
23/04/2025
'DALAM KEADAAN MENCURIGAKAN'
Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak media. Seolah olah mereka melakukan jenayah yang besar. Padahal sekadar untuk mencari rezeki halal, cuma melakukan kesalahan yang kecil tidak memiliki lesen coc dan lesen bot (roadtax)
Ingin saya nyatakan, ada sesetengah mereka, langsung tidak tahu mengenai perkara ini kerana tiada makluman yang dikeluarkan oleh pihak maritim dengan jelas kepada mereka yang memiliki bot persendirian. Keperluan lesen bot (roadtax) telah diketahui melalui berita yang disiarkan baru baru ini, akan tetapi tiada makluman keperluan lesen bot tidak dikeluarkan oleh mana mana pihak berwajib dan memaklumkan kepada persatuan dan pemilik bot sama ada pemilik bot bersaiz besar atau kecil kerana ini industri ini selalu dipandang sepi oleh semua pihak. Lebih mengecewakan perkara ini disiarkan dengan gah nya umpama satu kejayaan besar dan dapat menangkap penjenayah, ingin saya bertanya kepada semua pihak. Hari ini 23 April 2025 terdapat beberapa aduan pencerobohan laut dan dirompak secara besar besaran di perairan Sarawak yang telah dikongsi oleh juragan yang sedang bertugas di perairan. Kenapa tiada satu tangkapan yang dibuat? Tiada satu berita pun disiarkan mengenai ISU ini padahal kesalahan ini lebih berat lengkap dengan tarikh, masa dan lokasi. Makumbalas yang biasa digunakan adalah tiada aduan diterima. Setiap kali berlakunya pencerobohan perairan Sarawak, hasil laut dirompak. Setiap kali alasan tersebut digunakan. Bila adanya operasi, nelayan dan pemilik bot yang dijadikan sering dijadikan mangsa untuk bahan berita. Ya kami dah bosan dengan berita dan sandiwara seperti ini dan seolah olah sekiranya tiada hasil tangkapan orang awam yang sekadar melakukan sukan dan rekreasi air dijadikan mangsa disebabkan oleh beberapa isu yang tidak jelas dan sukar untuk mendapatkan peralatan keselamatan yang diperlukan.
Saya yakin isu pencerobohan perairan pada hari ini senyap memanjang dan dipandang remeh oleh semua pihak, padahal kerajaan dah membelanjakan jutaan ringgit untuk membina tukun tiruan membantu para nelayan dan pengusaha sukan air dan rekreasi. Malangnya isu ini diabaikan dan hasil laut dirompak oleh warga asing.
p.s : tiada lesen dianggap jenayah besar.
p.s.s : Lesen coc, lesen nelayan, lesen bot, nak brapa banyak lesen diperlukan???
BOT REKREASI DITAHAN APMM – ‘MANCING’ TANPA LESEN
BINTULU, 22 April – Niat dua anak muda untuk beraksi sebagai ‘pemancing laut dalam’ bertukar pengalaman pahit apabila bot rekreasi yang mereka gunakan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu Sabtu lalu.
Bot berkenaan dipercayai digunakan untuk aktiviti memancing dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan rutin Maritim Malaysia dalam Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.
Menurut Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah, hasil pemeriksaan mendapati bot yang dikendalikan dua warga tempatan berusia 26 dan 21 tahun itu gagal mengemukakan sebarang lesen bot dan dokumen pengenalan sah.
“Kegagalan mengemukakan lesen dan dokumen adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 474(1), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang boleh dikenakan denda atau kompaun,” ujarnya dalam kenyataan media hari ini.
Bot terbabit kemudian ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia.
Dalam pada itu, Maritim Malaysia turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang laut, sambil menyeru komuniti maritim agar sentiasa mematuhi peraturan dan mendapatkan lesen sah sebelum turun ke laut.
Wartawan: ISKANDAR SHAH
Foto: APMM BINTULU