08/09/2026
๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฆ๐จ๐ก๐ ๐๐ก๐๐๐จ๐๐ก๐๐๐ฅ@๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฆ๐จ๐ฅ๐จ๐๐๐ก๐๐๐ฌ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ฌ๐ (๐ฆ๐ฃ๐ฅ)
Pasukan BMS dengan jayanya mengadakan sesi Influencer@JAPEN bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertajuk โKajian Semula Persempadanan (KSP) Negeri Sarawak | 82 Jadi 99 DUN: Apa Yang Rakyat Perlu Tahu?โ di sebuah hotel terkemuka, pagi tadi.
Sesi yang dikendalikan oleh Saudara Mohd Ibnu Muner itu menampilkan tetamu khas daripada SPR, Dr. Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, yang berkongsi penerangan serta penjelasan berkaitan proses Kajian Semula Persempadanan kawasan pilihan raya Negeri Sarawak.
Sesi perkongsian tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook JAPEN Sarawak dan berlangsung selama kira-kira 37 minit.
Melalui sesi ini, masyarakat berpeluang mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat berkaitan cadangan penambahan kerusi DUN Sarawak daripada 82 kepada 99 kerusi, sekali gus membantu meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai proses persempadanan kawasan pilihan raya.
Program ini juga menjadi platform komunikasi strategik JAPEN dalam menyampaikan maklumat semasa secara langsung, mudah difahami dan berfakta kepada masyarakat, khususnya menjelang pelaksanaan proses Kajian Semula Persempadanan Negeri Sarawak.