17/12/2025
SUMBANGAN BANTUAN BENCANA MANGSA BANJIR NEGERI PAHANG - MTL 2025/2026
Seperti sedia maklum, negara kita kini berada dalam musim Monsun Timur Laut (MTL) Tahun 2025/2026 yang mana bencana banjir telah melanda di beberapa buah negeri.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang akan menyediakan ruang dan peluang kepada semua pihak seperti jabatan/syarikat/agensi/yayasan/badan NGO yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terlibat dalam bencana banjir.
Antara cadangan keperluan barang yang boleh disumbangkan adalah seperti berikut :
β
Makanan Segera/Biskut Tin/Barangan Dapur
β
Makanan/minuman kesihatan
β
Sejadah/Telekung/Kain Pelikat,Batik/Kopiah
β
Susu Bayi & Budak/ Pampers pelbagai saiz
β
Sabun/Shampoo/Berus Gigi/Ubat Gigi
β
Tuala/Pad Wanita
β
Uniform Sekolah/Life Jacket
β
Dan lain-lain keperluan yang sesuai.
Pusat pengumpulan bagi keperluan barangan berkenaan adalah di Pejabat APM Negeri Pahang, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang.
Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pegawai penyelaras APM iaitu :
π€Lt. Kol (PA) Fazli 018-911 2173
π€Kapt. (PA) Shaifu 013-903 7373
SUMBANGAN IKHLAS BERMAKNA DEMI SIAGA BENCANA