01/08/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua follower.syukur Alhamdulillah jutaan terima kasih kerana anda semua x jemu2 mendoakan kesihatan saya.terima kasih sebanyak banyaknya buat anda semua.
Setakat hari ini saya masih lagi berada di wad dan masih berpuasa.semalam dan dapat turun ke tempat scan di mana sepatah 2 kata dari doc yang scan tu menyatakan memang terdapat sesuatu di bahagian hati hempedu saya.
Pada mulanya saya di scan dengan mesin yang pertama,namun doc tidak berpuas hati disebabkan penampakkan scan kurang memuaskan,oleh itu menyebabkan doc pergi beralih ke mesin scan yang kedua memang ternyata waktu tu nampak jelas iaitu pedu saya di selubungi dengan sesuatu,nak sebut saya lupa nama benda tu,tapi perkara ni disahkan oleh 2 orang doc waktu saya tengah scan tu.
Kemudian seawal jam 2 pagi tadi saya di datangi oleh seorang lagi doc,waktu tu saya bersama dengan along madie yang datang menemani saya malam tadi tidur di wad ni.
Waktu tu ada lah beberapa soalan saya ajukan pada doc dan dia menerangkan banyak hal pada saya,saya x dapat nak menyatakan sebab banyak hal yang saya tak dapat tangkap doc tu cakap,mungkin along madie boleh ceritakanya lebih jelas.
Yang boleh saya cakap dekat sini doc tu kata macam nak masukan sesuatu ke dalam badan di bahagian pedu saya ni kan pastu sambil nak tengok lebih confirm jelas lagi dan sekaligus kalau ada benda yang x elok tu dia terus buang dengan benda teropong tu,hah lebih kurang begitulah kot,saya x berapa pandai jugak nak jelaskan ni,tp gtlah lebih kurangnya.
Jadi banyaklah dapat pencerahan dari doc tu malam tadi,Alhamdulillah banyak juga pesanan dan nasihat dari doc tu.terima kasih banyak2 doc.sudi kongsikan masa bersama saya dan along madie malam tadi.
Jadi pagi ni sebab itulah saya di suruh berpuasa lagi bermula malam tadi,harapnya harini dapatlah berjalan dengan lancar segala aturan yang doc cakap tu,ada juga doc nyatakan,kalau tak dapat buat dekat htaa ni saya akan di bawa ke hospital selayang kuala lumpur.begitulah selanjutnya dari doc tu semalam.
Sekian setakat pagi ni.
Terima kasih semua yang ambil berat tentang saya ya.semoga anda semua sihat.