Oohhaa Sarawak

Oohhaa Sarawak OOHHAA SARAWAK info terkini dalam Negeri Sarawak

DUA UNIT KEDAI MUSNAH TERBAKARLIMBANG, 26 Feb: Dua unit kedai di Jalan Merdeka, Pekan Limbang musnah terbakar awal pagi ...
26/02/2024

DUA UNIT KEDAI MUSNAH TERBAKAR

LIMBANG, 26 Feb: Dua unit kedai di Jalan Merdeka, Pekan Limbang musnah terbakar awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.42 pagi.

Unit kedai pertama musnah 50 peratus manakala unit kedai kedua terbakar 30 peratus.

Komander Operasi memaklumkan kebakaran hanya melibatkan tingkat bawah yang dijadikan sebagai kedai serbaneka dan tidak melibatkan tingkat atas yang dijadikan bilik sewa.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

Warga emas hilang ditemukan selamat di sebuah ladang sawitBINTULU, 28 Jan โ€“ Seorang wanita warga emas dijumpai selamat p...
28/01/2024

Warga emas hilang ditemukan selamat di sebuah ladang sawit

BINTULU, 28 Jan โ€“ Seorang wanita warga emas dijumpai selamat pagi tadi setelah dilaporkan hilang sejak petang semalam selepas keluar mencari ikan di sekitar anak sungai di belakang rumahnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata Cherurai Mukan, 74, dari Rh. Samuli, Sungai Tau, Selangau dijumpai orang awam kira-kira jam 8.30 pagi di sebuah ladang kelapa sawit.

Terdahulu, mangsa dilaporkan keluar dari rumah dengan membawa peralatan menangkap ikan kira-kira pukul 2.15 petang semalam namun sehingga pukul 5.30 petang, dia tidak pulang ke rumah.

Susulan itu, katanya kira-kira 30 orang penduduk dari 4 buah rumah panjang membuat pencarian di sekitar belakang rumah dan kawasan kebun sawit namun mangsa gagal dijumpai.

22/11/2023

Sekacak-kacak pempuan pandai drive... kacak lagik ompuan pandei embak motor ๐Ÿ˜

21/11/2023

Ayat pertama isteri bila suami balit dari kerja?

SIBU- Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan Proton Exora di Simpang Lorong Ul...
11/11/2023

SIBU- Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan Proton Exora di Simpang Lorong Ulu Oya 8, Jalan Ulu Oya di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa maut dikenali sebagai Lungan Engkang berusia 53 tahun.

Katanya, tiga lagi penumpang dari kenderaan yang sama dan pemandu Proton Exora dilaporkan mengalami kecederaan.

PGO dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, sepasukan anggota BBP Sungai Merah telah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 7 pagi.

Setiba di lokasi ujarnya, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan.

Mangsa yang maut kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sibu.

Gambar PGO Sarawak

BERITA KELUARGADukacita dimaklumkan bahawa adik saya Muhamad Nakiv Bin kiplee telah kembali ke Rahmatullah pada hari sel...
02/11/2023

BERITA KELUARGA
Dukacita dimaklumkan bahawa adik saya Muhamad Nakiv Bin kiplee telah kembali ke Rahmatullah pada hari selasa 02 November 2023, bersamaan 18 Rabiulakhir 1445H.

Jenazah akan di semadikan ditanah perkuburan Islam kampung lintang baru, panchor hari ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.amin

Rohayu Kiplee

Kanak-kanak 5 tahun antara tiga maut, kereta jatuh gaung lalu tenggelam dalam tasik di Tatau..TATAU, 19 Okt: Dua lelaki ...
20/10/2023

Kanak-kanak 5 tahun antara tiga maut, kereta jatuh gaung lalu tenggelam dalam tasik di Tatau..

TATAU, 19 Okt: Dua lelaki tempatan dan seorang kanak-kanak lelaki warganegara Indonesia maut selepas pacuan empat roda yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung lalu tenggelam ke dalam tasik di Batu 69, Simpang Pelugau hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.18 tengah hari.

Mangsa pertama iaitu kanak-kanak berusia 5 tahun dijumpai di dalam kenderaan manakala dua lelaki masing-masing berusia 33 dan 34 tahun dijumpai ketika pasukan penyelamat melakukan di pencarian di dasar danau.

Semua mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM), diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya

LAPORAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN SARAWAK : CAWANGAN BINTULU18  Oktober 2023 - Satu tindakan kes dihasilkan di sebuah...
19/10/2023

LAPORAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN SARAWAK : CAWANGAN BINTULU

18 Oktober 2023 - Satu tindakan kes dihasilkan di sebuah premis makanan yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf hasil operasi bersepadu pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) cawangan Bintulu, Unit Risikan PDRM Bukit Aman dan penguat kuasa KPDN Bintulu yang bertujuan membanteras aktiviti penggunaan logo halal tidak diiktiraf di sekitar bandar Bintulu.

Kes disiasat mengikut Peraturan 4 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu semua makanan tidak boleh diperihalkan sebagai halal melainkan diperakukan oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo dalam Jadual Pertama

Premis disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu tiada seorang pun boleh membuat apa-apa representasi palsu dengan apa-apa cara.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :-

๐Ÿ‘‰e-aduan.kpdn.gov.my ๐ข Whatsapp : 019-2794317 @ 019-8488000 (Aduan Pengguna)
๐Ÿ‘‰ Talian Hotline : 1-800-886-800

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR di Jalan Datuk Mohd Musa Kota Samarahan.
09/10/2023

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR di Jalan Datuk Mohd Musa Kota Samarahan.

Dua selamat, rumah didiami musnah terbakarSERIAN, 8 Okt: Dua penghuni dilaporkan selamat selepas rumah yang didiami musn...
08/10/2023

Dua selamat, rumah didiami musnah terbakar

SERIAN, 8 Okt: Dua penghuni dilaporkan selamat selepas rumah yang didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Lebor, Jalan Gedong-Serian awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4 pagi.

Komander Operasi memaklumkan kebakaran telah memusnahkan 40 peratus tingkat bawah rumah itu.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih disiasat.

Address

Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oohhaa Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share