Kaki Menyampai

Kaki Menyampai 2nd backup page

Tekanan belajar disyaki punca pelajar tikam ibu, abang hingga mautMELAKA: Seorang pelajar Tingkatan Lima ditahan selepas...
12/06/2025

Tekanan belajar disyaki punca pelajar tikam ibu, abang hingga maut

MELAKA: Seorang pelajar Tingkatan Lima ditahan selepas disyaki membunuh ibu dan abang sulungnya serta mencederakan adik bongsunya dalam kejadian di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang juga ibu tunggal berusia 51 tahun serta anak lelaki berusia 21 tahun ditemui dengan beberapa kesan tikaman di ruang tamu rumah. Seorang lagi mangsa iaitu adik bongsu suspek berusia 13 tahun ditemui berlumuran darah di garaj rumah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa wanita bekerja sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), manakala anak sulungnya merupakan pelajar kolej di Melaka. Anak bongsu kini dirawat di Hospital Melaka.

“Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai akibat tekanan perasaan dan dendam dialami suspek kerana sering dipaksa belajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

“Mungkin ibunya seorang guru dan dia nak anaknya dapat keputusan yang terbaik kerana suspek ini akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

“Jadi dia mungkin selalu dimarahi supaya untuk belajar lebih tekun lagi dan jiran-jiran juga maklumkan sering dengar pergaduhan di rumah itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.

Dzulkhairi berkata, suspek dipercayai menyerang ibunya di dalam bilik tidur sebelum berlaku pergelutan apabila abang mangsa cuba menyelamatkan ibu mereka.

“Pergelutan itu menyebabkan kedua-dua mereka maut ditikam manakala suspek dikatakan telah mengarahkan adik bongsunya keluar daripada rumah, namun remaja itu enggan berbuat demikian sebelum dia turut ditikam,” katanya.

Tambahnya, suspek dipercayai tidak mempunyai sebarang masalah dengan adik bongsunya dan telah meminta adik tersebut keluar dari rumah, namun mangsa enggan berbuat demikian sebelum suspek cuba membunuhnya.

Mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri dari rumah dalam keadaan berlumuran darah sebelum diselamatkan.

Menurut beliau, suspek juga cuba menghapuskan bukti dengan membuang pakaian yang dipakai ke kawasan semak berhampiran, manakala pisau lipat yang dipercayai digunakan ditemui dalam beg sekolah suspek di garaj rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Suspek setakat ini tidak berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol dan akan dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh esok untuk permohonan reman,” katanya.

Kredit:BuletinTV3

GERIK, PERAK - Negara digempar lagi dengan kemalangan m*ut tragik pagi ini di Gerik, Perak. Sekurang-kurangnya 15 dilapo...
09/06/2025

GERIK, PERAK - Negara digempar lagi dengan kemalangan m*ut tragik pagi ini di Gerik, Perak. Sekurang-kurangnya 15 dilaporkan m*ut dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di sini, awal pagi Isnin.

Difahamkan, nahas yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan kemalangan tersebut melibatkan 48 mangsa.

“Kem*tian melibatkan 13 mangsa di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.

“Setakat ini, tujuh mangsa berada dalam zon merah, 20 mangsa di zon kuning dan 16 mangsa di zon hijau di Hospital Gerik,” katanya.
Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dengan kekuatan seorang pegawai dan tiga anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba pada 2.11 pagi.

Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah bas yang membawa pelajar Upsi terbalik setelah bertembung dengan Perodua Alza.
Sementara itu, Upsi dalam hantaran Facebook turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar yang terbabit dalam kemalangan itu.

"Semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini," katanya.

Sumber:SinarHarian & JPAM

LAPAN dilaporkan maut dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung dengan lori ...
13/05/2025

LAPAN dilaporkan maut dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung dengan lori muatan batu.

Maklumat awal memaklumkan, kesemua mangsa yang maut merupakan anggota FRU dengan sebahagiannya cedera parah akibat tersepit.

-SinarHarian

Pelajar SM Sains Banting meninggal dunia dalam perjalanan ke surauSHAH ALAM - Pemergian seorang pelajar Tingkatan Dua Se...
08/05/2025

Pelajar SM Sains Banting meninggal dunia dalam perjalanan ke surau
SHAH ALAM - Pemergian seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah (SM) Sains Banting, Safiah Nafisah Muddatstsir disifatkan sebagai ‘kem*tian yang dicemburui’.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat Subuh.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh pihak sekolah menerusi laman Facebook rasmi mereka.
Menerusi hantaran tersebut, seluruh warga sekolah meluahkan rasa hiba dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh,” demikian menurut kenyataan tersebut pada Rabu.
Pihak sekolah turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham akan disemadikan di Presint 20, Putrajaya.
“Salam takziah kepada seluruh warga sekolah. Al-Fatihah,” ujar kenyataan itu lagi.

Berhati2 la dengan pin bendera malaysia.Lebih baik beli yang melekat dan jahit terus di baju, yang free tu mungkin tak b...
07/05/2025

Berhati2 la dengan pin bendera malaysia.Lebih baik beli yang melekat dan jahit terus di baju, yang free tu mungkin tak berapa sesuai untuk murid2 8 tahun kebawah.

Mereka masih kurang faham dengan risikonya, ini pun tak perasan tercabut dari baju abang nya dan terjatuh di kerusi kereta.

Kaedah Untuk Mengurangkan Risiko Kenderaan Anda Dibanjiri.No 1.Canvas,untuk air rendah aras tayar,tak boleh bertahan lam...
29/11/2024

Kaedah Untuk Mengurangkan Risiko Kenderaan Anda Dibanjiri.

No 1.Canvas,untuk air rendah aras tayar,tak boleh bertahan lama sebab bukan kalis air.

No 2 & 3 Plastik Tebal, Dibuat khas untuk bungkus sebiji kereta.

Beg Oren https://s.shopee.com.my/2Ay2gfcHfq

PSG Vs Atletico Tifo By Fan PSG
08/11/2024

PSG Vs Atletico

Tifo By Fan PSG

Tiga pelajar UiTM Dungun pulang makan malam maut dirempuh kenderaan
10/10/2024

Tiga pelajar UiTM Dungun pulang makan malam maut dirempuh kenderaan

Penganjur Honda Day Beri Kereta Baru Kepada Pemenang Cabutan Bertuah Iaitu BMW F30,Sebelum Ini Viral Dihadiahkan Sebuah ...
07/10/2024

Penganjur Honda Day Beri Kereta Baru Kepada Pemenang Cabutan Bertuah Iaitu BMW F30,Sebelum Ini Viral Dihadiahkan Sebuah Honda Accord SM4.

Address

No30
Kuantan
25150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Menyampai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share