05/01/2019
S**a beli barang online? Mudah cepat dan pantas?
Tahukah anda, bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah membangunkan satu laman untuk anda membuat semakan NO TELEFON atau NO AKAUN BANK sebelum anda berurusan?
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule./ adalah platform untuk membantu mengurangkan kes penipuan pembelian online. Anda boleh membuat semakan sama ada no telefon / no akaun bank tersebut telah mempunyai rekod dengan pihak Polis atau tidak.
Anda juga boleh cuba masukkan no telefon atau no akaun anda sendiri. Kalau keluar notis AMARAN kat bawah tu, jaga-jaga. 😂
INGAT! Jangan bagi orang lain guna akaun anda.
Admin pernah jumpa kes, 'X' pinjam akaun kawan nama 'Y'. 'X' cakap emak 'X' nak masukkan duit. Rupanya-rupanya 'X' buat perniagaan online dan tipu duit customer. Tak pasal 'Y' yang kena tangkap.
Tak salah berhati-hati. Sebelum terlambat.