PahangKu Media

PahangKu Media The official page of PahangKu Media
PahangKu News Portal

'PahangKu Media' fb page - Adalah saluran maklumat dimedia baru yang memaparkan berita berita politik, analisa, rencana dan pelbagai lagi. Sebarang berita yang ingin disiarkan boleh email kepada [email protected]

Join Group di http://www.facebook.com/groups/politikpahang

Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan Bernilai RM146 Juta Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang. Persimpangan Ber...
03/09/2026

Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan Bernilai RM146 Juta Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan bernilai RM146 juta dirasmikan petang ini dalam usaha memperkukuh jaringan pengangkutan serta meningkatkan akses ke kawasan Pelabuhan Kuantan dan sekitarnya.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr Haji Ahmad bin Haji Maslan, dan Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato' Sri Mohd Shahar bin Abdullah.

Pembukaan persimpangan bertingkat berkenaan dijangka memberikan manfaat kepada pengguna jalan raya, komuniti setempat serta sektor perniagaan menerusi pergerakan yang lebih lancar dan hubungan yang lebih baik ke kawasan pelabuhan.

Pembangunan Jalan KPC Port Link itu turut mendapat peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Ekonomi menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Penghargaan turut diberikan kepada Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, LPT2 Sdn. Bhd., serta semua kementerian, agensi dan rakan pelaksana yang terlibat dalam merealisasikan projek berkenaan.

Pembukaan persimpangan ini juga dilihat sebagai satu lagi langkah dalam memperkasa kemudahan asas dan jaringan pengangkutan di Pahang, sekali gus menyokong pertumbuhan sektor perdagangan dan industri serta membuka lebih banyak peluang pelaburan, perniagaan, pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat.

Usaha berterusan tersebut selaras dengan aspirasi Pahang1st untuk memastikan pembangunan negeri terus diperkukuh demi mewujudkan Pahang yang lebih maju, makmur dan berdaya saing.



Sultan Pahang Tegaskan Istilah ‘Tanah Adat’ Perlu Digunakan Dengan Tepat.“Janganlah kita sewenang-wenangnya menggunakan ...
19/08/2026

Sultan Pahang Tegaskan Istilah ‘Tanah Adat’ Perlu Digunakan Dengan Tepat.

“Janganlah kita sewenang-wenangnya menggunakan istilah ‘Tanah Adat’ seolah-olah setiap kawasan yang pernah diduduki, dimasuki atau digunakan secara automatik menjadi hak.”

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Program Kenduri Rakyat Sempena Hari Orang Asli Tahun 2026 di Kampung Orang Asli Sungai Mok, semalam.

Di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, agenda membasmi kemiskinan dilihat...
19/08/2026

Di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, agenda membasmi kemiskinan dilihat sebagai tanggungjawab bersama, bukan kerja satu pihak semata-mata. Kerajaan negeri bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan, agensi bantuan, pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Pandangan Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah, bahawa formula PRU16 mesti mengambil kira keadaan semasa adalah tepa...
18/08/2026

Pandangan Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah, bahawa formula PRU16 mesti mengambil kira keadaan semasa adalah tepat. Keputusan pilihan raya terdahulu wajar dihormati sebagai rekod politik, tetapi ia bukan tiket automatik untuk menentukan hak atau tuntutan mana-mana parti pada pilihan raya akan datang.

INISIATIF MAKMUR PAHANG BERI MANFAAT KEPADA 153 PELAJAR MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARAKerajaan Negeri Pahang terus...
14/08/2026

INISIATIF MAKMUR PAHANG BERI MANFAAT KEPADA 153 PELAJAR MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Kerajaan Negeri Pahang terus memperkukuh komitmen dalam memperkasa pendidikan anak-anak negeri menerusi pelaksanaan Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara Tahun 2026, yang memberi manfaat kepada seramai 153 pelajar.

Program yang berlangsung di Wisma Sri Pahang, Kuantan itu melibatkan penyerahan sumbangan melanjutkan pengajian ke luar negara, termasuk Wang Pendahuluan Pelajar Pengajian ke Morocco serta Program KYP–Yarmouk Jordan.

Selain Morocco dan Jordan, anak-anak Pahang yang menerima manfaat turut melanjutkan pengajian ke Mesir dan New Zealand, sekali gus membuka ruang kepada mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Negeri Pahang melihat pendidikan sebagai antara pelaburan penting dalam membentuk masa depan negeri, khususnya dalam melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan anak-anak Pahang terus diberi peluang untuk melanjutkan pengajian dan menimba ilmu hingga ke peringkat antarabangsa.” YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Pelaksanaan inisiatif berkenaan turut mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan aspek pendidikan dan pembangunan modal insan sentiasa diberi keutamaan demi manfaat rakyat.

Penghargaan turut diberikan kepada Yayasan Pahang serta Unit Perancangan Operasi dan Data Strategik Negeri Pahang (UPODS) atas usaha dan komitmen dalam menjayakan inisiatif tersebut.

Bantuan yang disalurkan diharap dapat meringankan beban pelajar dan keluarga, selain memberi ruang kepada para penerima untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajian masing-masing.

Para pelajar juga diingatkan agar memanfaatkan peluang yang diberikan dengan sebaiknya, membawa nama Pahang dengan penuh rasa bangga serta kembali menyumbang kepakaran dan tenaga kepada agama, bangsa, negeri dan negara.

Inisiatif ini selari dengan aspirasi Pahang1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan, dalam memastikan pembangunan modal insan terus menjadi antara agenda penting Kerajaan Negeri Pahang.




GERAKAN KOPERASI PEMACU EKONOMI PAHANGYAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail menghadir...
14/08/2026

GERAKAN KOPERASI PEMACU EKONOMI PAHANG

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail menghadiri Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Pahang Tahun 2026 (MAGKP’26) yang berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Majlis anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang itu diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan, komitmen dan kejayaan warga gerakan koperasi yang terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri.

Dalam ucapannya, beliau berkata gerakan koperasi kini berkembang sebagai antara kekuatan penting ekonomi Pahang dengan penglibatan dalam pelbagai sektor termasuk perladangan, pertanian, perkhidmatan, peruncitan serta bidang keusahawanan.

“Kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus memperkasa ekosistem ekonomi yang mampu membuka lebih banyak peluang, meningkatkan pendapatan serta mewujudkan manfaat yang lebih luas kepada rakyat.”- YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail

Menurut beliau, usaha memperkukuh gerakan koperasi adalah selari dengan Aspirasi Pahang 1st, khususnya dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negeri terus memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau turut berharap gerakan koperasi di Pahang akan terus berkembang, lebih inovatif dan berdaya saing, sekali gus menjadi antara pemacu penting dalam membina ekonomi negeri yang kukuh dan mampan.

Pahang1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan




إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَSalam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Cik Izzah Shairah binti...
13/08/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Cik Izzah Shairah binti Khairuddin, Pegawai Khas kepada YB Dato’ Fadzli Mohamad Kamal.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan khilafnya, melapangkan serta menerangi kuburnya, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkan Allahyarhamah di syurga-Nya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Kutipan Hasil Pahang Cecah RM850 Juta. Kutipan hasil Kerajaan Negeri Pahang mencecah RM850 juta setakat Julai, melebihi ...
11/08/2026

Kutipan Hasil Pahang Cecah RM850 Juta.

Kutipan hasil Kerajaan Negeri Pahang mencecah RM850 juta setakat Julai, melebihi kebiasaan sekitar RM700 juta bagi tempoh sama.

YAB Menteri Besar Pahang,Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pencapaian itu didorong peningkatan kesedaran pembayar cukai serta pelanjutan tempoh bayaran daripada 30 Jun hingga akhir Julai.

“Saya sangat optimis, insya-Allah Kerajaan Negeri akan memperoleh hasil melebihi RM1 bilion seperti yang dicapai dalam tempoh empat tahun lalu.” - YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail

Bagi 2026, Kerajaan Negeri menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM1.279 bilion, meningkat kira-kira 7% berbanding 2025.

Pahang Raih Sembilan Anugerah Pelancongan, Kukuh Kedudukan Destinasi Utama Negara.Pahang terus mengukuhkan kedudukannya ...
10/08/2026

Pahang Raih Sembilan Anugerah Pelancongan, Kukuh Kedudukan Destinasi Utama Negara.

Pahang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi pelancongan utama Malaysia selepas meraih sembilan anugerah pada Malam Anugerah Industri Pelancongan 2026 anjuran Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) di Petaling Jaya, Selangor, Sabtu lalu.

Kerajaan Pahang menerusi Tourism Pahang menerima anugerah utama bagi kategori Kadar Purata Penginapan Tertinggi Terbaik di Malaysia, sekali gus mencerminkan prestasi positif sektor pelancongan negeri dan keyakinan pelancong terhadap produk serta destinasi yang ditawarkan.

Kerajaan Pahang menerusi Tourism Pahang menerima anugerah utama bagi kategori Kadar Purata Penginapan Tertinggi Terbaik di Malaysia, sekali gus mencerminkan prestasi positif sektor pelancongan negeri dan keyakinan pelancong terhadap produk serta destinasi yang ditawarkan. Pengurus Besar Tourism Paha...

MBK RANGKUL TIGA ANUGERAH PELANCONGAN 2026Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) terus mencipta kecemerlangan apabila berjaya me...
10/08/2026

MBK RANGKUL TIGA ANUGERAH PELANCONGAN 2026

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) terus mencipta kecemerlangan apabila berjaya merangkul tiga anugerah pada Tourism Industry Awards 2026 yang berlangsung di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel, Selangor.

Tiga pengiktirafan tersebut ialah:

🏆 Best Tourism Development Initiative – Pantai Pelindung
🏆 Best Recreational Tourism Destination – Bukit Pelindung
🏆 Best Sustainable Tourism Program – Car Free Day Urban Tourism Route

Kejayaan ini mencerminkan komitmen MBK dalam memperkukuh sektor pelancongan, pembangunan destinasi rekreasi serta pelaksanaan inisiatif pelancongan mampan, selaras dengan aspirasi YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, untuk menjadikan Pahang sebuah negeri yang maju, lestari dan berdaya saing.

Delegasi MBK diketuai Datuk Bandar Kuantan, YH Dato’ Zaliza bin Zulkipli, bersama Setiausaha MBK, Tuan Haji Mohd Nizam bin Mahayuddin, serta wakil Jabatan Kemasyarakatan dan Pelancongan.

Pencapaian ini diharap menjadi pemangkin kepada semangat baharu untuk terus memperkasa sektor pelancongan negeri serta mengangkat Kuantan sebagai destinasi pelancongan unggul, indah, lestari dan berdaya huni.

Tahniah Majlis Bandaraya Kuantan atas pencapaian membanggakan ini! 🏆👏

Address

Kuantan
25502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PahangKu Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PahangKu Media:

Shortcuts

Share