14/10/2025
Perasan tak para silat dan muay thai fighters ok je kena torture dan pressure dgn coach kalau mereka lambat dtg, tak berdisiplin mahupun drill biasa. Jarang sekali bahkan hampir tiada berita ibu bapa masuk campur kerana anak mereka "diasah". Mungkin kerana sudah tertanam mindset yang jika nak berjaya dalam bidang silat dan muay thai yang sememangnya keras, akan berhadapan dgn tekanan oleh coach demi mendisiplinkan fighters. Mereka sedia dan redha untuk didisiplinkan.
Tapi mengapa untuk menjadikan pelajar lebih hebat dengan belajar - mereka tak boleh didisiplinkan oleh tenaga pengajar mereka? "Mereka ke sekolah nak belajar, bukan jadi fighter so kenapa perlu didisiplinkan juga?". Ya benar, memang tak la mereka didrill seperti fighters tapi dah nama pun kanak-kanak dan remaja, mesti ada karenahnya jadi kenapa tak boleh didisiplinkan? Bayangkan coach muay thai diserang dan dikomplain ibu bapa fighter kerana disuruh sepak pad 100 kali dalam satu sesi?
Kita kena faham konsep dan tugas para coach serta cikgu. Kita hantar mereka ke gym silat dan muay thai supaya mereka menjadi fighter hebat, menang fight. Kita hantar mereka ke sekolah supaya mereka menjadi pelajar yang hebat, result yang bagus. Cikgu dan coach bukannya babysitter yang sekadar menjaga makan minum anak-anak.