26/09/2025
Kisah Benar Jack Ma – Dari Gagal Berkali-kali ke Alibaba
Jack Ma lahir pada tahun 1964 di Hangzhou, China. Dia bukan pelajar cemerlang – malah dua kali gagal peperiksaan masuk sekolah rendah, tiga kali gagal peperiksaan menengah, dan dua kali gagal masuk universiti.
Akhirnya, dia berjaya masuk universiti, tapi jurusan Bahasa Inggeris, bukan bisnes atau IT. Masa tu, komputer pun dia tak pandai guna.
Selepas tamat belajar, Jack Ma mohon kerja di pelbagai tempat – lebih 30 kali ditolak. Antaranya:
Mohon kerja di KFC – 24 orang dipanggil, 23 diterima, hanya dia ditolak.
Mohon kerja sebagai polis – ditolak sebab fizikal kecil.
Walaupun sering gagal, dia ada sifat tak kenal putus asa.
Tahun 1995, dia pergi ke Amerika dan buat pertama kali kenal dengan internet. Bila taip perkataan “beer”, tiada satu pun hasil carian dari China. Dari situ, dia nampak peluang besar – China perlukan e-dagang.
Dengan modal kecil dan bantuan kawan-kawan, dia tubuhkan Alibaba pada tahun 1999 – satu platform jual beli online untuk peniaga kecil dan sederhana.
Pada awalnya ramai anggap dia gila, sebab rakyat China masa tu tak percaya beli barang online. Tapi dia terus yakinkan orang dengan prinsip:
Fokus bantu peniaga kecil, bukan syarikat gergasi.
Percaya bahawa internet boleh ubah ekonomi dunia.
Hari ini, Alibaba jadi salah satu syarikat e-dagang terbesar dunia, sebaris dengan Amazon. Jack Ma p**a dikenali sebagai ikon ketabahan, daripada seorang yang asyik gagal jadi tokoh bisnes dunia.
Pengajaran:
1. Gagal banyak kali bukan tanda berhenti, tapi peluang untuk belajar.
2. Berani cuba benda baru walaupun orang tak percaya.
3. Percaya pada visi sendiri, dan jangan takut kelihatan “bodoh” pada orang lain