20/12/2025
๐๐ข๐๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐๐๐๐จ๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ช๐ข๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐๐๐ข๐ข๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐
BANTING, 20 Disember 2025 โ Kolej MARA Banting (KMB) terus mengukuhkan reputasinya apabila berjaya mengekalkan status IB World School bagi Diploma Programme (DP) selepas melalui IB Five-Year Review Verification Visit oleh International Baccalaureate Organization (IBO). Penilaian antarabangsa ini mengiktiraf kepimpinan institusi yang mantap, tenaga pendidik berimpak tinggi serta pelaksanaan Program Diploma yang selari dengan Standard dan Amalan IB. Pengalaman pembelajaran yang positif dan berkesan turut disokong oleh tahap kepuasan pelajar dan ibu bapa yang tinggi.
Dengan pengalaman lebih tiga dekad sebagai IB World School, KMB merupakan antara institusi IB paling matang di peringkat global, merekodkan jumlah penyertaan melebihi 10000 pelajar Diploma Programme menjadikan Kolej MARA Banting merupakan antara IB World School yang terbesar di dunia. Prestasi akademik juga melebihi purata antarabangsa serta kejayaan melahirkan alumni ke universiti terkemuka dunia.
Kejayaan ini menzahirkan komitmen berterusan MARA dalam menyediakan pendidikan bertaraf antarabangsa dan memperkukuh kedudukan institusi pendidikan MARA di persada global., mencatat prestasi akademik melebihi purata antarabangsa serta melahirkan alumni ke universiti terkemuka seperti MIT dan University of Cambridge seterusnya memperkukuh kedudukan Kolej MARA Banting.