Petani B40

Directions

Petani B40 Petani B40
"Bersama Kita Bina Sabah. Jangan Tinggalkan Siapa2 Di Belakang"
Menyuarakan isu rakyat dengan adab dan fakta.

Pernah ada impian besar di tanah sekecil ini. 🌱Ini gambar kenangan lama saya di kampung.Orang nampak tanaman menghijau, ...
15/10/2026

Pernah ada impian besar di tanah sekecil ini. 🌱

Ini gambar kenangan lama saya di kampung.

Orang nampak tanaman menghijau, tetapi di sebaliknya ada tenaga, masa, modal dan harapan yang kita pertaruhkan.

Sekarang bila melihat kembali gambar ini, banyak perkara yang saya belajar tentang kehidupan dan mencari rezeki.

Kalau diberi peluang, kamu sanggup kembali bertani atau lebih rela bekerja makan gaji? Kenapa? 👇

14/10/2026

Harga makanan tempat kamu murah?

SUARA URANG KAMPUNG  "Kami Bukan Mahu Bergambar, Kami Mahu Didengar!”Teringat hari tu, ada rezeki pasar kami dikunjungi....
12/10/2026

SUARA URANG KAMPUNG "Kami Bukan Mahu Bergambar, Kami Mahu Didengar!”

Teringat hari tu, ada rezeki pasar kami dikunjungi.

Tiada protokol, terus singgah di beberapa meja penjual sayur. Sempat dia tanya beberapa antara kami termasuk inai² dari pedalaman bawa beberapa sisir pisang.

"Modal berapa hari ni? Niaga sayur ok ka? Sehari dapat berapa? Kalau tak habis macam mana?"

Dia tanya, dia dengar.

Dia ada hati bantu rakyat.

Dia dengar inai-inai berjual berpanas berhujan di tamu. Terus dia usahakan cari dan pasang atap di Tamu Desa Tomborungus.

Inilah yang kami mau sebagai petani B40 — didengar dan ada tindakan, bukan sekadar bergambar.

Terima kasih DVB, bukan hanya dekat-dekat pilihanraya, tapi sentiasa ada di tengah-tengah masyarakat P.167 sepanjang tahun.

12/10/2026

Cabaran 30 hari cari reload telipon. Mahal ba reload sekarang.

12/10/2026

Tips Musim hujan tanam sawi

PERUNTUKAN BERBILION RINGGIT, APA YANG SAMPAI KAh pigi rakyat?Sejak 2024, kita dengar banyak pengumuman peruntukan untuk...
10/10/2026

PERUNTUKAN BERBILION RINGGIT, APA YANG SAMPAI KAh pigi rakyat?

Sejak 2024, kita dengar banyak pengumuman peruntukan untuk Sabah.

📌 2024: RM6.6 bilion
📌 2025: RM6.7 bilion
📌 2026: RM6.9 bilion

(Maaf kalu angka ini salah)

Pada 9 Oktober 2026, PMX p**a mengumumkan jumlah peruntukan Persekutuan untuk Sabah pada 2027 sebanyak RM18.7 bilion.

Nota: Angka 2024–2026 ialah peruntukan pembangunan, manakala RM18.7 bilion bagi 2027 ialah jumlah keseluruhan peruntukan Persekutuan.

Bukan jumlah wang saja yang kita mahu tahu. Kita juga mahu tahu apa hasilnya kepada rakyat.

Sebagai urang kampung dan peniaga kecil, saya selalu tertanya-tanya:

Jalan kampung makin baikkah? Bekalan air dan elektrik makin stabilkah? Pendapatan peniaga kecil bertambahkah? Anak-anak kita makin mudah dapat kerja kah?

Saya bukan kata tiada pembangunan. Saya cuma mahu tahu sejauh mana peruntukan yang diumumkan itu sudah sampai dan memberi manfaat kepada rakyat biasa.

Kalau peruntukan berbilion ringgit diumumkan, kita sebagai rakyat berhak bertanya apa hasilnya, sebap kalu kampung saya masih lagi ada kawasan penduduk yang tiada mendapat bekalan air bersih atau terawat, masih lagi guna telaga zaman berjaya.

Jadi, saya mau tanya urang kampung : sejak 2024, apa perubahan yang kamu betul-betul rasa di tempat kamu?

Kongsi pengalaman masing-masing. Kita bincang baik-baik, bukan untuk menyerang sesiapa, tetapi untuk melihat keadaan sebenar di akar umbi.

NAK KENAL PERIBADI SESEORANG? TENGOK CARA DIA MEMBALAS KOMEN._______Saya jadi admin page Petani B40 sejak 2017. Taklah l...
08/10/2026

NAK KENAL PERIBADI SESEORANG? TENGOK CARA DIA MEMBALAS KOMEN.
_______
Saya jadi admin page Petani B40 sejak 2017. Taklah lama sangat… 😄

Tapi kalau cakap pasal karenah komen orang, rasanya sudah 1001 macam saya jumpa.

Ada yang baik.
Ada yang kasar.
Ada yang salah faham.
Ada yang marah-marah.
Ada juga yang komen ikut emosi.

Kalau ditanya, penatkah saya melayan komen?

Ya, penat.

Tapi walau penat macam mana sekalipun, saya tetap cuba jaga adab ketika membalas.

Saya tetap panggil tuan, encik, puan, tompinai.

Sebab bagi saya, penat bukan alasan untuk kita hilang adab.

Tak ada alasan,
"Eh, masa tu aku penat, sebab tu terkasar sikit."

Sebab apa yang kita cakap dan taip, itulah yang orang nampak daripada diri kita.

Kita mungkin boleh nampak baik dari luar.

Tapi cara kita bercakap, cara kita menjawab dan cara kita melayan orang ketika kita marah atau tidak bersetuju…

itulah yang lebih banyak mencerminkan siapa kita sebenarnya.

Lebih-lebih lagi kalau anda seorang pembesar, pemimpin atau orang yang berpangkat.

Kedudukan yang tinggi sepatutnya datang bersama tanggungjawab yang lebih tinggi untuk menjaga tutur kata dan adab.

Bukan sekadar dari luar.

Ia bermula dari dalam hati.

Jadi, walaupun kita tidak bersetuju dengan seseorang, kalau boleh…

jaga bahasa, jaga adab dan jaga hati.

Sebab kita tidak pernah tahu, mungkin satu hari nanti kita p**a yang berada di tempat orang yang kita sedang marahi hari ini.

08/10/2026

Hanya jenaka. Versi Rungus

Lain kali tengok dulu dan..Seorang akak hulur plastik. Dalam ada 5 bungkus. Macam dalam gambar ni.Saya tanya, "Akak tak ...
07/10/2026

Lain kali tengok dulu dan..

Seorang akak hulur plastik. Dalam ada 5 bungkus. Macam dalam gambar ni.

Saya tanya, "Akak tak jual tempat lain ka?"

Dia jawab selamba, tapi mata dia penat.

"Tak. Sakit badan pindah-pindah ni . Daripada buang, baik bagi kamu."

Saya sambut. Saya faham sangat perasaan nya.

Sebab kita sama. Petani B40.

Kita bangun awal, masak awal, tanam, tuai, angkut ke tamu.
Minyak kereta, sewa tapak, penat belum kira. Kalau tak habis, bukan rugi RM5. Rugi modal, rugi tenaga, rugi sehari.

Hari ni akak tu bagi saya rezeki. Tapi saya belajar sesuatu.

Lepas ni kalau singgah tamu, janganlah tawar sampai peniaga tunduk diam. Kalau makanan dorang tak habis petang², belilah satu. Kita tolong sama kita.

(Saya selalu buat, biarpun dompet sy tak banyak mana, sy cakap, "kita bagi² rezeki".)

Sebab esok lusa, mungkin kita di tempat akak ya.

Semoga akak tamu tadi dimurahkan rezeki. Terima kasih untuk rezekinya.

05/10/2026

Tidur adalah aset kesihatan. Jadi jangan kurang tidur.

Address

Kudat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Petani B40 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share