29/09/2026
25-27 SEPTEMBER 2026 | SARIKEI
Ziarah bukan sekadar kunjungan, tetapi tanda kasih, kepedulian dan ukhuwah adalah satu usaha untuk mendekati, memahami serta menyantuni saudara kita.
Berteraskan semangat tersebut, Program Kembara Dakwah YADIM Zon Selatan kali ini bersama menerusi siri Program Ziarah Perdana di Perkampungan Saudara Kita Kampung Darul Falah, Sungai Gemuan, Sarikei yang berlangsung pada 25 September sehingga 27 September 2026.
Program anjurkan Bahagian Kemajuan Saudara Kita, Jabatan Agama Islam Sarawak dengan kerjasama agensi Islam dan badan bukan kerajaan (NGO), sebagai wadah memperkukuh ukhuwah, menyantuni masyarakat serta memperkasa kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan komuniti saudara kita.
Rombongan YADIM diketuai oleh Penolong Pengarah YADIM Sarawak, Ustaz Muhammad Luqman Suhairi selaku mewakili tuan Pengarah bersama Encik Mohd Subri Haji Rafa-Ee, Encik Awang Muhammad Nurhafizzani Awang Basri dan Daie YADIM Bahagian Sarikei sebagai urus setia program.
Antara agensi dan NGO yang turut bersama-sama dalam program ini ialah Jabatan Pendakwaan Syariah Sarawak, Universiti Malaya, Pertubuhan Kemajuan Islam Malaysia (PERKIM), Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia dan Pacific (RISEAP), Tabung Baitulmal Sarawak, Hidayah Centre Foundation (HCF), Harakah Islamiah Malaysia (HIKMAH) serta Urus Setia Saudara Kita (USK) Bahagian Sarikei.
Program yang berlangsung selama 3 hari ini dipenuhi dengan pengisian antaranya Kursus Penyembelihan
Halal, Klinik Al-Fatihah, Tazkirah Subuh, Forum Pengajian dan Masa Depan Remaja Islam, Pertandingan Mewarna Kaligrafi Khat Kanak-Kanak dan Dewasa, Pengisian Slot Penerangan Pengajian Masa Depan, Celik Syariah: Memahami Undang-undang Keluarga Islam, Malam Irama Dakwah, Ceramah Kewajipan Zakat dan Asnaf serta Majlis Penyerahan Agihan Bantuan Kebajikan.
Manakala di penghujung program turut diadakan Majlis Penangguhan Ziarah Perdana Perkampungan Saudara Kita yang telah disempurnakan oleh Sahibus Siyadah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak.
Terima Kasih Jabatan Agama Islam Sarawak atas jemputan kerjasama program ini.
Semoga program ini akan terus menjadi jambatan yang mengeratkan kerjasama, ukhuwah, menyuburkan kecintaan berlandaskan iman dan ilmu.
***
YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.
Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.
Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam)
Atau klik link dibawah :
Sumbangan secara potongan bulanan
InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim
Sumbangan secara one-off
InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim