csarawak.com

csarawak.com SARAWAK Born Media Company. Channel Sarawak is established by a team of passionate media professiona

ABG JO MULAKAN TUGAS HARI PERTAMA SEBAGAI KMKUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg tiba di pe...
21/12/2021

ABG JO MULAKAN TUGAS HARI PERTAMA SEBAGAI KM
KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg tiba di perkarangan lobi Wisma Bapa Malaysia kira-kira pada jam 9.25 pagi ini tadi.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan beberapa pegawai kanan kerajaan yang lain.

APPEAL TO SARAWAK VOTERS
17/12/2021

APPEAL TO SARAWAK VOTERS

SARAWAK WELL ON GAS ROADMAP, ABG JOKUCHING: Today, the State through Petros realises firm progress towards the Sarawak G...
14/12/2021

SARAWAK WELL ON GAS ROADMAP, ABG JO
KUCHING: Today, the State through Petros realises firm progress towards the Sarawak Gas Roadmap (SGR) with the signing of the MOU with Petronas for an access to an increase in supply of domestic natural gas to realise projects identified under the SGR.

Source: Sarawakku

ABG JO MENYANTUNI RAKYAT DI GEDONGGEDONG: Dalam jadual lawatan yang begitu ketat sempena kempen PRN12, Ketua Menteri Dat...
14/12/2021

ABG JO MENYANTUNI RAKYAT DI GEDONG
GEDONG: Dalam jadual lawatan yang begitu ketat sempena kempen PRN12, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg sempat menyantuni rakyat di beberapa tempat di DUN 26 Gedong.
Sejurus tiba di sini pada sebelah pagi Ahad beliau telah merasmikan pelancaran Gedong sebagai daerah baharu pada majlis bertempat di Dewan Terbuka Gedong.
Pada sebelah petang beliau telah mengunjungi aktiviti-aktiviti perusahaan kecil di sekitar pekan Gedong termasuk perusahaan songket Gedong yang kian popular di pasaran tempatan dan nasional.
Kemudian beliau bergerak ke rumah panjang masyarakat Iban di Kpg Keniong Lama dan Batu Pengansah sebelum kembali ke Gedong untuk menyantuni para belia pada sebelah malam.
Source: Sarawakku

YBhg. En. Safiee Bin Haji Ahmad turut hadir sama di Majlis Perasmian Simbolik Penanaman Tukun Tiruan Di Perairan Paloh-P...
03/12/2021

YBhg. En. Safiee Bin Haji Ahmad turut hadir sama di Majlis Perasmian Simbolik Penanaman Tukun Tiruan Di Perairan Paloh-Pulau Bruit dirasmikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak di Kampung Tekajong, Pulau Bruit Daro.

Source: DUN N.43 Daro

PEMIMPIN DATANG, PERGI - PEMBANGUNAN MESTI DITERUSKAN: DP ABG JOLUNDU: Pembangunan Negeri Sarawak hendaklah diteruskan d...
02/12/2021

PEMIMPIN DATANG, PERGI - PEMBANGUNAN MESTI DITERUSKAN: DP ABG JO
LUNDU: Pembangunan Negeri Sarawak hendaklah diteruskan dengan terator dan tersusun tanpa ada gangguan untuk mengejar impian menjadikan Negeri ini sebuah ekonomi yang maju menjelang 2030, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
“Pemimpin datang dan pergi tetapi pembangunan Negeri ini hendaklah diteruskan,” ujar beliau pada ucapan sempena perasmian Kampus Centexs dan Akademi Hospitaliti dan Pelancongan di sini pada Rabu.
Beliau berkata pembinaan kampus tersebut adalah impian Allahyarham Pehin Sri Adenan ketika menjadi Ketua Menteri untuk memberi latihan kemahiran bagi anak-anak muda di sini dan juga dari tempat-tempat lain.
“Tok Nan telah meninggalkan kita tetapi saya sebagai pengganti meneruskan usaha untuk melaksanakannya,” ujar beliau lagi.
Kampus CENTEXS Lundu dikhususkan untuk menyediakan latihan dalam industri hospitaliti dengan mengambil kira potensi kawasan Lundu dan Sematan dalam bidang pelancongan.
Datuk Patinggi Abang Zohari berkata Allahyarham Tok Nan juga telah mempunyai impian supaya Sarawak mendapatkan 20% royalti minyak yang dikeluarkan oleh Negeri ini.
Walaupun dengan cara yang berbeza usaha tersebut telah diteruskan dengan mengenakan Cukai Jualan ( SST) ke atas produk minyak dan gas, jelas beliau.
Dalam masa tiga tahun SST yang dikutip dari PETRONAS dan syarikat-syarikat lain berjumlah RM7 bilion, jelas beliau lagi.
Terdahulu beliau telah melakukan upacara pecah tanah bagi jalan raya baharu untuk menghubungkan Jalan Tun Hussein Onn/Jalan Bau-Lundu ke Kpg Stunggang Melayu yang akan menelan belanja sebanyak RM33 juta.
Turut berucap penyandang ADUN N3 Tanjung Datu, Datuk Amar Hajah Jamilah Bt. Haji Anu dan Pengerusi CENTEXS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi bin Haji Abdul Ghani.
Pada majlis tersebut CENTEXS telah memetrai dan bertukar-bertukar Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan rakan-rakan kongsi termasuk Sarawak Energy Bhd.

ABG JO LANCAR JENTERA PRN GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS) KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg...
30/11/2021

ABG JO LANCAR JENTERA PRN GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS)
KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg yang juga Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS) melancarkan jentera Pilhan Raya Sarawak GPS bertempat di Ibu Pejabat PBB Jalan Bako malam ini tadi.
Sejurus ketibaan, Presiden GPS telah diberi tepukan yang amat gemuruh oleh hadirin yang hadir dan disusuli dengan nyanyian lagu GPS beramai- ramai.
Ketika menyampaikan amanatnya, Abang Johari menyeru semua ahli dan jentera parti GPS agar bergerak dengan yakin dan sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Simbolik pelancaran kemudiannya diteruskan dengan bacaan ikrar beramai- ramai dikuti dengan majlis penyerahan bendera GPS oleh Presiden GPS kepada Ketua-Ketua Parti komponen GPS.

ROSEY YUNOS BAKAL PERTAHANKAN DUN BEKENU PADA PRN12NIAH: Menteri Muda Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk ...
30/11/2021

ROSEY YUNOS BAKAL PERTAHANKAN DUN BEKENU PADA PRN12
NIAH: Menteri Muda Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu menjadi individu terbaharu diumumkan oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg untuk dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Perkara itu disahkan secara spontan oleh Ketua Menteri semasa berucap dalam Majlis Perasmian Waterfront Niah Fasa 2 di Dewan Terbuka Sepupok Niah pada Isnin.
Berdasarkan rekod perkhidmatan beliau Datuk Rosey adalah calon yang paling sesuai untuk meneruskan perjuangan memajukan kawasan Subis dan DUN Bekenu khasnya, katanya.
Beliau berkata Daerah Subis, khususnya Niah mempunyai rancangan jangka panjang untuk memajukannya sebagai komoditi pelancongan bersifat global dengan reputasi Gua Niah dalam sejarah peradaban manusia di rantau ini.
Akses ke Gua Niah akan dinaik taraf supaya lebih mesra pelawat di mana laluan pejalan kaki sedia ada akan ditambah baik supaya boleh dilalui kereta “buggy” dan jambatan dibina menyeberangi Sungai Niah untuk menggantikan perkhidmatan perahu, ujar beliau.
Datuk Patinggi Abang Zohari berkata melalui usaha Datuk Rosey pekan Niah di Sepupok menjadi lebih cantik dengan projek Tebingan Sungai Niah yang telah dilaksanakan dalam dua fasa.
Kemudahan awam di sini harus dipertingkatkan sesuai dengan usaha untuk menjadikan Pekan Niah sebagai pusat pelancongan, kata beliau.
Mengimbau kembali permasalahan bekalan air yang agak teruk di sini beliau berkata ia sudah dapat diselesaikan dengan peruntukan lebih RM100 juta untuk melaksanakan projek berkenaan.
Source: Sarawakku

NEW MIRI CITY COUNCIL BUILDINGBANGUNAN MAJLIS BANDARAYA MIRIPhoto Credit : Nicholas Photography
23/11/2021

NEW MIRI CITY COUNCIL BUILDING

BANGUNAN MAJLIS BANDARAYA MIRI

Photo Credit : Nicholas Photography

DP ABANG JO RASMI LEBUHRAYA PAN BORNEO SEKSYEN JULAU. JULAU, Sabtu: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zoh...
22/11/2021

DP ABANG JO RASMI LEBUHRAYA PAN BORNEO SEKSYEN JULAU.
JULAU, Sabtu: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg pada Sabtu telah merasmikan Lebuhraya Pan Borneo Work Package Contract 07 Seksyen Julau sepanjang 28 KM daripada Bintangor ke Simpang Julau.
Turut hadir Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Sri Fadillah Yusof dan Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawai.
HSL and Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd secara bersama telah diawardkan kontrak tersebut bernilai RM1.6bil.
Pakej Kerja 07 meliputi Bintangor ke Julau (28km), Jambatan Durin (1.9km) and Sibu Interchange ke Jambatan Sungai Kua (46km).

AMERICAN FIRM TO PARTNER SEDC IN MEDICAL MANUFACTURING VENTUREKUCHING: On Thursday SEDC and Arrow Medsource Group (AMG) ...
14/11/2021

AMERICAN FIRM TO PARTNER SEDC IN MEDICAL MANUFACTURING VENTURE
KUCHING: On Thursday SEDC and Arrow Medsource Group (AMG) - a North American health care supply chain management company and its North American high profile partners met with Chief Minister of Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg for a briefing on the Sarawak Medical Innovation and Technology Hub (SMITH).

ABG JO RASMI MAJLIS PELANCARAN SARAWAK LINKING- URBAN, RURAL DAN NANTION (SALURAN MySRBN)  LAWAS, Ketua Menteri Datuk Pa...
02/11/2021

ABG JO RASMI MAJLIS PELANCARAN SARAWAK LINKING- URBAN, RURAL DAN NANTION (SALURAN MySRBN)
LAWAS, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Jo merasmikan Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MYSRBN) di Trusan Lawas hari ini.

Address

Kuching

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when csarawak.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to csarawak.com:

Share

Category

Channel Sarawak TV

SARAWAK Born Media Company. Channel Sarawak is established by a team of passionate media professionals. The company specialise in media content production, screening all the colourful communities in the land of hornbill, Sarawak.