AKN Video Viral Channel

AKN Video Viral Channel selamat menonton
(2)

01/08/2025

Bila budi dibalas beban, luka tak nampak tapi terasa.
Kakak ipar berdiam, bukan lemah tapi memilih untuk tenang.

Setiap hari, hati diuji dengan sikap yang melampau.
Rumah bukan lagi tempat rehat.

Hormat yang sepatutnya ada, hilang entah ke mana.

Ini kisah tentang sabar yang diuji tanpa henti.

Lembayung pagi redup berbalam,Hening terasa dalam beradu.Kertas terbuka, pena pun diam,Cerita tiada… minda pun beku..Sel...
31/07/2025

Lembayung pagi redup berbalam,
Hening terasa dalam beradu.
Kertas terbuka, pena pun diam,
Cerita tiada… minda pun beku..

Selamat pagi..pagi..khamis sahabat.
Semoga ceria² selalu walaupun idea masih belum nak ada..kita teruskan usha kita,jangan pernah mengalah.. luncurrrr...


29/07/2025

Cinta lelaki untuk dua wanita paling penting, Antara ibu dan isteri..

Cinta lelaki kepada dua wanita paling penting ini iaitu ibu atau isteri, bukan untuk dibandingkan, tetapi untuk diseimbangkan.
Saling menghormati, memahami peranan masing-masing dan meletakkan kasih sayang atas dasar iman dan tanggungjawab adalah kunci keharmonian.
Seorang lelaki yang bijak bukan yang memilih salah satu, tetapi yang mampu mencintai kedua-duanya dengan adil dan ikhlas.

28/07/2025

Disebalik buah kuini, Ada rezeki..

Siapa sangka, dalam sekilas pemberian yang nampak biasa...beberapa biji kuini dari tangan jiran iaitu makcik jah... tersembunyi rezeki yang tak ternilai.
Bukan sekadar rasa manis dan harum buahnya, tapi hadirnya pada saat fikiran kusut memikirkan keperluan harian, ketika jiwa sedang lelah menanggung beban yang tak terluah. Di sebalik kuini itu, ada kasih sayang tanpa syarat, ada ingatan yang tulus, dan ada bukti bahawa rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk, kadang dari arah yang tak kita sangka."

27/07/2025

kita nak cepat. nak bercakap dengan mak kita. si adik s**a s**a matikan VC.. adussss laaa aku is geram betul dengan budak seketoi ni...


Bila matahari mula senget ke barat, hati ni mula rasa lain macam. Tangan gatal nak capai joran, kaki pun rasa nak melang...
26/07/2025

Bila matahari mula senget ke barat, hati ni mula rasa lain macam. Tangan gatal nak capai joran, kaki pun rasa nak melangkah ke tepi sungai. Bukan sebab nak sangat ikan.. tapi sebab tenang tu tak jumpa kat tempat lain. Kadang bising kepala ni dengan hal dunia… tapi bila tengok air mengalir, semua hilang perlahan-lahan."

Bukan apa… ada sesuatu yang tenang kat tepi sungai tu. Bunyi cengkerik, angin sejuk-sejuk manja, dengan harapan tinggi menggunung yang ikan besar akan tersangkut kat mata kail. Hakikatnya.. Ikan main cilok umpan je, tinggal joran tergantung harapan..hahahaa..

Tapi itulah nikmatnya. Duduk sorang-sorang sambil berfalsafah dengan air sungai.. Aissss.. tak bagi aku seekor pun hari ni.. Aku datang dengan niat baik… bawak roti Gardenia yang tinggal separuh dalam peti ais.

Kadang tu bukan dapat ikan pun, tapi dapat tenang, dapat gelak dengan kawan-kawan yang bising bila joran kena sentap tapi rupanya ranting kayu. Itulah terapi sebenar. Tak perlu bayar mahal, cukup bawak joran, kopi O, dan hati yang redha..
Selamat petang petang sahabat...

25/07/2025

Dia tunang orang,Tapi hati aku dah terpaut..
Kalau dari awal aku tahu dia tunang orang, takkan ku berikan peluang hati aku terbuka untuk dia.
Aku tak pernah rancang nak jatuh hati, apatah lagi pada seseorang yang dah jadi milik orang lain. Tapi entah kenapa, setiap senyum dia, cara dia layan aku... semuanya buat aku makin lemas dalam rasa yang tak sepatutnya wujud.

Aku undur diri, bukan sebab aku benci. Tapi sebab aku nak selamatkan diri aku sendiri. Sebab aku tahu, kalau aku teruskan... aku akan hancur.

23/07/2025

Musim rambutan kembali.. Di halaman rumah, seorang ibu mengutip buah yang gugur. Anak² mula keluar membantu. Suasana tenang bertukar riuh, penuh gelak ketawa dan kemesaraan bersama..


22/07/2025

Mak ingat Ai tu jin moden..
Seorang anak cuba terangkan tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT kepada ibunya yang masih asing dengan dunia digital.
Tapi si mak p**a anggap AI ni macam entiti ghaib..macam hantu tapi ada Wi-Fi. Baginya, bila telefon boleh "bercakap balik" dan "jawab semua soalan", itu bukan teknologi, itu sihir.. kata mak...


Belajar Dari Ayah..Pagi.. pagi..lepas Subuh. Kabus nipis masih berlegar atas permukaan air sungai. Burung berkicau, buny...
22/07/2025

Belajar Dari Ayah..

Pagi.. pagi..lepas Subuh. Kabus nipis masih berlegar atas permukaan air sungai. Burung berkicau, bunyi bot enjin kecil sesekali lalu perlahan di hujung jeti. Suasana masih tenang.

Faiz ikut ayahnya ke jeti kampung tempat orang kampung selalu naik turun perahu, dan tempat mereka biasa baiki bot. Di hujung jeti, ada kalang kayu panjang, tempat perahu-perahu tua direbahkan untuk kerja-kerja tampal, cuci atau cat.

Hari ni, giliran perahu mereka p**a. Fiber di belakang dah mula merekah. Air dah mula meresap masa keluar semalam. Tak boleh tunggu lama.
Faiz, angkat bot ni sikit. Kita letak atas kalang. Nanti ayah tengok bahagian belakang tu, kata ayah.

Faiz angguk. Mereka berdua angkat perlahan, letak elok atas kalang. Angin pagi sungai meniup lembut, bau lumpur dan resin bercampur. Di sekeliling, beberapa orang kampung lain pun sedang baiki perahu masing-masing. Bunyi mesin ketam, kertas pasir, dan ketukan kayu silih berganti.

Ayah mula gosok bahagian retak dengan kertas pasir. Faiz p**a campur resin dan hardener dalam cawan plastik. Bau kuat menusuk hidung.
“Campur lebih, keras dalam cawan. Campur kurang, tak kuat tampalan. Kena cukup-cukup,” pesan ayah.

Mereka sapu resin, tampal kain fiber perlahan-lahan. Faiz ikut setiap langkah. Ayah tak banyak cakap, tapi setiap gerak-geri dia penuh maksud. Bila ada gelembung udara, dia tunjuk cara tekan dan sapu keluar.
“Kerja ni tak boleh gopoh, Faiz. Macam hidup kalau tampal tak betul, bocor juga akhirnya,” kata ayah sambil tenung tampalan.

Matahari makin tinggi, fiber pun dah mula keras. Tampalan nampak kemas. Faiz lap peluh di dahi, senyum puas.
“Esok kita cat sikit. Lusa, boleh turun sungai balik,” ayah bersuara.

Faiz pandang perahu tu, bukan sekadar kayu, fiber dan cat. Tapi tempat dia belajar tentang sabar, tentang rajin, dan tentang kasih seorang ayah yang ditunjuk dengan tangan, bukan kata-kata.

Di jeti yang sederhana ni, atas kalang yang dah tua, Faiz sedar, dia bukan cuma belajar baiki perahu.
Dia sedang belajar dari ayah.

Kadang-kadang, ilmu paling berharga tak datang dari buku, tapi dari tangan kasar yang bekerja, dan hati yang tak pernah berhenti memberi..


21/07/2025

Buah Mata kucing manis..


Lelaki Itu Sumpah Menyakitkan... Tapi Aku RinduEpisod 5 (Episod Akhir) Kalau Kita DitakdirkanDua minggu sebelum hari per...
20/07/2025

Lelaki Itu Sumpah Menyakitkan... Tapi Aku Rindu

Episod 5 (Episod Akhir) Kalau Kita Ditakdirkan

Dua minggu sebelum hari pertunangan, Mira termenung di tepi tingkap biliknya. Langit petang berwarna jingga, dan angin petang menyapa lembut. Dalam hati, dia masih ingat pandangan mata Sham di kafe tempoh hari. Pandangan seorang lelaki yang tak lagi menyembunyikan rasa walaupun terlambat.

Malam itu, dia duduk dengan Aiman. Jujur, walau pahit.
Aiman... aku sayang kau. Tapi ada bahagian dalam hati aku yang belum sembuh. Aku tak nak kahwin dengan rasa macam ni. Kau tak layak jadi tempat aku lari dari masa silam.

Aiman terdiam lama. Dan akhirnya dia berkata, “Kalau dia yang kau cinta, pergi cari dia. Aku nak kau bahagia, Mira. Walaupun bukan dengan aku.
Dua hari kemudian, Mira berdiri semula di bawah pokok besar itu tempat segalanya bermula.
Dan dari jauh, dia nampak Sham sedang berdiri, seolah-olah tahu Mira akan datang.

Kenapa kau datang lagi, Mira..
Mira tersenyum kecil. “Sebab aku percaya... kadang-kadang, benda yang patah boleh disambung semula. Dengan jujur. Dengan usaha.”

Sham langkahkan kaki perlahan ke arah dia. Aku tak janji semuanya senang. Tapi aku nak cuba. Dengan kau.
Dan di situ, dua hati yang pernah hilang arah… akhirnya kembali ke tempat asalnya.
Cinta itu, walau diuji… tetap memilih untuk p**ang.

Tamat.

Dua hati. Satu cerita.
Tapi tak semua cerita cinta berakhir dengan "milik selamanya".
Ada yang berakhir dengan "aku reda... walau aku pernah terlalu cinta."

,

Address

Kuantan
Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKN Video Viral Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AKN Video Viral Channel:

Share