Arena Sarawak

Arena Sarawak Berita Terkini Sukan di Sarawak

Pesta Roban 2023: Sasar 8,000 pengunjung KIRA-KIRA 8,000 pengunjung bakal membanjiri daerah kecil Roban sepanjang pengan...
09/11/2023

Pesta Roban 2023: Sasar 8,000 pengunjung

KIRA-KIRA 8,000 pengunjung bakal membanjiri daerah kecil Roban sepanjang penganjuran Pesta Roban 2023 yang berlangsung pada 10 hingga 12 November nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata pihaknya telah menyasarkan seramai 8,000 pengunjung dijangka membanjiri pekan Roban sepanjang berlangsungnya penganjuran Pesta Roban 2023 itu kelak.

“Acara utama yang bakal menjadi perhatian iaitu acara Jaguh Lumba Perau Sungai Seblak dan tarik tali atas air.

“Satu lagi keunikan Pesta Roban 2023 adalah Pekan Sari Roban yang akan menonjolkan Replika Rumah Panjang seakan Rumah Panjang Asli masyarakat Iban,” katanya.

KIRA-KIRA 8,000 pengunjung bakal membanjiri daerah kecil Roban sepanjang penganjuran Pesta Roban

Replika rumah panjang tumpuan di Pesta Roban 2023SEBUAH replika rumah panjang bakal menyerikan lagi suasana di tapak Pes...
09/11/2023

Replika rumah panjang tumpuan di Pesta Roban 2023

SEBUAH replika rumah panjang bakal menyerikan lagi suasana di tapak Pesta Roban yang berlangsung pada 10 hingga 12 November nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata lebih 80 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Roban akan terlibat dan mengadakan gotong-royong bagi mendirikan replika rumah panjang tersebut.

"Sudah pastinya pengunjung akan dapat merasai suasana sebenar ketika keberadaan di rumah panjang di tapak Pesta Roban nanti," katanya

SEBUAH replika rumah panjang bakal menyerikan lagi suasana di tapak

Sungai Seblak bakal berkocak pada 10 hingga 12 Nov iniSebanyak 12 pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi acara Jaguh ...
09/11/2023

Sungai Seblak bakal berkocak pada 10 hingga 12 Nov ini

Sebanyak 12 pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi acara Jaguh Lumba Perau Sungai Seblak bersempena penganjuran Pesta Roban 2023 pada 10 hingga 12 November nanti.

Menurut Ketua Jawatankuasanya, Kaunselor Kasdi Pandi memberitahu acara ini adalah merupakan pelengkap bagi memeriahkan lagi suasana Pesta Roban 2023.

“Acara lumba perahu kembali dimasukkan pada kali ini setelah hampir 23 tahun iaitu kali terakhir pada tahun 2001 ianya di pertandingankan.

“Namun akibat beberapa kekangan, acara ini menghadkan kepada hanya 12 penyertaan daripada pasukan tempatan yang bertanding,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa dan Cabutan Undi bagi acara Jaguh Lumba Perau Sungai Seblak bertempat di Pusat Khidmat DUN Kalaka, baru-baru ini.

Sebanyak 12 pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi acara Jaguh Lumba

SABERKAS aktif bangun belia di SarawakPertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) merupakan sebuah pertubuhan...
09/11/2023

SABERKAS aktif bangun belia di Sarawak

Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) merupakan sebuah pertubuhan belia yang sangat aktif dalam usaha membangunkan golongan tersebut di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata SABERKAS boleh menjadi laluan para belia bersama rakan-rakan belia mereka yang lain untuk menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) merupakan sebuah pertubuhan belia

Pioli puji Leao lebih menyinar berbanding MbappeMILAN: Stefano Pioli berkata bahawa Rafael Leao boleh menewaskan dunia s...
09/11/2023

Pioli puji Leao lebih menyinar berbanding Mbappe

MILAN: Stefano Pioli berkata bahawa Rafael Leao boleh menewaskan dunia selepas pemain sayap Portugal itu lebih menyinar berbanding Kylian Mbappe dalam kemenangan 2-1 AC Milan ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara semalam.

Leao menyamakan kedudukan Milan dengan sepakan akrobatik tinggi dan merobek pertahanan PSG setiap kali dia menguasai bola manakala bintang Perancis Mbappe bergelut untuk bermain di San Siro

MILAN: Stefano Pioli berkata bahawa Rafael Leao boleh menewaskan dunia

Man City teruskan langkah kananMANCHESTER: Manchester City melangkah ke peringkat kalah singkir Liga Juara-Juara apabila...
09/11/2023

Man City teruskan langkah kanan

MANCHESTER: Manchester City melangkah ke peringkat kalah singkir Liga Juara-Juara apabila Erling Haaland meredakan kebimbangan tentang kecergasannya dengan dua gol dalam kemenangan 3-0 menentang pasukan Switzerland, Young Boys semalam.

Pasukan Pep Guardiola telah memenangi kesemua empat perlawanan Kumpulan B mereka, memastikan mereka mara ke pusingan 16 akhir dengan baki dua perlawanan.

Selanjutnya:
https://www.arenasarawak.com/2023/11/09/man-city-teruskan-langkah-kanan/?fbclid=IwAR23H_uCqsQCI5jqWjsc7YTFxoZwRJO3H51nVSeG5JfN00krys5NfFISmQ4

MANCHESTER: Manchester City melangkah ke peringkat kalah singkir Liga Juara-Juara

Ada sebab Pan Gon senaraikan SumarehPEMINAT setia Harimau Malaya tidak perlu bimbang dengan ‘kemasukan’ beberapa pemain ...
09/11/2023

Ada sebab Pan Gon senaraikan Sumareh

PEMINAT setia Harimau Malaya tidak perlu bimbang dengan ‘kemasukan’ beberapa pemain baharu ke dalam skuad kendalian Kim Pan Gon kerana jurulatih dari Korea Selatan itu pastinya tahu apa yang terbaik untuk pasukan.

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berkata, dia percaya Pan Gon mempunyai alasan tersendiri dalam pemilihan pemain termasuk kembali menyenaraikan tonggak naturalisasi, Mohamadou Sumareh biarpun kurang memiliki minit permainan di peringkat kelab

https://www.arenasarawak.com/2023/11/09/ada-sebab-pan-gon-senaraikan-sumareh/?fbclid=IwAR0APRT8P8rVdweSYytH8t5rqbvJQYFNYXvQYFRlY9CyPltxbGf0QQPiFrI

PEMINAT setia Harimau Malaya tidak perlu bimbang dengan ‘kemasukan’ beberapa

24 pasukan lelaki, lapan pasukan wanita rebut kejuaraan Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato’ Sri DorisSEBANYAK 24 pasukan ...
09/11/2023

24 pasukan lelaki, lapan pasukan wanita rebut kejuaraan Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato’ Sri Doris

SEBANYAK 24 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita bakal merebut kejuaraan pada Kejohanan Futsal Tertutup P.202 Sri Aman Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato' Sri Doris Sophia Brodie bermula 10 hingga 12 November ini.

Menurut jurucakap penganjur, Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman menjadi medan utama pertarungan pasukan-pasukan yang menyertainya pada penghujung minggu ini.

https://www.arenasarawak.com/2023/11/08/24-pasukan-lelaki-lapan-pasukan-wanita-rebut-kejuaraan-piala-pusingan-kasut-emas-yb-dato-sri-doris/

24 pasukan lelaki, lapan pasukan wanita rebut kejuaraan Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato' Sri Doris Sophia Brodie Arena...
08/11/2023

24 pasukan lelaki, lapan pasukan wanita rebut kejuaraan Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato' Sri Doris Sophia Brodie

Arena Sarawak

SEBANYAK 24 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita bakal merebut

24 pasukan lelaki, lapan pasukan wanita rebut kejuaraan Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato' Sri Doris Sophia Brodie Arena...
08/11/2023

24 pasukan lelaki, lapan pasukan wanita rebut kejuaraan Piala Pusingan Kasut Emas YB Dato' Sri Doris Sophia Brodie

Arena Sarawak

SEBANYAK 16 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita bakal merebut

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi perlawanan pertama dan kedua Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Pia...
06/11/2023

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi perlawanan pertama dan kedua Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz pada 16 November dan Chinese Taipei pada 21 November.

Berikut senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon. Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Jumaat, 10 November 2023 bagi menghadapi perlawanan pertam…

Englant FC anjur futsal di Skim Skrang, 18 Nov ini
02/11/2023

Englant FC anjur futsal di Skim Skrang, 18 Nov ini

ENGLANT FC dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman akan menganjurkan Pertandingan Futsal bersempena Program Aktif @ Luar Bandar Sarawak 2023. Menurut jurucakap penganjur, pertand…

Address

Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arena Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Arena Sarawak:

Share