Cili Potongg

Cili Potongg hiburan,info untuk semua

17/10/2025

ula ula,ayoo

16/10/2025

boleh belajar sama2.

apa salah mira?
15/04/2023

apa salah mira?

Nak pesan sikit kt mak bapak yg x reti jaga anak,pantau sama anak2 jgn jd setan..mai main depan rumah org main api bakaq...
17/05/2021

Nak pesan sikit kt mak bapak yg x reti jaga anak,pantau sama anak2 jgn jd setan..mai main depan rumah org main api bakaq abih baju org sidai,gamak pandai me***** x reti jaga anak bwak mai sni aku tlg ajaq anak2 bangang hg tu..

Tak dpt kat aku xpa, kalau dapat sakit buleh malu pon buleh naa penduduk kampung teloq smpang empat pmtg buloh, SPU.

Sumber : Penduduk Kepala Batas & Bertam Kini

24/02/2021

jaman sekarang.mati la nak....

24/02/2021

apa salah ku...

13/01/2021

kuda ku hilang

Misteri ketukan pintu hantui penduduk😨SABAK BERNAM - Penduduk di beberapa kampung di daerah ini diselubungi misteri apab...
21/11/2020

Misteri ketukan pintu hantui penduduk😨

SABAK BERNAM - Penduduk di beberapa kampung di daerah ini diselubungi misteri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam sejak kelmarin.

Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.

Seorang penduduk Khairol Anuar Mhd Zaini, 39, berkata, kejadian jam 10.45 malam kelmarin itu berlaku di dapur rumahnya di Kampung Batu 37.

"Semasa kejadian saya sedang berehat sambil menonton televisyen di dapur selepas p**ang menjual burger.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi pintu dapur rumah diketuk dengan kuat seperti seseorang ingin masuk ke dalam dengan cepat.

"Mulanya saya membiarkan sahaja sebab ingatkan anak saudara datang ke rumah, tapi saya dengar bunyi ketukan itu semakin kuat sebelum saya intai di tingkap dan mendapati tiada sesiapa di luar rumah," katanya.

Khairol Anuar berkata, dalam beberapa minit selepas itu, dia sekali lagi dikejutkan dengan bunyi sama di dalam bilik air rumahnya.

"Seluruh tubuh saya menggigil dan bulu roma meremang sebaik dengar ketukan pintu di bilik air yang sudah lama tidak digunakan," katanya.

Seorang penduduk, Nor Azuwa Shaaban, 31, berkata, bunyi misteri sama turut dialami dua adiknya, Nur Farzana, 22, dan Nurul Farisya, 17, yang menetap di Kampung Batu 38.

Katanya, kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin itu dialami selepas Nur Farzana menyelesaikan tugasan kerja di beranda sebelum masuk ke dalam rumah.

"Nur Farzana yang masuk ke rumah terdengar bunyi pintu depan diketuk dan kebetulan seorang lagi adik saya (Nurul Farisya) yang sedang duduk di sofa turut mendengar bunyi sama.

"Semasa kejadian mereka berdua tidak berani membuka pintu dan pada keesokannya kecoh di dalam WhatsApp dan Facebook mengenai penduduk diganggu dengan bunyi ketukan tanpa salam itu," katanya.

Bagi Nor Zaihana Yaakob, 38, p**a mengakui kejadian seram itu turut dialami ketika dia bersama dua anak dan ibunya berada di rumah mereka di Kampung Tengah.

Nor Zaihana memberitahu, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku semasa dia sedang menidurkan bayinya berusia empat bulan.

"Mulanya saya ingatkan dua anak saudara p**ang dari kerja, namun sangkaan meleset apabila saya menjenguk di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar rumah.

"Seram jugalah dengan peristiwa ini, lebih-lebih lagi suami tiada di rumah kerana bekerja malam," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan berhubung perkara itu.

Malah, katanya, dia sendiri turut diganggu bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumahnya pada jam 11 malam kelmarin.

"Boleh dikatakan hampir separuh penduduk kampung ini mengadu kejadian sama dan saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu jika terdengar bunyi meragukan," katanya.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi polis atau pihaknya selain jiran terdekat sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan.

"Kami telah mengambil tindakan antaranya melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula jam 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini," katanya.

Oleh: MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 20 November 2020

Sebuah enjin kapal gergasi rosak dan tidak ada yang boleh memperbaikinya, maka mereka membawanya kepada seorang Jurutera...
11/11/2020

Sebuah enjin kapal gergasi rosak dan tidak ada yang boleh memperbaikinya, maka mereka membawanya kepada seorang Jurutera Mekanik berpengalaman lebih 40 tahun.

Dia memeriksa enjin tersebut dengan sangat teliti, dari atas ke bawah. Setelah melihat semuanya, jurutera itu selongkar begnya dan mengeluarkan tukul kecil.

Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Tidak lama kemudian, enjin itu hidup kembali. Enjin telah diperbaiki!

7 hari kemudian jurutera itu menyebut kos jumlah harga pembaikan kapal gergasi tersebut ialah $ 10,000 kepada pemilik kapal

"Apa?!" kata pemiliknya.
"Anda hampir tidak melakukan apa-apa. Berikan bil terperinci kepada kami."

Jawapannya mudah:
Mengetuk dengan tukul: $ 2
Mengetahui di mana hendak mengetuk & berapa banyak untuk mengetuk: $ 9,998

sumber: Penemuan Kejuruteraan Awam

Pentingnya menghargai kepakaran dan pengalaman seseorang ... Sehingga
Kata -kata "senang je", "cuma itu je ", seharusnya diketepikan. Kenapa? Kerana mungkin pengalaman itu adalah terhasil daripada perjuangan, eksperimen dan juga air mata.

Seperti gambar diatas:
If i do a job in 30 minutes it's because i spent 10 years learning how to do that in 30 minutes. You owe me for the years, not the minutes.

(Sekiranya saya dapat menyelesaikan pekerjaan dalam 30 minit, itu kerana saya menghabiskan 10 tahun belajar bagaimana melakukannya dalam 30 minit. Anda membayar saya selama 10 tahun itu, bukan 30 minit).

Kalimat ini mengingatkan saya kepada nasihat seseorang tentang menghormati dan bijak menghormati hasil kerja orang lain.

Di sana saya juga belajar melihat orang ...
Apabila mereka tidak menghormati orang lain, dalam masa yang sama dia telah merendahkan dirinya sendiri.

Kepakaran dan pengalaman, itu mahal.
Sayang, orang kita masih memandang rendah tentang perkara itu.


jgn asyik nk kata mahai nya...xmhl pn..😅😅

30/08/2020

cuti cuti ni korang buat apa,admin nak kena buat apa ni...

Address

Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cili Potongg posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category