14/08/2025
salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan rasa rendah hati, kami warga Warmroom Records ingin memohon sumbangan ikhlas daripada anda bagi membantu sahabat seperjuangan kami, Mohd Akmal Hakim bin Asmara @ Akem, yang kini cedera parah kerana terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Setiap sumbangan, sama ada besar atau kecil, amatlah bermakna dalam meringankan beban keluarga beliau untuk menghadapi dugaan ini.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank rasmi keluarga beliau seperti yang tertera.
Kami juga memohon agar anda semua turut menitipkan doa agar Akem dikurniakan kesembuhan yang cepat serta dipermudahkan segala urusannya. Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam meringankan beban yang ditanggung oleh Akem dan keluarganya.
Semoga Allah membalas segala kebaikan dan keprihatinan anda dengan sebaik-baik ganjaran.