KEMAS P.167 KUDAT

Call Directions

KEMAS P.167 KUDAT 'LUAR BANDAR SEJAHTERA'

πŸ•Œ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸ•Œ23 September 2026Alhamdulillah, Pejabat KEMAS Parlimen Kudat telah menyertai Pe...
23/09/2026

πŸ•Œ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M πŸ•Œ

23 September 2026

Alhamdulillah, Pejabat KEMAS Parlimen Kudat telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Pitas yang berlangsung dengan penuh semangat ukhuwah dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perarakan ini diketuai oleh En. Nor Azhar bin Othman, Pegawai KEMAS Daerah Kudat, bersama-sama warga KEMAS yang turut memeriahkan sambutan penuh keberkatan ini.

Semoga penyertaan ini dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan, memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dengan menghayati dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M

β€œMadani Dihati, Ummah Diberkati”

21/09/2026
20/09/2026
πŸŒ™ UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH πŸŒ™Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Elly Kassim Bin Edin, Pembantu Pembanguna...
20/09/2026

πŸŒ™ UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH πŸŒ™

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Elly Kassim Bin Edin, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan N.1 Banggi, Pejabat KEMAS Kudat, atas penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul Tahun 2026 sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Banggi.

Semoga penganugerahan ini menjadi inspirasi untuk terus berbakti, menyebarkan nilai-nilai Islam serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah.

Semoga terus cemerlang dan menjadi contoh teladan kepada seluruh warga KEMAS.

Tahniah dan syabas!

Ikhlas daripada,
Warga Pejabat KEMAS Kudat

17 September 2026 | KHAMISπŸŽ“ MAJLIS GRADUASI KELAS PENDIDIKAN LITERASI FUNGSIAN, PROGRAM MIFTAHUL QURAN & KELAS PENDIDIKA...
18/09/2026

17 September 2026 | KHAMIS

πŸŽ“ MAJLIS GRADUASI KELAS PENDIDIKAN LITERASI FUNGSIAN, PROGRAM MIFTAHUL QURAN & KELAS PENDIDIKAN KEMAHIRAN JABATAN KEMAS P167 KUDAT TAHUN 2026 πŸŽ“

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Graduasi bagi Kelas Pendidikan Literasi Fungsian (PLF), Program Miftahul Quran, dan Kelas Pendidikan Kemahiran Jabatan KEMAS P167 Kudat bertempat di Arena Belia Kudat.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Verdon Bahanda, Ahli Parlimen P167 Kudat. Turut hadir bersama menjayakan majlis ini ialah Pegawai KEMAS Daerah Kudat, Encik Nor Azhar bin Othman serta Encik Habibuddin Ramlie (PPMK PM P167 Kudat).

Suasana majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian suku kaum Sonsogon daripada peserta kelas PLF Pitas, persembahan nasyid oleh Kumpulan Al-Ikhlas (KPI Tg. Kapor Kudat), serta penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik dan sijil graduan kepada para peserta.

Tema: "Ilmu Membina Insan, Masyarakat Sejahtera"
Tahniah diucapkan kepada semua graduan atas pencapaian yang membanggakan ini! Semoga ilmu dan kemahiran yang dipelajari terus memberi manfaat buat diri, keluarga, dan masyarakat. πŸ’βœ¨

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ Selamat bercuti kepada anak-anak Tabika dan Taska KEMAS P.167 Kudat! 🌺Sempen...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

🌺 Selamat bercuti kepada anak-anak Tabika dan Taska KEMAS P.167 Kudat! 🌺

Sempena cuti umum Hari Malaysia, marilah kita bersama-sama mengenang dan menghargai sejarah pembentukan Malaysia serta memupuk semangat perpaduan, kasih sayang dan cintakan negara sejak usia kanak-kanak. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Manfaatkan masa cuti bersama keluarga dengan aktiviti yang menyeronokkan, selamat dan bermakna. πŸ₯°πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

Semoga anak-anak terus membesar menjadi generasi yang ceria, berilmu, berakhlak dan sayangkan Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Selamat Bercuti & Selamat Hari Malaysia!
Malaysia MADANI – Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Ikhlas daripada
Pejabat KEMAS Daerah Kudat.





10 September 2026 | KhamisπŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN N4 TANJUNG KAPOR KUDAT TAHUN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎAlhamdulillah, selesai sudah ...
11/09/2026

10 September 2026 | Khamis

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN N4 TANJUNG KAPOR KUDAT TAHUN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Hari Kemerdekaan N4 Tanjung Kapor Kudat bagi tahun 2026 yang telah berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi! πŸŽ‰βœ¨

Majlis gilang-gemilang ini bertambah seri dengan penyempurnaan perasmian oleh Yang Berhormat Dato' Verdon Bahanda! Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dibawakan khas buat beliau atas kesudian melapangkan masa, merasmikan majlis, serta menyantuni perbarisan comel anak-anak Tabika KEMAS. πŸ‘πŸ‡²πŸ‡Ύ

Seawal jam 6.30 pagi, ketibaan kanak-kanak Tabika KEMAS bersama ibu bapa telah memeriahkan lagi suasana, diikuti dengan aktiviti senaman pagi yang penuh bertenaga! πŸ’ͺπŸ˜ƒ

Antara pengisian dan pertandingan menarik yang telah dijalankan sepanjang pagi tadi termasuklah:

✨ Pertandingan Perbarisan Kanak-Kanak Tabika KEMAS
✨ Pertandingan Wau Berhias & Topi Berhias
✨ Busana Tradisional & Fesyen Kemerdekaan
✨ Masakan Tradisional
✨ Solekan (Ibu Solek Anak)
✨ Khemah Berhias

Kemuncak majlis diakhiri sekitar jam 11.00 pagi dengan Majlis Penyampaian Hadiah bagi menghargai bakat dan kreativiti para peserta. πŸ†πŸŽ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato' Verdon, semua ibu bapa, guru-guru, anak-anak Tabika KEMAS, serta seluruh warga kerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Terima kasih sekalung budi YB Dato Verdon Bahanda Ahli Parlimen P.167 Kudat atas kesudian melapangkan masa merasmikan be...
10/09/2026

Terima kasih sekalung budi YB Dato Verdon Bahanda Ahli Parlimen P.167 Kudat atas kesudian melapangkan masa merasmikan bermula program hingga akhir ..memang Terbaik..

5 September 2026 | SabtuTAHNIAH DARI SABAH UNTUK MALAYSIA! πŸŒŸπŸ†Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak hebat dari Sa...
05/09/2026

5 September 2026 | Sabtu

TAHNIAH DARI SABAH UNTUK MALAYSIA! πŸŒŸπŸ†

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak hebat dari Sabah yang telah mengharumkan nama negeri di Pertandingan Alpha Gen Talents@KEMAS Peringkat Kebangsaan! πŸŽ“πŸ‘

Pencapaian cemerlang adik-adik kita:
πŸ₯‰ Nurliana Raudhah Binti Mohamad Rasyidin – Tempat Ketiga (Kategori Perempuan)
πŸ“ TABIKA KEMAS Kampung Bongkol, Pitas

πŸ† Baxton Yoel Blerry – Saguhati (Kategori Lelaki)
πŸ“ TABIKA KEMAS IPD Kudat

"Potensi Kecil, Impak Besar" bukti anak KEMAS, anak Sabah, memang hebat dan berbakat! Semoga kejayaan ini menjadi pendorong buat mereka untuk terus cemerlang di masa hadapan. 🌺✨

Avantangggg! πŸ’ͺπŸ’ͺ

Address

Friendly Town Phase 1, Blok C-2-1 & C-2-2, Jalan Bawah Batu 2 1/2
Kudat
89050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088611909

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS P.167 KUDAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share