Ustaz Syah Al Amin

Ustaz Syah Al Amin GURU PUSAT RAWATAN AL AMIN MALAYSIA / RAWATAN ISLAM

KENAPA YEA RASA NAK MENANGIS JER BILA DENGAR TARBIR RAYA.. CEPAT RASA DAH HABIS RAMADAN.. RASA MACAM KEHILANGAN BENDA YA...
30/03/2025

KENAPA YEA RASA NAK MENANGIS JER BILA DENGAR TARBIR RAYA..

CEPAT RASA DAH HABIS RAMADAN..

RASA MACAM KEHILANGAN BENDA YANG TERSAYANG DALAM HATI...

SEMOGA BERJUMPA LAGI TAHUN HADAPAN 😞

Di akhir zaman ini, ramai yang mendakwa bermimpi bertemu Baginda Nabi Muhammad SAW, dan sebahagian besar manusia memperc...
12/02/2025

Di akhir zaman ini, ramai yang mendakwa bermimpi bertemu Baginda Nabi Muhammad SAW, dan sebahagian besar manusia mempercayainya tanpa menilai dengan ilmu dan landasan yang benar. Sejujurnya, saya tidak mudah percaya, kerana pegangan saya teguh pada Al-Qur'an, Hadith, empat mazhab, serta panduan ulama besar yang menjadi benteng keimanan saya kerana Allah SWT.

Namun, di seluruh dunia, ramai yang mengikuti golongan ini termasuk mereka yang jahil, bahkan ada juga sebahagian kecil dari kalangan orang berilmu yang terpengaruh. Jika saya menyatakan ia salah, hakikatnya hampir juga benar cara penyampaiannya sehingga ramai yang tetap mempercayainya.

Inilah dunia akhir zaman, penuh dengan tipu daya dan fitnah yang berleluasa. Berhati-hatilah dalam mempercayai manusia, tetapi yakinlah kepada mereka yang berpegang teguh pada landasan Islam yang sahih, bukan ajaran baru yang menyimpang, Nak2 lagi yang mengakui melihat atau bermimpi Nabi Muhamad Saw...

Sedangkan para ulama sendiri yang bermimpi Baginda masih rujukan kepada ulama yang lain untuk sahihkan mimpinya...

Inikan dari seorang yang tidak diketahui Ilmu Alim nya yang hanya bermodalkan bermimpikan Baginda Nabi Muhamad Saw...

Saya tak kan beritahu siapa, Tapi kalau Allah Swt ingin berikan kefahaman, Insyaallah Korang tahu siapa saya maksud kan? Allauhualam...

Ustaz Syah Al Amin...
12 Feb/2/2024

Orang yang berjalan sendirian tanpa guru ibarat pelaut tanpa kompas, mungkin sampai, tapi lebih besar kemungkinan terses...
09/02/2025

Orang yang berjalan sendirian tanpa guru ibarat pelaut tanpa kompas, mungkin sampai, tapi lebih besar kemungkinan tersesat. Ilmu tanpa bimbingan sering membawa kesombongan, sedangkan guru adalah cermin yang menampakkan kekurangan agar kita dapat memperbaikinya. Jangan malu berguru, kerana ilmu yang benar datang dengan adab dan keberkatan.

Tapi sayang hal ini ramai yang gagal orang faham, yang tinggal hanya kefahaman hati sendiri.. Allahualam.

Ustaz Syah Al Amin
Pesanan Untuk Diri Sendiri..

"Syukur adalah kunci ketenangan. Jika pagimu dimulai dengan rasa syukur, hatimu akan terasa lapang walau ujian datang. L...
09/02/2025

"Syukur adalah kunci ketenangan. Jika pagimu dimulai dengan rasa syukur, hatimu akan terasa lapang walau ujian datang. Lihatlah apa yang masih kamu miliki, bukan hanya yang belum tercapai. Kerana kebahagiaan bukan terletak pada banyaknya nikmat, tetapi pada hati yang tahu menghargainya."

Ustaz Syah Al Amin

Perjalanan Ke Selangor... Doakan Kami Semoga Selamat Sampai...
30/01/2025

Perjalanan Ke Selangor...
Doakan Kami Semoga Selamat Sampai...

"Peluang keemasan ini hanya datang SEKALI setahun! Tinggal 2 HARI sahaja lagi sebelum pendaftaran kursus kelas rawatan D...
19/01/2025

"Peluang keemasan ini hanya datang SEKALI setahun! Tinggal 2 HARI sahaja lagi sebelum pendaftaran kursus kelas rawatan DITUTUP!

Jangan menyesal terlepas peluang untuk belajar ilmu rawatan yang boleh bantu keluarga dan diri korang sendiri..
Jujur, Siapa tak pandai merawat dari habis duit baik korang belajar, Insyaallah ilmu saya ajarkan sangat luar biasa kalau korang amalkan...

Yang boleh mengubah hidup korang dan orang yang korang tersayang. Hanya 2 Hari sahaja lagi, sekarang atau terlambat!"

Korang Yang Tentukan...

Ustaz Syah Al Amin.

Seronok betul main dengan arnab pagi-pagi ni, rasa tenang je. Allah Swt ciptakan makhluk sekecil ni pun penuh keindahan....
19/01/2025

Seronok betul main dengan arnab pagi-pagi ni, rasa tenang je. Allah Swt ciptakan makhluk sekecil ni pun penuh keindahan.
Walaupun sifatnya Nakal , Belari sana sini tapi bila bermain-main dengannya hati penuh rasa tenang....
Kadang-kadang ketawa sorang bila bermain dengan dia..

Cantik kan Ciptaan Allah Swt...🥰

Alhamdulillah atas segala ujian Allah.Anak murid saya baru saja mengalami kemalangan kecil petang tadi , di mana dia ter...
18/01/2025

Alhamdulillah atas segala ujian Allah.

Anak murid saya baru saja mengalami kemalangan kecil petang tadi , di mana dia terlanggar bahagian belakang kereta di hadapannya. Katanya, dia sudah tekan brek, tapi mungkin kereta tu kurang makan tenaga, tetap juga terlanggar.

Mohon semua doakan keselamatan dan kelancaran urusannya. Semoga ini menjadi asbab kebaikan dan pengajaran buat kita semua. 🌿

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...” (Surah Al-Baqarah: 286)

Jaga diri dan pandulah dengan berhati-hati, semua.

Budak sekarang tak macam budak zaman dulu,   Ibu bapak sekarang terlalu manja kan anak  ...
18/01/2025

Budak sekarang tak macam budak zaman dulu, Ibu bapak sekarang terlalu manja kan anak ...

"Bila Tiada Pilihan, Rumah Kotor Pun Terpaksa Jadi Pilihan"Baru-baru ni, saya ada mencari rumah sewa sebab nak dekat den...
17/01/2025

"Bila Tiada Pilihan, Rumah Kotor Pun Terpaksa Jadi Pilihan"

Baru-baru ni, saya ada mencari rumah sewa sebab nak dekat dengan tempat mengajar. Bila dapat tengok satu rumah, serius saya tergamam. Bayangkan rumah tu... kotor gila! Saya jenis yang memang tak tahan tengok dapur atau tandas kotor. Tak tahu macam mana penyewa lama atau owner jaga rumah tu sebelum ni. 😔

Tapi... pilihan saya sangat terhad. Kalau nak rumah yang lain, sewanya terlalu mahal atau lokasinya jauh dari tempat kerja. Dalam hati, saya terpaksa redha dan cakap pada diri sendiri, "Kalau ini ujian Allah, aku kena hadap juga."

Dengan berat hati, saya setuju menyewa rumah tu. Apa boleh buat? Terpaksalah saya bersihkan sendiri dan baiki mana yang patut. Setiap inci rumah tu saya kemas dan cuci, walaupun dalam hati rasa macam nak give up. Tapi Alhamdulillah, lepas dah bersihkan, rasa tenang sikit.

Kadang-kadang hidup tak beri kita pilihan yang sempurna. Tapi bila kita sabar dan usaha, insyaAllah, ada kemanisan di hujungnya. Doakan saya terus kuat untuk hadap hari-hari akan datang!

Ada tak sesiapa pernah alami benda macam ni? Share la pengalaman korang, jom kita sembang! 😊

"Jarak beratus kilometer bukan halangan untuk menunjukkan penghormatan dan kasih sayang..."Hari ini, hati saya benar-ben...
16/01/2025

"Jarak beratus kilometer bukan halangan untuk menunjukkan penghormatan dan kasih sayang..."

Hari ini, hati saya benar-benar tersentuh. Seorang anak murid yang datang jauh dari Dungun ke Pahang, bukan untuk urusan penting dirinya, tetapi semata-mata membantu saya memotong rumput di halaman rumah sebelum saya berpindah.

Bayangkan, di usianya , dia memilih untuk melangkah keluar dari zon selesa demi berbakti kepada gurunya. Tanpa diminta, tanpa mengeluh, hanya dengan keikhlasan dan adab seorang anak terhadap ilmu dan gurunya.

Sikapnya ini mencerminkan peribadi yang luar biasa—rendah hati, menghormati, dan penuh kasih. Dalam dunia yang sibuk ini, dia mengingatkan kita tentang nilai silaturahim dan pengorbanan yang sering dilupakan.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati perjalanan hidupmu, anakku. Guru ini tidak meminta balasan, tetapi doa sentiasa mengiringimu. Moga engkau menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

"Memanah bukan sekadar sukan, tetapi sunnah yang mendidik fokus, kesabaran, dan ketangkasan. Jom jadikan memanah sebagai...
15/01/2025

"Memanah bukan sekadar sukan, tetapi sunnah yang mendidik fokus, kesabaran, dan ketangkasan. Jom jadikan memanah sebagai sebahagian daripada gaya hidup kita, seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. 🌟🎯"

Siapa disini jadikan Hobi Memanah Juga?

Cuba komen sikit nak tgk berapa ramai minat sama apa yang Baginda Nabi Muhammad Saw kita Minat 🥰...

Address

NO 18 Jalan Interstate 35 PERKAMPUNGAN INDERA SEMPURNA
Kuantan
25150

Telephone

+601155535367

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Syah Al Amin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category