Pusaka Pahang

Pusaka Pahang Bermula dengan 11 unit pada tahun 1974, sehingga kini terdapat 36 unit di seluruh Semenanjung.

Unit Pembahagian Pusaka (UPP) Negeri Pahang merupakan unit di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) iaitu agensi di peringkat kerajaan persekutuan yang bertanggungjawap dalam hal ehwal tanah, galian, pusaka kecil dan sebagainya. Latar Belakang

Bahagian Pembahagian Pusaka, JKPTG telah diwujudkan sejak 1 Mac 1974 selaras kehendak Jadual Kesembilan, Senarai 1, Perkara 4(e)(i), Perlemba

gaan Persekutuan yang meletakkan urusan harta pusaka kecil di bawah tanggungjawap Kerajaan Persekutuan. Fungsi Utama bahagian adalah untuk menguruskan semua permohonan pembahagian pusaka kecil yang bernilai tidak lebih daripada dua (2) juta ringgit yang terdiri daripada harta tak alih keseluruhanya atau bersekali dengan harta alih lain (akaun simpanan, kereta dsb.) UPP Negeri Pahang terdiri daripada 3 unit yang menerima dan memproses permohonan pembahagian pusaka kecil di bawah kawasan/daerah di bawahnya. Unit di ibu negeri iaitu di Kuantan terdapat 4 daerah di bawah jagaannya iaitu Kuantan, Pekan, Maran & Rompin. Unit Temerloh terdapat 3 daerah dibawah jagaannya iaitu Temerloh, Jerantut & Bera. Unit Raub p**a terdapat 4 daerah dibawah jagaannya iaitu Raub, Bentong, Lipis & Cameron Highland. Objektif, Misi & Visi

Menguruskan permohonan pembahaian harta pusaka kecil dengan cekap dan adil mengikut kehendak Ahta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. Untuk dapatkan lebih maklumat, sila klik https://www.jkptg.gov.my/en/panduan/sop/pembahagian-harta-pusaka

27/07/2021

Atur cara sempena sambutan Hari Tanah Negara 2021.

Jangan ketinggalan mengikuti program-program menarik yang telah disediakan.

STATUS PEJABAT UPP NEGERI PAHANG (KUANTAN) ADALAH DITUTUP SEPANJANG TEMPOH PKPDSebarang urusan atau pertanyaan boleh dia...
03/07/2021

STATUS PEJABAT UPP NEGERI PAHANG (KUANTAN) ADALAH DITUTUP SEPANJANG TEMPOH PKPD

Sebarang urusan atau pertanyaan boleh diajukan terus ke [email protected]

14/06/2021
01/06/2021

Hebahan penutupan sementara Unit Pembahagian Pusaka dari 1 hingga 14 Jun 2021.

Infografik pembahagian harta pusaka kecil
22/05/2021

Infografik pembahagian harta pusaka kecil

22/05/2021

*MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER DAN PENANGGUHAN PERBICARAAN HARTA PUSAKA KECIL*

Dukacita dimaklumkan bahawa beberapa Unit Pembahagian Pusaka (UPP) terpaksa ditutup sementara waktu bagi mengekang penularan wabak Covid 19. Unit-unit yang terlibat adalah seperti berikut:

1. UPP Klang (17 Mei hingga 25 Mei 2021)
2. UPP Pulau Pinang (17 Mei hingga 21 Mei 2021)
3. UPP Alor Setar (19 Mei hingga 1 Jun 2021)
4. UPP Pasir Mas (18 Mei hingga 26 Mei 2021)
5. UPP Ipoh (23 Mei hingga 4 Jun 2021)
6. UPP Taiping (23 Mei hingga 4 Jun 2021)
7. UPP Besut (22 Mei - 4 Jun 2021)
8. UPP Kota Bharu (23 Mei - 30 Mei 2021)
9. UPP Kuantan (24 Mei - 6 Jun 2021)

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan pembahagian pusaka boleh hubungi Pusat Pertanyaan Pusaka di talian 03-8871 2999 atau melalui e-mel:
1) Kuantan: [email protected]
2) Temerloh: [email protected]
3) Raub: [email protected]

Address

Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+60388712999

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusaka Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category