
13/07/2025
๐๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ท๐ฎ ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐๐ฎ๐ด๐ ๐ฆ๐ฎ๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐น๐ฎ๐ต๐ถ (๐ก๐๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ผ๐ต๐ฎ๐ป๐ถ)
Kebanyakan ibadah Kristian tidak hanya mengandungi satu khutbahโmalah ada tiga, empat, lima, atau enam sekaligus. Beginilah maksudnya: bukan hanya khutbah para pendeta yang menyampaikan firman. Nyanyian dan lagu-lagu yang kita dendangkan bersama sebagai jemaah juga merupakan pewartaan Firman Tuhan.
Setiap nyanyian ibarat khutbah kecil yang bersuara melalui melodi. Tatkala kita menyanyi, kita bukan sekadar meluahkan rasa atau mengisi ruang dalam ibadahโkita sedang mengisytiharkan Firman Tuhan sesama kita. Theologi itu bernyanyi!
Paulus menekankan hal ini dalam surat-suratnya, menyeru gereja agar menyanyikan โmazmur, puji-pujian, dan nyanyian rohaniโ antara satu sama lain (umpamanya, Kol. 3:16; Ef. 5:19), supaya Firman Kristus diam dengan limpahnya dalam kalangan kita.
Ini bukan sekadar gagasan Perjanjian Baru. Bukan sahaja terdapat 150 Mazmur dalam Perjanjian Lama, bahkan Tuhan telah memerintahkan Musa untuk mengajarkan sebuah nyanyian kepada Israel. Kita mengenalinya sebagai Nyanyian Musa dalam Ulangan 32.
Tuhan telah menujukan nyanyian itu sebagai suatu kesaksian kepada umat-Nya. Meskipun ia lebih bersifat amaran dalam hal tersebut, namun ia tetap merupakan suatu penyampaian Firman melalui nyanyianโyang dimaksudkan untuk diingati dan diwariskan turun-temurun.
Maka apabila engkau berhimpun sekali lagi bersama tubuh Kristus dan mengangkatkan suaramu dalam nyanyian, ingatlah akan hal ini: engkau bukan sahaja sedang menyembah Allahโtetapi juga sedang memberitakan Firman kepada saudaramu. Dan tatkala orang di sebelahmu bernyanyi, dia pun sedang memberitakan Firman kepadamu.
Firman itu sedang disampaikanโdalam melodi, dalam harmoni, dalam kebenaran.
-Chad Bird-
โค๏ธโค๏ธ