Coram Deo

Coram Deo "Humility is the beginning of true intelligence." [John Calvin]

07/08/2025

๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ถ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ด๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ (๐—ก๐˜†๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ถ)Kebanyakan ibadah Kristian tidak hanya mengandu...
13/07/2025

๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ถ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ด๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ (๐—ก๐˜†๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ถ)

Kebanyakan ibadah Kristian tidak hanya mengandungi satu khutbahโ€”malah ada tiga, empat, lima, atau enam sekaligus. Beginilah maksudnya: bukan hanya khutbah para pendeta yang menyampaikan firman. Nyanyian dan lagu-lagu yang kita dendangkan bersama sebagai jemaah juga merupakan pewartaan Firman Tuhan.

Setiap nyanyian ibarat khutbah kecil yang bersuara melalui melodi. Tatkala kita menyanyi, kita bukan sekadar meluahkan rasa atau mengisi ruang dalam ibadahโ€”kita sedang mengisytiharkan Firman Tuhan sesama kita. Theologi itu bernyanyi!

Paulus menekankan hal ini dalam surat-suratnya, menyeru gereja agar menyanyikan โ€œmazmur, puji-pujian, dan nyanyian rohaniโ€ antara satu sama lain (umpamanya, Kol. 3:16; Ef. 5:19), supaya Firman Kristus diam dengan limpahnya dalam kalangan kita.

Ini bukan sekadar gagasan Perjanjian Baru. Bukan sahaja terdapat 150 Mazmur dalam Perjanjian Lama, bahkan Tuhan telah memerintahkan Musa untuk mengajarkan sebuah nyanyian kepada Israel. Kita mengenalinya sebagai Nyanyian Musa dalam Ulangan 32.

Tuhan telah menujukan nyanyian itu sebagai suatu kesaksian kepada umat-Nya. Meskipun ia lebih bersifat amaran dalam hal tersebut, namun ia tetap merupakan suatu penyampaian Firman melalui nyanyianโ€”yang dimaksudkan untuk diingati dan diwariskan turun-temurun.

Maka apabila engkau berhimpun sekali lagi bersama tubuh Kristus dan mengangkatkan suaramu dalam nyanyian, ingatlah akan hal ini: engkau bukan sahaja sedang menyembah Allahโ€”tetapi juga sedang memberitakan Firman kepada saudaramu. Dan tatkala orang di sebelahmu bernyanyi, dia pun sedang memberitakan Firman kepadamu.

Firman itu sedang disampaikanโ€”dalam melodi, dalam harmoni, dalam kebenaran.

-Chad Bird-

โค๏ธโค๏ธ

Address

Singapore

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Coram Deo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share