanusiaan kepada pelarian R0hingya.

“Malaysia, jika kamu keluar daripada OIC, kami akan keluar dari Malaysia!

“Selagi dan selagi mana Malaysia kekal sebagai anggota OIC, kami akan datang ke Malaysia dan tinggal di Malaysia demi mendapatkan perlindungan.

“Jika kamu tidak mampu membantu umat Islam, keluarlah daripada OIC jika kamu mampu.

“Malaysia, kamu boleh menyeksa R0hingya yang tidak bersalah, tiada masalah.

“Malaysia, jangan lupa bahawa kamu sedang melanggar perlembagaan OIC.

“Jadi, apakah perbezaan antara rakyat Malaysia dengan orang Y4hudi?

“Berhenti menyalahkan Amerika Syarikat dan lsraeI!!!

“Semua rakyat R0hingya tidak melakukan jenayah di Malaysia!

“Malaysia mesti menghentikan penyeksaan terhadap pelarian R0hingya dengan segera!” tulis Samiul Uddin Palabana.

Sumber: fb samiul uddin (terjemahan chatgpt)

-asiakini-

Address

Kelana Jaya
Kuala
4300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Viral Network posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Viral Network:

Shortcuts

Share