Kamek Sayang Sarawak

Kamek Sayang Sarawak Kamek Sayang Sarawak menyalurkan info dan maklumat untuk anda di Sarawak.

NOTIS PEMAKLUMAN:Waktu Operasi Kaunter Sistem Bayaran Bil Setempat di Ibu Pejabat Lembaga Air Kuching..
12/03/2024

NOTIS PEMAKLUMAN:

Waktu Operasi Kaunter Sistem Bayaran Bil Setempat di Ibu Pejabat Lembaga Air Kuching..

DUA UNIT KEDAI MUSNAH TERBAKARLIMBANG, 26 Feb: Dua unit kedai di Jalan Merdeka, Pekan Limbang musnah terbakar awal pagi ...
26/02/2024

DUA UNIT KEDAI MUSNAH TERBAKAR

LIMBANG, 26 Feb: Dua unit kedai di Jalan Merdeka, Pekan Limbang musnah terbakar awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.42 pagi.

Unit kedai pertama musnah 50 peratus manakala unit kedai kedua terbakar 30 peratus.

Komander Operasi memaklumkan kebakaran hanya melibatkan tingkat bawah yang dijadikan sebagai kedai serbaneka dan tidak melibatkan tingkat atas yang dijadikan bilik sewa.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

Mohon sebarkan kes langgar lari Message admin terima Message pertama πŸ‘‡πŸ‘‡masa saya dekat pantai,kereta myvi saya kena lang...
29/01/2024

Mohon sebarkan kes langgar lari

Message admin terima

Message pertama
πŸ‘‡πŸ‘‡
masa saya dekat pantai,kereta myvi saya kena langgar lari

Saya ada no plat kereta org yang langgar kereta saya.minta tlg dia serah dri.
Saya juga ada bukti org yg tolong saya ambil gambar hilux yg langgar kereta saya,

Suruh dia kol saya untuk settle dgn saya ,ini no hp saya 0142832386

Message kedua
πŸ‘‡πŸ‘‡
Hello admin , mintak perpanjangkan pos ini . Toyota Hilux QTF 8318 telah melanggar dua buah kereta di parking Tanjung Batu .

Dipercayai pemandu tersebut di bawah pengaruh alkohol . Kes ini diklarifikasikan sebagai kes lari kerana pemandu tersebut terus lari tanpa bertanggungjawab..

Bintulu News Page

HEBAHAN RASMIπŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’PERHIMPUNAN AMAN SOLIDARITI UNTUK PALESTINEπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡Έ"SAVE GAZA. FREE PALESTIN...
24/11/2023

HEBAHAN RASMI
πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’

PERHIMPUNAN AMAN SOLIDARITI UNTUK PALESTINE
πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡Έ
"SAVE GAZA. FREE PALESTINE"
πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡Έ
LOKASI : ESPLANADE BINTULU
MASA : 4 PETANG
TARIKH :26 NOVEMBER 2023
TEMA BAJU : HITAM, MERAH, PUTIH,
πŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡ΈπŸ‡΅πŸ‡Έ
** SEMUA WARGA BINTULU DIJEMPUT HADIR DAN KAMI AKAN UMUMKAN SECARA LANGSUNG SYARAT2 HIMPUNAN JUMAAT INI.

22/11/2023

Sekacak-kacak pempuan pandai drive... kacak lagik ompuan pandei embak motor😁

21/11/2023

Antara punca hancurnya hubungan adik beradik adalah...πŸ₯Ί

SIBU- Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan Proton Exora di Simpang Lorong Ul...
11/11/2023

SIBU- Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan Proton Exora di Simpang Lorong Ulu Oya 8, Jalan Ulu Oya di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa maut dikenali sebagai Lungan Engkang berusia 53 tahun.

Katanya, tiga lagi penumpang dari kenderaan yang sama dan pemandu Proton Exora dilaporkan mengalami kecederaan.

PGO dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, sepasukan anggota BBP Sungai Merah telah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 7 pagi.

Setiba di lokasi ujarnya, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan.

Mangsa yang maut kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sibu.

Gambar PGO Sarawak

BERITA KELUARGADukacita dimaklumkan bahawa adik saya Muhamad Nakiv Bin kiplee telah kembali ke Rahmatullah pada hari sel...
02/11/2023

BERITA KELUARGA
Dukacita dimaklumkan bahawa adik saya Muhamad Nakiv Bin kiplee telah kembali ke Rahmatullah pada hari selasa 02 November 2023, bersamaan 18 Rabiulakhir 1445H.

Jenazah akan di semadikan ditanah perkuburan Islam kampung lintang baru, panchor hari ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.amin

Rohayu Kiplee

Kanak-kanak 5 tahun antara tiga maut, kereta jatuh gaung lalu tenggelam dalam tasik di Tatau..TATAU, 19 Okt: Dua lelaki ...
20/10/2023

Kanak-kanak 5 tahun antara tiga maut, kereta jatuh gaung lalu tenggelam dalam tasik di Tatau..

TATAU, 19 Okt: Dua lelaki tempatan dan seorang kanak-kanak lelaki warganegara Indonesia maut selepas pacuan empat roda yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung lalu tenggelam ke dalam tasik di Batu 69, Simpang Pelugau hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.18 tengah hari.

Mangsa pertama iaitu kanak-kanak berusia 5 tahun dijumpai di dalam kenderaan manakala dua lelaki masing-masing berusia 33 dan 34 tahun dijumpai ketika pasukan penyelamat melakukan di pencarian di dasar danau.

Semua mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya

LAPORAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN SARAWAK : CAWANGAN BINTULU18  Oktober 2023 - Satu tindakan kes dihasilkan di sebuah...
19/10/2023

LAPORAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN SARAWAK : CAWANGAN BINTULU

18 Oktober 2023 - Satu tindakan kes dihasilkan di sebuah premis makanan yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf hasil operasi bersepadu pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) cawangan Bintulu, Unit Risikan PDRM Bukit Aman dan penguat kuasa KPDN Bintulu yang bertujuan membanteras aktiviti penggunaan logo halal tidak diiktiraf di sekitar bandar Bintulu.

Kes disiasat mengikut Peraturan 4 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu semua makanan tidak boleh diperihalkan sebagai halal melainkan diperakukan oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo dalam Jadual Pertama

Premis disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu tiada seorang pun boleh membuat apa-apa representasi palsu dengan apa-apa cara.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-

πŸ‘‰e-aduan.kpdn.gov.my 𒐠Whatsapp : 019-2794317 @ 019-8488000 (Aduan Pengguna)
πŸ‘‰ Talian Hotline : 1-800-886-800

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR di Lorong Riveria
17/10/2023

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR di Lorong Riveria

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR di Jalan Datuk Mohd Musa Kota Samarahan.
09/10/2023

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR di Jalan Datuk Mohd Musa Kota Samarahan.

Address

Kuching
93350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kamek Sayang Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share