22/09/2026
Polis mengesahkan kes khianat menggunakan api membabitkan beberapa kedai serbaneka di Kuching dan Sri Aman pada malam Ahad milik rantaian kedai runcit yang sama.
seorang lelaki 36 tahun direman oleh Mahkamah Majistret Sri Aman tiga hari hingga 25 September bagi membantu siasatan kes khianat yang berlaku pada malam Ahad itu.
Lelaki berkenaan ditangkap pada Isnin di Saratok kerana disyaki terlibat dalam kejadian khianat itu yang membabitkan sebuah kedai serbaneka yang dilaporkan di Jalan Kecil Sri Aman sekitar jam 7.05 petang.
Dalam kenyataan terdahulunya, Mohamad Zainal berkata siasatan awam mendapati kedua-dua kejadian mempunyai modus operandi hampir sama, dua suspek lelaki bertopeng dan berpakaian gelap memasuki premis sebelum membaling objek dipercayai mengandungi bahan letupan atau bahan mudah terbakar ke dalam kedai.
Tindakan itu katanya, telah menyebabkan letupan, kerosakan harta benda serta kebakaran dalam kejadian bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan.