RAKAN Sarawak

RAKAN Sarawak A publication focused on community and communication development in Sarawak. Get in touch with us via email at [email protected]

Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sejak 2015 telah memperkukuh pembangunan infrastruktur di Bahagian Sarikei melalui...
10/10/2025

Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sejak 2015 telah memperkukuh pembangunan infrastruktur di Bahagian Sarikei melalui pembinaan jalan, jambatan, jeti, dewan dan prasarana rumah panjang, sekali gus meningkatkan taraf hidup serta merancakkan sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Kemudahan ini telah memudahkan pergerakan, memperbaiki kualiti hidup, dan menjadikan Sarikei lebih pesat membangun secara seimbang.

Kesepaduan sosial adalah proses membina dan mengekalkan nilai serta perkongsian matlamat bersama atas dasar kekitaan, sa...
09/10/2025

Kesepaduan sosial adalah proses membina dan mengekalkan nilai serta perkongsian matlamat bersama atas dasar kekitaan, saling berhubung, kebersamaan, kesediaan untuk bertolak ansur serta penglibatan aktif setiap individu dalam komuniti.
Dalam sebuah masyarakat majmuk, kesepaduan sosial yang utuh menjadi tunjang keharmonian dan perpaduan.

Teknologi drone kini begitu meluas digunakan dalam sektor pertanian dan semakin mendapat tempat di Sarawak. Ia ternyata ...
09/10/2025

Teknologi drone kini begitu meluas digunakan dalam sektor pertanian dan semakin mendapat tempat di Sarawak. Ia ternyata memudahkan bukan sahaja pemantauan, penyukatan dan pemetaan kawasan tetapi turut digunakan untuk pengenalpastian penyakit serta proses pembajaan selain memudahkan penyelenggaraan kawasan pertanian yang agak luas .

Melalui Recirculating Aquaculture System (RAS) juga, inovasi ini memberikan pengalaman baharu melalui pengendalian secar...
03/10/2025

Melalui Recirculating Aquaculture System (RAS) juga, inovasi ini memberikan pengalaman baharu melalui pengendalian secara digital kepada sistem ini memboleh keadaan air, suhu , tahap ph dan oksigen air dipantau secara automatik menggunakan telefon mudah alih

Hospital Miri menunjukkan komitmen tinggi terhadap kelestarian melalui pelbagai inisiatif hijau seperti pengurusan tenag...
03/10/2025

Hospital Miri menunjukkan komitmen tinggi terhadap kelestarian melalui pelbagai inisiatif hijau seperti pengurusan tenaga, program 3R, dan projek ecobrick.

Usaha ini bukan sahaja menjimatkan kos operasi, malah menyumbang kepada pengurangan karbon, penciptaan persekitaran selamat, serta menyokong matlamat sifar karbon menjelang 2025.

Pelaksanaan aplikasi S Pay Global sejak November 2017 adalah satu langkah signifikan dalam usaha mewujudkan ekosistem ma...
01/10/2025

Pelaksanaan aplikasi S Pay Global sejak November 2017 adalah satu langkah signifikan dalam usaha mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai selaras dengan transformasi ekonomi digital Sarawak.

Inisiatif berkenaan diyakini dapat memperkukuh momentum dalam memperkasa ekonomi komuniti setempat serta memperluas penguasaan dalam landskap ekonomi digital yang kian berkembang.

Program Mesra Madani Setiausaha Persekutuan Sarawak Tahun 2025 di Dewan Suarah Limbang, Limbang.
30/09/2025

Program Mesra Madani Setiausaha Persekutuan Sarawak Tahun 2025 di Dewan Suarah Limbang, Limbang.

Program Citra Tari Nusantara (CTN 2025)
30/09/2025

Program Citra Tari Nusantara (CTN 2025)

Projek Jalan Pakan/Ulu Kota Pakan Fasa 3 kini siap sepenunya.
30/09/2025

Projek Jalan Pakan/Ulu Kota Pakan Fasa 3 kini siap sepenunya.

“Perubahan ketara yang dapat saya lihat adalah, semakin ramai golongan muda berkecimpung dalam sektor pertanian pada har...
30/09/2025

“Perubahan ketara yang dapat saya lihat adalah, semakin ramai golongan muda berkecimpung dalam sektor pertanian pada hari ini. Jika dilihat lebih 20 tahun yang lalu, hanya golongan yang tua saja mengusahakan aktiviti pertanian. Petani zaman dulu menjalankan aktiviti pertanian secara konvensional, kurang mendapat latihan justeru, ia tidak dapat memberi dorongan dan galakan kepada golongan muda. Pada hari ini, aktiviti pertanian semakin mudah untuk dilaksanakan dengan adanya bantuan teknologi sekaligus dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk melakukan aktiviti pertanian ini.”

“Perubahan ketara yang dapat saya lihat adalah, semakin ramai golongan muda berkecimpung dalam sektor pertanian pada hari ini. Jika dilihat lebih 20 tahun yang lalu, hanya golongan yang tua saja mengusahakan aktiviti pertanian. Petani zaman dulu menjalankan aktiviti pertanian secara konvensional, kurang mendapat latihan justeru, ia tidak dapat memberi dorongan dan galakan kepada golongan muda. Pada hari ini, aktiviti pertanian semakin mudah untuk dilaksanakan dengan adanya bantuan teknologi sekaligus dapat menarik lebih ramai golongan muda untuk melakukan aktiviti pertanian ini.”

En Gilbert Yek Yew Hua, 35, dari Sarikei dan merupakan Pengarah Urusan The Sheperd Farm Sarikei telah memberi pandangan tentang perkembangan dalam sektor pertanian di sejak 25 tahun yang lalu.
Ini adalah sebahagian daripada siri temuramah yang telah dijalankan sempena Ulang Tahun ke-25 .
Melalui temuramah ini, kami cuba untuk mendapatkan pandangan serta pendapat rakyat tentang pembangunan di dan bagaimana ia telah memberi impak kepada kehidupan mereka serta komuniti sekitar.

"Jauhi hasad dengki dan iri hati, serta berpegang pada integriti dan keikhlasan." - Yang Berusaha Tuan Abang Arabi Abang...
30/09/2025

"Jauhi hasad dengki dan iri hati, serta berpegang pada integriti dan keikhlasan." - Yang Berusaha Tuan Abang Arabi Abang Aimran, Pengurus Besar SFC.

Beberapa tahun lalu, perjalanan ke Kapit hanya boleh ditempuhi dengan menaiki bot ekspres dari Sibu. Ketiadaan jalan ray...
25/09/2025

Beberapa tahun lalu, perjalanan ke Kapit hanya boleh ditempuhi dengan menaiki bot ekspres dari Sibu. Ketiadaan jalan raya ketika itu menyukarkan perkhidmatan, pengangkutan barangan dan pergerakan penduduk.

Kini, dengan adanya infrastruktur asas seperti jalan-jalan akses, masyarakat Kapit dan Ulu Rajang bukan sahaja menikmati kemudahan perjalanan, malah berpeluang melihat keindahan alam sekitar. Pembangunan ini turut merangsang aktiviti pertanian, memacu ekonomi setempat dan membuka jalan kepada penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan lain-lain.

Address

A509, Level 5, Tower A2, ICOM Square, Jalan Pending
Kuching
93450

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Friday 08:00 - 15:00

Telephone

+6082266808

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RAKAN Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category