15/09/2022
Ringgit Jatuh 50% berbanding Riyal Arab Saudi
- Makanya, kos haji dan umrah akan meningkat
**************************
Hakikatnya pakcik dan makcik. Apabila pemerintah kita hanya fikir temolok mereka. Nilai wang Malaysia jatuh teruk berbanding Singapura, Thailand, USA, etc.
Tapi yang paling malang, kita jatuh lagi teruk terduduk terguling ke bawah gunung, dengan Riyal Arab Saudi. Jatuh 50% pakcik, makcik, abang, kakak sekalian. Meh sini Min nak tunjuk. Contoh, kalau dulu pakcik kena bayar RM5,000. Sekarang kena bayar RM7,500. Itu secara dasarnya. Hakikatnya apabila matawang jatuh 50%, kejatuhan nilai sebenar adalah hampir 100%. Maka, siap sedialah untuk bayar RM10 ribu.
Dengan itu, segala benda yang pakcik dan makcik nak beli sebagai cenderahati pun jadi mahal. Kalau dulu, kita beli barang harga RM80 (100 riyal), sekarang barang yang sama harganya RM120 (100 riyal) mengikut nilai matawang kita yang merosot teruk. Kalau dulu boleh bawa duit belanja RM800 (1 ribu riyal), sekarang kena bawa RM1,200 (1 ribu riyal). 50% lebih pakcik makcik oooiii! Dulu duit kita lagi kuat dari Saudi Riyal, sekarang kita lagi lemah.
Nah, sekarang nak pergi Haji dan Umrah, rasakanlah tergolok tergadai harta benda. Sedangkan pemerintah sakau berpuluh bilion duit negara kita, pulun joli sana sini.
Gamaknya lagi ramai la tak boleh pergi umrah dan haji. Sesungguhnya dilaknat Allah lah kamu wahai pembesar-pembesar dan penguasa yang memakan duit rakyat dan menindas rakyat.