Sarawak-kini

Sarawak-kini Berita Sarawak-kini

    11/10/2026SARATOK, 11 Okt: Dua individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pikap di pusingan P, L...
11/10/2026



11/10/2026
SARATOK, 11 Okt: Dua individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pikap di pusingan P, Lebuh Raya Pan Borneo, pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.06 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok tiba di lokasi tiga minit kemudian.

“Seorang lelaki warga emas yang menaiki Perodua Bezza didapati tersepit di dalam kenderaan, manakala seorang lagi mangsa yang menaiki pikap mengalami kecederaan pada bahagian kaki,” menurut kenyataan itu.

Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat kemalangan jalan raya (RTA) untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa kemudian dibawa menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Seorang lagi mangsa turut dibawa ke hospital menggunakan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Operasi melibatkan lapan anggota BBP Saratok dengan sebuah jentera FRT, manakala KKM turut membantu pengurusan mangsa di lokasi.

Operasi menyelamat dikawal pada 11.30 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada 12.30 tengah hari selepas kerja menyelamat serta pembersihan kawasan selesai.

11/10/2026

Salam sejahtera

*PEMAKLUMAN AWAL*

Salam Sarawakku Sayang
Salam Malaysia Madani
Selamat petang semua

Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Regatta Sebauh 2026 yang telah dijadualkan pada 8-9 November 2026 telah *DITANGGUHKAN* kepada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali

JK Pengelola Regatta Sebauh 2026

Daripada : Jawatankuasa Induk Regatta Sebauh

Polis memburu 8 lagi suspek berhubung kes khianat api di kedai serbaneka di Sarawak.KUCHING (9 Okt): Polis sedang menges...
10/10/2026

Polis memburu 8 lagi suspek berhubung kes khianat api di kedai serbaneka di Sarawak.

KUCHING (9 Okt): Polis sedang mengesan lapan lagi suspek yang mempunyai kaitan dengan kes khianat api melibatkan kedai serbaneka di beberapa daerah pada akhir bulan lepas.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak menyatakan bahawa lima suspek telah pun ditangkap berhubung kes tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Tan Chiang F**k di talian 018-2628805, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Saifullizan turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Suspek yang dikehendaki itu berumur antara 20 hingga 44 tahun, merangkumi tujuh warga tempatan dan seorang warga asing.

Mereka ialah Kho Tze Yang, Tan Siong Seng, Tan Seng Ming, Alvin Chung Jia Hao, William Ong Wei Liang, Iwan, Chai Chuan Soon dan Kho Tze Hong.

Polis menerima dua laporan mengenai khianat api di dua kedai serbaneka pada 20 September lalu, masing-masing di Kuching dan Sri Aman.

Kedai serbaneka di Kuching mengalami kerosakan akibat kebakaran, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohamad Zainal Abdullah turut mengesahkan bahawa kedai-kedai yang terjejas adalah milik rangkaian runcit yang sama.

HPTN 2026 TERBUKA KEPADA ORANG AWAM, TAWAR HADIAH CABUTAN BERTUAH BERNILAI LEBIH RM100,000KUCHING | 7 OKTOBER 2026MEDIA ...
08/10/2026

HPTN 2026 TERBUKA KEPADA ORANG AWAM, TAWAR HADIAH CABUTAN BERTUAH BERNILAI LEBIH RM100,000

KUCHING | 7 OKTOBER 2026
MEDIA JKR SARAWAK

Hari Profesion Teknikal Negara 2026 (HPTN 2026) yang bakal berlangsung pada 1 dan 2 Disember 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak kini dibuka kepada orang awam dengan pendaftaran dan kemasukan secara PERCUMA.

Bertemakan “Profesion Teknikal Pemacu Kelestarian”, HPTN 2026 merupakan platform nasional yang menghimpunkan komuniti profesion teknikal, agensi kerajaan, badan profesional, institusi pendidikan, pemain industri serta generasi muda dalam usaha memperkukuh peranan profesion teknikal sebagai pemacu pembangunan negara yang mampan.

Penganjuran HPTN 2026 di Sarawak juga mencatat sejarah apabila acara kemuncak sambutan berkenaan diadakan buat julung kalinya di luar Semenanjung Malaysia, dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sebagai tuan rumah.

HPTN 2026 memberi penekanan kepada tiga elemen utama iaitu Kemahiran, Teknologi dan Kelestarian, selain menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan profesion teknikal serta menarik minat generasi muda meneroka bidang teknikal sebagai laluan pendidikan dan kerjaya masa hadapan.

Antara tarikan utama ialah pameran yang mengetengahkan 10 sektor teraju, merangkumi Teknologi Hijau; Teknologi Elektrik dan Elektronik; Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Teknologi Kimia; Sains Atmosfera dan Teknologi Alam Sekitar; Teknologi Bangunan dan Pembinaan; Teknologi Pembuatan dan Perindustrian; Bioteknologi dan Teknologi Berasaskan Agro; Pengangkutan dan Logistik; serta Teknologi Marin dan Maritim.

Pelbagai pengisian turut disediakan sepanjang dua hari penganjuran termasuk ceramah teknikal, sesi produk dan inovasi, program STEM, zon interaktif e-sukan, karnival kerjaya serta ceramah kerjaya, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat perkembangan teknologi, inovasi serta peluang dalam bidang profesion teknikal.

HPTN 2026 turut bakal menampilkan Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai Keynote Speaker, yang dijangka menjadi antara tarikan utama khususnya kepada pelajar, mahasiswa dan generasi muda.

Lebih menarik, pengunjung berdaftar juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai keseluruhan lebih RM100,000, termasuk HADIAH UTAMA sebuah Proton e.MAS 5.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti bagi merasai sendiri pengalaman HPTN 2026 serta meneroka dunia profesion teknikal, teknologi dan inovasi dalam satu acara berskala nasional.

Pendaftaran adalah PERCUMA dan diperlukan untuk kemasukan ke HPTN 2026.

Daftar sebagai pengunjung HPTN 2026:
https://hptn2026.klvtech.com.my/hptn-2026/visitor-registration

Jumpa anda di Hari Profesion Teknikal Negara 2026.
Acara Kemuncak: 1 dan 2 Disember 2026
Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak



– TAMAT –
Jabatan Kerja Raya Sarawak

    Ipd Serian Sarawak 8/10/2026Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Serian.Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Serian...
08/10/2026



Ipd Serian Sarawak
8/10/2026
Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Serian.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Serian pada 08.10.2026.

Seorang lelaki berumur 47 tahun, berasal dari Daerah Bau, ditangkap memiliki dadah jenis Syabu dengan berat kasar 5.03 gram. Kes disiasat dibawah seksyen 39A(1) ADB 1952.

Hukuman:
Jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara tidak lebih 5 tahun dan sebatan tidak kurang 3 sebatan tetapi tidak lebih 9 sebatan.

Saspek juga disiasat dibawah seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana air kencing didapati positif M**h & Amp hasil ujian awal.

Pihak PDRM, khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Serian akan mengambil tindakan tegas ke atas pengedar serta pengguna dadah yang berulang dibawah seksyen 39C ADB 1952.
Jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara tidak kurang 5 tahun tetapi tidak lebih 7 tahun dan sebatan tidak lebih 3 sebatan.


06/10/2026
KENYATAAN MEDIAJABATAN KERJA RAYA SARAWAKPRA PEMBUKAAN JAMBATAN SEJINGKAT PERKUKUH KESALINGHUBUNGAN KUCHING–SAMARAHANKUC...
05/10/2026

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KERJA RAYA SARAWAK

PRA PEMBUKAAN JAMBATAN SEJINGKAT PERKUKUH KESALINGHUBUNGAN KUCHING–SAMARAHAN

KUCHING, 5 OKTOBER 2026 — Majlis Pra Pembukaan Jambatan Sejingkat disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur jalan raya Sarawak bagi memperkukuh kesalinghubungan antara Kuching dan Samarahan.

Jambatan yang merentasi Sungai Sarawak ini merupakan komponen Pakej D3A: Proposed Second Kuching–Samarahan Trunk Road (Bridge Over Sg. Sarawak at Sejingkat), yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dengan nilai kontrak RM365.74 juta.

Sepanjang 1,281.2 meter, Jambatan Sejingkat dibina mengikut piawaian JKR R5, dengan dua lorong bagi setiap arah. Struktur utamanya menggunakan reka bentuk jambatan ber kabel dengan tiga rentang sepanjang 200 meter, 400 meter dan 200 meter, serta jambatan pendekat menggunakan rasuk konkrit prategasan di kedua-dua hujung. Jambatan ini turut menyediakan laluan pelayaran selebar 200 meter dengan kelegaan menegak 26 meter, bagi membolehkan pergerakan pengangkutan sungai di bawahnya. Skop projek merangkumi pembinaan jalan pendekat sepanjang kira-kira 220 meter di sebelah Tanjung Bako dan 210 meter di sebelah Sejingkat, termasuk persimpangan penghubung ke jalan sedia ada serta kerja rawatan tanah. Projek ini juga melibatkan penaiktarafan dan pelebaran jalan sedia ada sepanjang kira-kira 1,000 meter di Tanjung Bako dan 645 meter di Sejingkat, termasuk persimpangan berlampu isyarat.

Penyediaan laluan alternatif ini bertujuan membantu mengurangkan kesesakan trafik, khususnya pada waktu puncak di laluan Kuching–Samarahan sedia ada, di samping memendekkan masa perjalanan dan memudahkan urusan harian penduduk. Kesalinghubungan yang lebih baik turut membuka peluang pembangunan ekonomi di sepanjang jajaran, termasuk aktiviti komersial, pertanian dan akuakultur, serta berpotensi menarik pelaburan baharu yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Majlis pra pembukaan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk menyediakan infrastruktur yang menyokong keperluan rakyat dan pertumbuhan ekonomi wilayah. JKR Sarawak akan terus memastikan aspek kualiti, keselamatan dan fungsi infrastruktur diberi keutamaan demi manfaat pengguna jalan raya.

— TAMAT —

Dikeluarkan oleh:
Cawangan Komunikasi Korporat
Jabatan Kerja Raya Sarawak

    4/10/2026KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan selepas polis menyerbu sebuah pusat hiburan yang ...
03/10/2026



4/10/2026
KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan selepas polis menyerbu sebuah pusat hiburan yang dipercayai beroperasi tanpa lesen sah di kawasan Tabuan Tranquility di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 3 pagi dan polis turut merampas peralatan muzik dari premis berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas pusat hiburan terbabit dipercayai menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah,” katanya.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Polis akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan semua premis hiburan mematuhi peraturan ditetapkan.

    Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak 1/10/2026𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗝𝗔 𝗞𝗘 𝗧𝗘𝗕𝗘𝗗𝗨, 𝟭𝟯𝟵 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗦𝗔𝗟Ser...
01/10/2026



Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

1/10/2026
𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗝𝗔 𝗞𝗘 𝗧𝗘𝗕𝗘𝗗𝗨, 𝟭𝟯𝟵 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗜𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗦𝗔𝗟

Serian, 1 Oktober 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak melaksanakan pemindahan seramai 139 warga Indonesia dari Depot Imigresen Semuja bagi tujuan penghantaran pulang ke negara asal melalui laluan darat.

Pemindahan yang dilaksanakan pada 1 Oktober 2026 itu melibatkan 111 lelaki dan 28 perempuan, yang dibawa dari Depot Imigresen Semuja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu sebelum meneruskan perjalanan ke negara asal.

Proses pemindahan tersebut diketuai oleh Puan Shareena binti Mohamad Shuib selaku wakil Komandan Depot Imigresen Semuja, bersama pasukan pegawai iringkawal. Turut hadir wakil Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI), Pak Daniel Nugroho, Konsul/Sekretaris 2, bagi memastikan urusan berkaitan penghantaran pulang warga Indonesia dapat diselaraskan dengan baik.

Kerjasama antara JIM Sarawak dan pihak KJRI dalam urusan berkaitan penghantaran pulang ini turut membantu memastikan proses pemindahan berjalan dengan teratur, selain aspek keselamatan dan kawalan sentiasa diberi keutamaan.

Keseluruhan proses pemindahan berjalan dengan baik, selamat dan terkawal, selaras dengan komitmen JIM Sarawak dalam memastikan urusan pemindahan serta penghantaran pulang warga asing dilaksanakan secara teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan.



©𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 | 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗜𝗚𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞

Sumber Jabatan imigresen Malaysia Sarawak

    1/10/2026SIBU: Seorang lelaki didenda RM500 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana...
01/10/2026



1/10/2026
SIBU: Seorang lelaki didenda RM500 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memiliki 200 karton bir yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Tiong Kwong Ann, 52, dari Jalan Tebu di sini, mengaku bersalah di hadapan Majistret Romario Jonoi dan dibenarkan bebas setelah membayar denda tersebut.

Dia didakwa di bawah Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sarawak 1958.

Berdasarkan fakta kes, pada 27 Mac kira-kira jam 10.30 malam, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 menjalankan pemeriksaan di Jalan Ulu Oya berhampiran Lebuh Raya Pan Borneo dan menemui 200 karton bersamaan 1,536 liter bir di dalam sebuah lori yang dinaiki Tiong bersama seorang lagi lelaki.

Kedua-dua lelaki tersebut gagal mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan bir berkenaan, menyebabkan mereka ditahan dan barangan tersebut dirampas.

Hasil siasatan mendapati Tiong tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai bagaimana bir tersebut diperoleh.

Bir berkenaan disyaki dimiliki tanpa pembayaran duti kastam

Address

Kuching
93050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarawak-kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sarawak-kini:

Shortcuts

Share