KEMAS Negeri Terengganu

KEMAS Negeri Terengganu Laman Rasmi KEMAS Terengganu memaparkan segala informasi & aktiviti yang berlaku di KEMAS Terengganu

19/12/2025

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐“๐ˆ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ŸŽ’

Selamat bercuti kepada semua murid terutamanya anak-anak TABIKA KEMAS serta warga pendidik yang dihargai.

Ada yang bakal melangkah ke Tahun 1, ada yang kini bergelar senior 6 tahun. Apa jua fasa, teruslah melangkah dengan ceria dan yakin.

Manfaatkan cuti ini dengan aktiviti berfaedah, luangkan masa bersama keluarga dan sentiasa jaga keselamatan.

Jumpa kembali dengan semangat baharu.
Selamat bercuti & Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.

Ucapan tulus ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga KEMAS.

โ€œ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‚๐’”๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’‚๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘บ, ๐‘ด๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘จ๐’”๐’‘๐’Š๐’“๐’‚๐’”๐’Š ๐‘ท๐’Š๐’Ž๐’‘๐’Š๐’๐’‚๐’โ€

๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑBESUT, 17 Disember 2025...
17/12/2025

๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฆ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

BESUT, 17 Disember 2025 โ€“ Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika dan Taska KEMAS Parlimen Besut Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari ini bertempat di Dewan Politeknik Besut.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Besut, sebagai simbol komitmen berterusan kepimpinan komuniti dalam menyokong agenda pendidikan awal kanak-kanak.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Ustaz Razali bin Mamat, Ketua Unit Dasar dan Pembangunan Sosial yang hadir mewakili Pengarah KEMAS Negeri Terengganu; YBhg. Ts. Puan Elisnorazmaliza binti Ab. Hamid, Timbalan Pengarah Governan Strategik yang hadir mewakili Pengarah Politeknik Besut serta barisan Pengerusi Komuniti KEMAS DUN Parlimen Besut.

Antara yang hadir ialah Yang Mulia Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman, Pengerusi Komuniti KEMAS DUN Kuala Besut; YM Sheikh Ahmad Tajuddin bin Sh Yusoff, Pengerusi Komuniti KEMAS DUN Kota Putera; YBrs. En. Mohd Rozaini bin Mohd Rasli, Pengerusi Komuniti KEMAS DUN Jertih dan YBrs. En. Hasmadi bin Hasan, Pengerusi Komuniti KEMAS DUN Hulu Besut.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran En. Azman bin Ngadiron, Pegawai KEMAS Daerah Besut; En. Mohd Rusli bin Abdullah, Penolong Pegawai Pembangunan Komuniti dan Kemahiran; serta Puan Nor Aini binti Ramli, Puan Wan Haslina binti Wan Ahmad dan Cik Suraya binti Mahmod, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Besut.

Turut bersama, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Tabika dan Taska KEMAS Besut, Pendidik Masyarakat Tabika dan Taska KEMAS, Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela, tenaga pengajar Musโ€™ab bin Umair KEMAS Besut, ibu bapa serta anak-anak yang diraikan.

Penganjuran Hari Apresiasi ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS atas pencapaian, sahsiah dan potensi mereka, di samping menghargai peranan pendidik serta sokongan padu ibu bapa dalam menjayakan pendidikan awal kanak-kanak.

Program ini selari dengan aspirasi KEMAS dalam melahirkan generasi cilik yang berkeyakinan, berilmu dan berakhlak mulia sebagai aset masa depan negara.







๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—–๐—œ๐—Ÿ, ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š |๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—จ๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ...
16/12/2025

๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—–๐—œ๐—Ÿ, ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š |
๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—จ๐—ก ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

HULU TERENGGANU, 16 Disember 2025 โ€“ Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS DUN Kuala Berang Parlimen Hulu Terengganu Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh bermakna bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Jalaluddin bin Ismail, Pengerusi Komuniti KEMAS DUN Kuala Berang, yang hadir mewakili YBhg Datoโ€™ Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Komuniti KEMAS Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).

Turut hadir ialah Yang Berusaha Puan Zuhairah binti Aziz, Pegawai Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS Negeri Terengganu; Puan Tuan Aznita binti Tuan Mohd Zubit, Pegawai KEMAS Daerah Hulu Terengganu; Cik Ramlah binti Ismail dan Puan Nurul Aisyatunazwa binti Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Parlimen Hulu Terengganu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Laila binti Haji Mat Daud, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pendidikan Kemahiran KEMAS Parlimen Hulu Terengganu; Encik Nik Khairul Anuar bin Nik Mahmud, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pembangunan Masyarakat KEMAS Parlimen Hulu Terengganu; Encik Suhaimi bin Ali, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pembangunan Desa DUN Manir; serta Encik Zakaria bin Talib, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pembangunan Desa DUN Ajil.

Turut sama hadir ialah barisan Pengerusi JPKKP DUN Kuala Berang, barisan Pengerusi dan AJK Tabika KEMAS DUN Kuala Berang, barisan Pendidik Masyarakat dan Pembantu Pendidik Masyarakat Tabika, Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan, PPMS serta guru Musโ€™ab Umair.

Majlis ini memberi penghormatan kepada para graduan Tabika KEMAS DUN Kuala Berang yang diraikan bersama ibu bapa dan penjaga, sebagai simbol penghargaan atas pencapaian, sahsiah dan perkembangan holistik kanak-kanak sepanjang tempoh persekolahan.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan KEMAS dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak serta membina asas kukuh generasi masa hadapan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.








๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ |๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑKEMAMAN, 15 Disember 2025 (Isnin) ...
15/12/2025

๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ |
๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

KEMAMAN, 15 Disember 2025 (Isnin) โ€“ Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Daerah Kemaman 2025 telah berlangsung dengan penuh tertib dan meriah bertempat di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.

Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran YBhg Datoโ€™ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Kemaman, sebagai simbol komitmen berterusan kepimpinan komuniti dalam menyokong agenda pendidikan awal kanak-kanak di daerah ini.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs Dr. Faridah binti Mat, Pengarah KEMAS Negeri Terengganu; YBhg En. Ahmad Nazri bin Mohd Yusof, Pengerusi Penyelaras Komuniti Negeri Terengganu; YBhg Datoโ€™ Sri Haji Mohamed Rahim bin Haji Hussin, Pengerusi Penyelaras Aktiviti TABIKA KEMAS DUN Chukai; YBhg Dr. Mohd Zaki bin Salleh, Pengerusi Penyelaras Aktiviti TABIKA KEMAS DUN Air Putih; serta YBhg En. Mohd Khairi Afiq bin Mohd Yusoff, Pengerusi Penyelaras Aktiviti TABIKA KEMAS DUN Kemasik.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Nurul Ain binti Mohd Noor, MT Penolong Pegawai Kemahiran & Komuniti KEMAS Daerah Kemaman; Puan โ€˜Aishah binti Hj Abu dan Cik Nurulnadia binti Ramli, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Daerah Kemaman; Penolong Pegawai Masyarakat Kanan (PPMK) serta MT PPMK Pelbagai Jurusan KEMAS Daerah Kemaman, selain barisan Pendidik Masyarakat Tabika KEMAS, Pembantu Pendidik Masyarakat KEMAS/Sukarela KEMAS Daerah Kemaman, dan wakil warga KEMAS daerah termasuk Mus'ab bin Umair, KEMAS Daerah Kemaman.

Program ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS atas pencapaian, sahsiah dan perkembangan holistik mereka sepanjang sesi persekolahan, di samping menghargai peranan pendidik serta sokongan padu ibu bapa dalam menjayakan pendidikan awal kanak-kanak.

Penganjuran Hari Apresiasi ini selari dengan aspirasi KEMAS dalam melahirkan generasi cilik yang berkeyakinan, berilmu dan berakhlak mulia sebagai aset masa depan negara.







๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐— ...
14/12/2025

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ

KUALA NERUS | SEBERANG TAKIR โ€“ Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan & Pembangunan (TKPP) KEMAS, Tuan Ayub bin Abd Rahman, telah mengadakan lawatan kerja rasmi bersama Pengarah KEMAS Negeri Terengganu ke Pusat Latihan KEMAS Terengganu dan Pejabat KEMAS Daerah Kuala Nerus, Seberang Takir bagi meninjau serta memantau keadaan fizikal bangunan dan kemudahan sedia ada.

Lawatan ini bertujuan menilai tahap penyelenggaraan, keselamatan serta kesesuaian prasarana agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan kondusif bagi menyokong pelaksanaan latihan, pengurusan serta penyampaian perkhidmatan KEMAS kepada masyarakat setempat.

Sepanjang lawatan, TKPP KEMAS turut diberi taklimat ringkas oleh pihak pengurusan berkaitan status kemudahan, keperluan penambahbaikan serta cadangan naik taraf bagi memastikan operasi dan perkhidmatan KEMAS dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berdaya saing.

Lawatan seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan pengurusan tertinggi KEMAS dalam memastikan aset dan kemudahan jabatan diurus secara sistematik, selamat dan berfungsi dengan baik, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta usaha memperkasa kesejahteraan komuniti.

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” (๐—ž๐—ข๐— ๐—ง๐—”) ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆKUALA NERUS | 14 DISEMBER 2025 (AHAD) โ€“ Majlis Pen...
14/12/2025

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” (๐—ž๐—ข๐— ๐—ง๐—”) ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ

KUALA NERUS | 14 DISEMBER 2025 (AHAD) โ€“ Majlis Penyerahan Projek Bina Baru Bangunan Kompleks Tabika (KOMTA) telah berlangsung dengan lancar dan sempurna bertempat di Bangunan KOMTA Gong Kuin, Kuala Nerus, sebagai simbol kejayaan pelaksanaan projek prasarana pendidikan awal kanak-kanak di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Hj. Anuar bin Mohd Azlan, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu, diikuti ucapan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan & Pembangunan (TKPP) KEMAS, Tuan Ayub bin Abd Rahman. Turut hadir Dr Faridah binti Mat Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, Ir. Dr. Mohammad Ashari bin Muda
Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Kuala Terengganu, Pegawai KEMAS Daerah Kuala Terengganu, Pegawai-pegawai JKR Negeri dan Daerah Terengganu, En Mohd Zulizzab bin Saari Penolong Jurutera Awam KEMAS, serta En. Muhammad Rassol bin Taib, Pengurus Projek, Patenmas Enterprise Sdn. Bhd.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi tandatangan dokumen serahan projek, melibatkan penyerahan rasmi dokumen lukisan siap bina daripada JKR kepada KEMAS, menandakan penyerahan bangunan untuk tujuan pengoperasian dan pengurusan oleh pihak KEMAS. Majlis diakhiri dengan lawatan tapak ke Bangunan Kompleks Tabika (KOMTA).

Butiran Kontrak Projek

Projek : Bina Baru Bangunan Kompleks Tabika (KOMTA) Kuala Nerus, Terengganu
Agensi Pelaksana : Jurutera Daerah, JKR Kuala Terengganu
Kaedah Pelaksanaan : Konvensional Dalaman
No. Kontrak : JKR/T/KT/P/6/2021
Tempoh Kontrak : 98 Minggu
Kos Kontrak (Asal) : RM3,320,000.00
Kos Kontrak (Semasa) : RM3,922,156.92
Tarikh Milik Tapak : 15 Disember 2021
Tarikh Siap Projek (Asal) : 31 Oktober 2023
Tarikh Siap Projek (Semasa) : 11 Disember 2025
Pegawai Penguasa : Jurutera Daerah, JKR Kuala Terengganu
Kontraktor : Patenmas Enterprise Sdn. Bhd.

Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen berterusan KEMAS dan JKR dalam menyediakan kemudahan pendidikan awal yang berkualiti, selamat dan kondusif, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta usaha memperkasa kesejahteraan komuniti luar bandar.

๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐— ๐—”๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก, ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ž ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—จ๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑDUNGUN, 13 Disember 2025 โ€“ ...
13/12/2025

๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐— ๐—”๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก, ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ž ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก | ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—•๐—œ๐—ž๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—จ๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

DUNGUN, 13 Disember 2025 โ€“ Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika KEMAS DUN Sura 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Dewan Bidara, Hotel UiTM, Dungun.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Datoโ€™ Dr. Haji Din bin Adam, Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Dungun, serta menyampaikan sijil penghargaan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan perkembangan mereka sepanjang tahun 2025.

Majlis turut diserikan dengan ucapan aluan oleh Dr. Faridah binti Mat, Pengarah KEMAS Negeri Terengganu yang menzahirkan penghargaan kepada para pendidik, ibu bapa serta semua pihak yang komited dalam memastikan pendidikan awal kanak-kanak terus berkualiti dan holistik.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Zaini binti Mohamad, Pegawai KEMAS Daerah Dungun bersama Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak Daerah Dungun, barisan warga pendidik KEMAS, ibu bapa serta kanak-kanak Tabika KEMAS DUN Sura.

Program ini menjadi platform penting dalam menyemai keyakinan diri, kreativiti serta sahsiah unggul kanak-kanak selari dengan aspirasi pendidikan awal KEMAS.




HULU TERENGGANU โ€“ Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS DUN Ajil Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meri...
11/12/2025

HULU TERENGGANU โ€“ Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS DUN Ajil Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah apabila seramai 142 orang kanak-kanak diraikan atas pencapaian mereka sepanjang mengikuti pendidikan awal di TABIKA KEMAS.

Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat, iaitu Yang Mulia Tengku Mahari Bin Tengku Chik, Pengerusi Komuniti KEMAS DUN Ajil .Turut hadir ialah Yang Berusaha Encik Norhisham Bin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Terengganu. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YM Puan Tuan Aznita Binti Tuan Mohd. Zubit, Pegawai KEMAS Daerah Hulu Terengganu.

Pelbagai persembahan menarik oleh kanak-kanak TABIKA KEMAS memeriahkan suasana majlis, selain penyampaian sijil sebagai tanda penghargaan atas pencapaian mereka sepanjang tahun ini. Majlis tersebut bukan sahaja meraikan kejayaan murid-murid, malah mengiktiraf komitmen para guru, ibu bapa serta komuniti setempat yang sentiasa menyokong usaha pendidikan awal kanak-kanak di bawah KEMAS.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan ucapan tahniah kepada semua 142 orang kanak-kanak yang diraikan pada hari tersebut.


๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐”๐ ๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐‹๐ˆ๐Œ๐๐€๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡, ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ‘ ๐Š๐€๐๐€๐Š-๐Š๐€๐๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ALOR LIMBAT, 2025 โ€“ Majlis Hari ...
11/12/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐”๐ ๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐‹๐ˆ๐Œ๐๐€๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡, ๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ‘ ๐Š๐€๐๐€๐Š-๐Š๐€๐๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐

ALOR LIMBAT, 2025 โ€“ Majlis Hari Apresiasi Tabika KEMAS DUN Alor Limbat 2025 berlangsung dengan penuh meriah apabila seramai 293 orang kanak-kanak Tabika KEMAS diraikan dalam satu program bertemakan Malaysia Airlines, yang mengetengahkan konsep โ€œpenerbangan ilmuโ€ sebagai simbol perjalanan anak-anak menuju alam persekolahan seterusnya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran dua tetamu kehormat, iaitu Dr. Faridah binti Mat, Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, serta Datoโ€™ Haji Nik Dir bin Wan Ku, Pengerusi Komuniti KEMAS Daerah Marang. Kehadiran beliau berdua menambah seri majlis melalui ucapan penghargaan dan semangat kepada semua guru, ibu bapa dan kanak-kanak yang terlibat.

Tema Malaysia Airlines yang diterapkan dalam dekorasi dan perjalanan majlis memberikan pengalaman unik kepada para hadirin, dengan suasana seolah-olah menaiki penerbangan sebenar. Pendekatan kreatif ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberi simbolik bahawa anak-anak kecil ini sedang โ€œberlepasโ€ ke fasa pendidikan yang lebih tinggi.

Majlis turut menampilkan pelbagai persembahan menarik, penyampaian sijil cemerlang, serta penghargaan khusus kepada guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa menyokong perkembangan kanak-kanak Tabika KEMAS.

Program ini diadakan sebagai tanda terima kasih dan pengiktirafan terhadap usaha serta pencapaian semua kanak-kanak yang telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran awal mereka.

Tahniah kepada semua kanak-kanak Tabika KEMAS DUN Alor Limbat 2025. Semoga terus cemerlang dan terbang lebih tinggi pada masa hadapan.


09/12/2025
09/12/2025

๐…๐ž๐ฌ๐Œ๐š โ€™๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Œ๐„๐‹๐€๐๐”๐‡๐Š๐€๐ ๐“๐ˆ๐‘๐€๐ˆ: ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐Œ๐”๐€!

Festival KEMAS (FesMa โ€™25) telah melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan. Buat julung kalinya, pelbagai program terbesar KEMAS dihimpunkan di bawah satu bumbung dan kejayaannya tidak mungkin tercapai tanpa sokongan semua pihak.

Pertamanya, tahniah kepada semua yang menjayakan FesMa โ€™25 yang julung-julung kalinya diadakan. Satu pengalaman yang amat berharga buat kita semua apabila seluruh tenaga digandingkan untuk satu matlamat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengunjung, ibu bapa, pendidik, peserta kelas kemahiran, usahawan bimbingan, anak-anak TABIKA KEMAS serta Jawatankuasa Induk dan Sekretariat pelaksanaan atas komitmen, sumbangan tenaga, masa dan buah fikiran yang memastikan penganjuran ini berlangsung dengan begitu cemerlang.

KEMAS amat menghargai komitmen semua dalam merealisasikan FesMa โ€™25. InshaAllah, marilah kita terus berusaha bersama-sama demi KEMAS tempat kita menabur benih kebaikan agar hasilnya menjadi jariah yang berkekalan.

Sekali lagi, tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

๐——๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”โ€ฆ
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐—›๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฝ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ.

Address

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI
Kuala
20200KUALATERENGGANU TERENGGANUDARULIMAN

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096221321

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share