Pahang Media

Pahang Media Menyampaikan berita-berita semasa di dalam Negeri Pahang secara Tepat, Cepat & Benar

[ Infografik ] PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN STEM▪️Program STEM Outreach 2026 di SK Bukit Ridan, Rompin berjaya memberi pe...
03/09/2026

[ Infografik ] PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN STEM

▪️Program STEM Outreach 2026 di SK Bukit Ridan, Rompin berjaya memberi pendedahan awal dalam bidang sains dan teknologi kepada 661 murid sekolah luar bandar bagi memupuk minat terhadap bidang STEM sejak peringkat sekolah rendah.

▪️Program Pahang Lead: Go Global di Jakarta, Indonesia yang disertai 57 pelajar menjadi wadah utama melatih pelapis pemimpin berkaliber untuk masa hadapan.


Temasya Warisan Pahang (Hari Keenam) | 3 September 2026
03/09/2026

Temasya Warisan Pahang (Hari Keenam) | 3 September 2026

02/09/2026

[Sorotan video] Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat memeriahkan Temasya Warisan Pahang yang berlangsung di Muzium Seni Kontemporari (MOCA), Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

🎥 Aimi Syafiqa Khairi | Pahang Media



02/09/2026

[Video] Penubuhan YPCC dijangka jana RM4.8 juta p**angan hasil langsung

▪️Penubuhan Yayasan Pahang Commercial Centre (YPCC) sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan premis komersial dijangka menjana p**angan secara langsung sebanyak kira-kira RM4.8 juta setahun.

🎥 Najmuddin Zahid | Pahang Media


𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 ‼️Ayuh warga Rompin! Luangkan hujung minggu anda di tepi pantai menerusi 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝟏𝐬𝐭 𝐑𝐨𝐦𝐩...
02/09/2026

𝐃𝐔𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 ‼️

Ayuh warga Rompin! Luangkan hujung minggu anda di tepi pantai menerusi 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝟏𝐬𝐭 𝐑𝐨𝐦𝐩𝐢𝐧! ✨

📅 4 - 6 September 2026 (Jumaat - Ahad)
⏰ 8.00 pagi - 10.00 malam
📍 Pantai Hiburan, Kuala Rompin

Pelbagai aktiviti menarik, program ilmu, dan cabutan bertuah menanti anda sekeluarga!

Moh datang beramai-ramai!


KDPB Tengku Ampuan Pahang berangkat meriahkan Temasya Warisan PahangOleh: Nur Saadah ArtikaFoto: Ezzatul Syafiqa Asmawai...
02/09/2026

KDPB Tengku Ampuan Pahang berangkat meriahkan Temasya Warisan Pahang

Oleh: Nur Saadah Artika
Foto: Ezzatul Syafiqa Asmawai

KUANTAN, 02 SEPTEMBER 2026 : Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat memeriahkan Temasya Warisan Pahang yang berlangsung di Muzium Seni Kontemporari (MOCA), Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan di sini, hari ini.

Keberangkatan Baginda turut menyerlahkan komitmen terhadap usaha memartabatkan serta memperkenalkan seni, budaya dan warisan tradisional Pahang kepada masyarakat, khususnya generasi muda.

Dalam kunjungan tersebut, Baginda turut berkenan mencanting batik, sekali gus menyertai secara langsung aktiviti seni kraf yang menjadi antara pengisian utama temasya berkenaan.

Baginda kemudiannya turut membuat demonstrasi masakan Mee Siam sempena Temasya Warisan Pahang, selain berinteraksi bersama penggiat seni, peserta dan pengunjung yang hadir.

Temasya Warisan Pahang yang berlangsung dari 29 Ogos hingga 7 September ini menghimpunkan pelbagai pengisian berkaitan warisan negeri termasuk jualan dan demonstrasi kraf, pertandingan seni, persembahan muzik tradisional serta masakan tradisional dari daerah-daerah di Pahang.

Bagi penganjuran hari kelima hari ini, antara pengisian yang diketengahkan ialah bengkel kraf seperti batik blok, batik lukis, batik clay, batik eco-print, batik ikat celup, ukiran kayu, seni kelinkam, arca kayu, anyaman mengkuang, anyaman rotan, tenun Pahang Diraja, seramik dan seni telepuk.

Turut diadakan persembahan Sewang Orang Asli Kampung Seri Alam, muzik tradisional Orang Asli serta demonstrasi masakan tradisional daerah Rompin.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan pertandingan melukis kategori terbuka dan kanak-kanak, pertandingan seni fotografi serta pertandingan arca yang berlangsung sepanjang hari.

Pada sebelah malam p**a, pengunjung berpeluang menyaksikan tayangan wayang pacak filem Khadam di Padang MBK 1.

Temasya Warisan Pahang yang berlangsung setiap hari dari 10 pagi hingga 11 malam itu menjadi platform untuk menghimpunkan pelbagai elemen warisan negeri dalam suasana yang lebih dekat dan interaktif dengan masyarakat. -PAHANGMEDIA



KUANTAN, 02 SEPTEMBER 2026 : Penubuhan Yayasan Pahang Commercial Centre (YPCC) sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan ...
02/09/2026

KUANTAN, 02 SEPTEMBER 2026 : Penubuhan Yayasan Pahang Commercial Centre (YPCC) sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan premis komersial dijangka menjana p**angan secara langsung sebanyak kira-kira RM4.8 juta setahun.


Oleh : Ain Nadhirah BashaFoto : Farizul Hafiz Awang KUANTAN, 02 SEPTEMBER 2026 : Penubuhan Yayasan Pahang Commercial Centre (YPCC) sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan premis komersial dijangka menjana p**angan secara langsung sebanyak kira-kira RM4.8 juta setahun. Menu...

KUANTAN, 02 SEPTEMBER 2026 : YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada Majlis Pel...
02/09/2026

KUANTAN, 02 SEPTEMBER 2026 : YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada Majlis Pelancaran YP Commercial Centre (YPCC) yang berlangsung di Tanjung Lumpur, di sini hari ini. -PAHANGMEDIA

📷 Farizul Hafiz Awang | Pahang Media


KUANTAN, 02 SEPTEMBER 2026 : YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada Majlis Ram...
02/09/2026

KUANTAN, 02 SEPTEMBER 2026 : YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama Konvoi SAM Kelantan Merdeka Ride 2026 Vol. 3 yang berlangsung di perkarangan Yayasan Pahang, di sini hari ini. -PAHANGMEDIA

📷 Farizul Hafiz Awang | Pahang Media


Address

Lot 2-01, Bangunan Mahkota Square, Jalan Mahkota
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pahang Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pahang Media:

Shortcuts

Share