09/04/2026
ANAK REMAJA YANG HARUS Diberi PERHATIAN
Ahad lalu, saya sempat singgah ke sebuah gig yang mungkin tampak sederhana pada luaran, namun impaknya cukup besar buat landskap muzik tempatan khususnya di Sabah. Sebuah gig yang menghimpunkan barisan anak anak remaja bawah 18 tahun. Atau para pelajar sekolah yang sedang mencari minat dan ruang untuk menyuarakan minat dan bakat mereka dalam muzik. Era dimana remaja ini digelar GEN Z
Bertempat di sebuah jamming studio di Live at Muszilla Penampang, inisiatif ini digerakkan oleh seorang pengusaha yang memahami betapa pentingnya menyediakan pentas awal untuk generasi baru. Di sinilah, tujuh kump**an muzik muda diberi peluang untuk tampil dan mempersembahkan bakat yang mereka miliki.
Barisan kump**an yang terlibat adalah
Kump**an Ambrose dari Sekolah All Saints Likas, All The Chaotic dari SMK Putatan, serta tiga wakil dari SMK Limbanak iaitu Syurga Himmel, Shuvpunks dan Reverse Reverie. Turut memeriahkan pentas ialah The Outcast dari St. Francis Convent dan Rejected Banana dari Penampang.
GIG ini juga turut diselitkan dengan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman di atas pentas yang dikendalikan sendiri oleh pemilik studio iaitu Mr. Jack Masa. Satu pendekatan yang cukup signifikan buat Gen Z hari ini. Bukan sahaja memberi ruang untuk bermain muzik, tetapi juga mendidik anak remaja ini tentang realiti dunia persembahan, persiapan dan nilai profesionalisme.
Apa yang paling menarik perhatian saya adalah pendekatan penganjur dalam mendidik nilai apresiasi seni. Saya di maklumkan bahawa setiap kump**an diberikan 10 keping tiket untuk dijual kepada rakan-rakan mereka. Hasil jualan tersebut p**a diserahkan sepenuhnya kepada kump**an masing-masing. Mungkin jumlahnya kecil (Rm100/band), tetapi nilai yang diterapkan sangat besar iaitu mengajar mereka bahawa muzik itu ada nilainya. Dan setiap persembahan wajar dihargai, termasuk dengan membeli tiket.
Kehadiran sekitar 70 orang penonton pada petang tersebut sudah cukup memberi gambaran bahawa usaha ini tidak sia-sia. Lebih menyentuh hati, kelihatan ibu bapa setia berdiri di hadapan pentas. Memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka. Di sinilah bermulanya ekosistem seni yang sihat. Apabila keluarga dan penganjur bergerak seiring.
Menurut Jack, ini hanyalah permulaan. Dalam perancangan, dia dan teamnya sedang merangka satu lagi projek berskala festival atau konsert muzik terbuka khas untuk remaja remaja sekolah. Walaupun tarikh dan lokasi masih dalam perbincangan, bayangan itu sahaja sudah cukup untuk menimbulkan keterujaan di wajah anak anak remaja yang hadir di studio tersebut.
Hakikatnya, acara seperti ini adalah pelaburan jangka panjang dalam pembangunan seni muzik tempatan. Jika diberi sokongan berterusan daripada pihak sepatutnya, penaja, mahupun institusi, tidak mustahil Sabah akan terus melahirkan lebih ramai bakat muda yang mampu pergi lebih jauh.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dan showcase seperti ini adalah titik mula kepada perjalanan panjang yang penuh potensi.