Perubatan Islam Nur Zikir / Nur Zikir Extreme

Perubatan Islam Nur Zikir / Nur Zikir Extreme Perfileman
Pemasaran dan Penjualan Produk
Aktiviti Paranormal
Aktiviti Kebajikan

09/09/2025
22/08/2025
22/08/2025

INI ADALAH DI ANTARA KAEDAH UNTUK MENGELUARKAN SARANG SIHIR DI BADAN

Yang terkena sihir makan dan pelbagai sihir hantaran atau pun hanya mahu periksa diri, kemungkinan ada terkena sihir di tubuh, anda boleh cuba kaedah ini. Boleh di lakukan pada diri sendiri atau lakukan kepada orang lain.

Yang perlu di baca:
1.Selawat ummi (1×)
2.Surah al-fatihah (1×)
3.Surah al-baqarah ayat 102 (1×)
4.Surah al-a'raf ayat 117 - 122 (1×)
5.Surah yunus ayat 81 - 82 (1×)
6.Surah taha ayat 69 (1x)
7.Surah al- hasyr ayat 21 (1×)

Boleh di lakukan pada selepas solat atau bila2 masa sahaja.

8. Niat & Doa ( Contoh )
“Ya Allah, aku mohon pada-Mu, hancurkan segala sarang sihir, ikatan, racun, dan tempat gangguan jin bersembunyi di dalam tubuhku, yang termakan, terminum, hantaran atau bersarang, dan keluarkan ia semuanya kerana-Mu Ya🤲.

Kaedah:
Sediakan plastik atau baldi, Duduk atau berdiri menghadap ke arah kiblat, angkat tangan 🤲 berdoa dan baca ayat2 di atas tersebut berserta dengan niat. Selesai di baca.

hembus perlahan di telapak tangan dan gosok di bahagian perut berselang dengan tepuk, gosok pusing arah lawan jam atau tawaf, berkali kali sambil membaca surah Taha ayat 69 berulang ulangan hingga selesai.

membaca surah Taha ayat 69 berulang ulangan, sambil melakukan kaedah di atas, Bermula dari perut hingga ke leher dan menolak keluar ke arah mulut. Jika rasa nak termuntah, jangan tahan terus keluarkan, dan pelbagai reaksi lain akan terjadi ketika melakukan kaedah ini. Harus Lakukan berulang kali sehingga rasa selesa. ( jika mahu gosok di bahagian anggota badan selain perut pun boleh )

Amalkan sekurang kurangnya 1 kali sehari, jika amalkan setiap hari selama 7 hari berturut turut akan lebih berkesan tindak balas kepada tubuh badan tersebut, insyaAllah jika di jadikan amalan, ia akan semakin berkurangan Gangguan sihir di tubuh badan dan kembali sihat.

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruangan komen "izinkan saya untuk beramal". InsyaAllah nanti saya ijazahkan.

Dan kongsikan kepada rakan2 semoga menjadi jariah dan pahala untuk kita semua. Aamiin.

InsyaAllah.. ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat penyakit pada diri kita. Jaga atikad kita, kebergantungan kita hanya pada Allah S.W.T. sesungguhnya Allah yang menyembuhkan.

17/08/2025

Ada seorang wanita pm saya, ingatkan nak buang susuk, rupanya dia nak bagi tahu, dia pakai susuk di sebabkan suami dia pukul dia dan suaminya kaki perempuan, main gro dan sebagainya, sudah bertahun tahun dia menderita, sudah ke mahkamah tetapi suaminya tak nak lepaskan, di sebabkan itu dia pakai susuk belian 2 di muka 1 di kemaluan, untuk menarik nafsu suaminya dan hanya untuk suaminya sahaja.

Baru 3 bulan pakai yang tahu hanya emak dan bomoh itu sahaja, selepas pakai katanya ada banyak perubahan, walaupun suaminya masih ada sikit2 kaki ppuan tetapi sudah kurang dan tidak pukulnya lagi. Tetapi ramai lelaki bujang dan lain2 tertarik pada diri nya, tergila gilakan dia, tetapi dia pakai hanya untuk suaminya sahaja, sayangkan suaminya.

Jadi saya terangkan kepadanya, pakai susuk ini berdosa, walaupun niat untuk suami, akan jadi kesengsaraan pada diri sendiri. Di awal memang jin susuk itu bantu tunai hajat, selepas itu ia akan membawa diri ke lembah yang gelap, jauh dari agama serta memakan diri sendiri sehingga akhir hayat.

Niat Tidak Menghalalkan Cara, perbuatan yang salah, kebergantungan kepada Makhluk ( jin ) adalah syirik di sisi agama. Jangan di sebabkan kita mahu mengubah sesuatu sehingga kita tersilap langkah menjerumus diri ke jurang kebinasaan, balik lah ke pangkal jalan, kembali ke pada Allah Taala sebelum terlambat, Allah Sayang Akak, sebab tu ujian Akak berat, ada hikmah yang terbaik untuk akak kedepan nanti, di dunia atau pun di akhirat sana insyaAllah. saya harap akak tengok pesanan ikhlas saya ini, dan buat semua yang masih mengamalkan amalan susuk ini🤲.

16/08/2025
13/08/2025

Alhamdulillah selepas tersebar video saya, hari ini ada seorang wanita anak kepada golongan vvip yang berusia 19 tahun datang merayu untuk bantu keluarkan susuknya, beliau baru pakai semalam, tidak sampai 24 jam lagi.

Katanya selepas tengok video saya mengeluarkan susuk tersebut beliau menjadi takut dan beliau mengkaji lagi video2 penerangan saya berkenaan susuk, membuatkan beliau merasa perkara ini sangat2 berdosa dan salah, di sebabkan itu beliau terus mencari saya dan datang berdepan untuk minta pertolongan.

Wanita ini tergilakan seorang lelaki ini, pada awalnya lelaki ini sangat melayani beliau dengan bergitu baik dan rapat, sehingga mereka terlanjur membuat perkara yang salah di sisi agama, kerana wanita ini menyerahkan segalanya kepada lelaki tersebut, termasuk mahkota maruah seorang wanita. Setelah beberapa tahun bercinta, lelaki itu berubah perangai dan tidak seperti dulu lagi, seakan beliau benci dan mahu pada orang lain.

Jadi wanita ini sudah usaha pelbagai cara sehingga ada kawan2 beri tahu untuk berjumpa dengan perawat ini.Katanya, perawat ini boleh bantu, ramai yang pergi padanya berjaya tunai hajat, perawat ini menetap di ampang selangor.

Tidak fikir panjang dan terus pergi, perawat cakap boleh bantu, dia bagi mandi dan dia ambil 1 jarum gosok2 di muka, tiba2 jarum tu hilang masuk ke wajah tidak rasa apa2, perawat tu cakap, nanti kita akan masukkan 6 jarum lagi untuk kuatkan aura seri pengasih.

Alhamdulillah tidak sempat di masukkan lagi 6 jarum wanita ini tersedar awal dan terus membuang susuk tersebut. Saya nak pesan kepada semua hati2 lah dan kawal lah emosi nafsu, kerana boleh membawa kepada kemudarat diri serta kesyirikkan di atas perbuatan tersalah ini.

Yaa di malaysia memang ada ramai perawat masukkan susuk, dan mereka memgajak ramai2 kepada kesyirikkan dan kesesatan, mereka akan menipu memberi tahu si pemakai susuk dengan kata2 yang bohong belaka, supaya si pemakai akan yakin, konon nya jika sudah tidak mahu susuk ini hanya langgar pantang, susuk ini akan jadi kosong serta keluar dengan sendirinya.

Barang susuk ini berkhadam, tidak kisah jenis2 susuk apa sekali pun, emas, belian, perak, cecair, serbuk dan sebagainya. Semua itu sudah di masukkan jin khadam untuk di jadikan pembantu tunaikan hajat si pemakai, jika semua bahan2 itu tidak di masukkan jin khadam, bahan itu hanya kosong tiada apa2 fungsi, ia nya sekadar bahan. Tidak boleh berbuat apa2.

Langgar pantang hanya jin tidak mahu bantu tunaikan hajat sahaja, tetapi tidak melemahkan jin tersebut, ia yang sudah puas duduk di dalam badan mendapatkan perjanjian darah, isi, kulit, tubuh, jiwa si pemakai. Jin khadam tersebut tidak akan mudah2 melepaskan si pemakai hingga ke pertalian darah anak cucu keturunan si pemakai.

Maaf tulis panjang sikit, saya harap dapat di jadikan pengajaran buat semua berkenaan susuk ini, insyaAllah kedepan hari ada masa lapang saya akan kongsikan tips ilmu serta kefahaman sebenarnya berkenaan dengan susuk ini insyaAllah semoga bermanfaat.🤲

07/08/2025
05/08/2025

Baru2 ini ada 1 famly datang mahu dapatkan rawatan buang susuk dengan saya. Kes kali ini membuatkan saya rasa perlu di kongsikan kepada semua orang.

Saya bertanya kepada fmly tersebut siapa yang mahu buang, dan boleh tengok xray, mereka cakap tu orang tua tu pakai susuk kami bawa dia datang mahu keluarkan, saya bertanya pulak siapa makcik tu, mereka kata ibu kami. Saya pelik kenapa anak2 marah sangat2 dengan ibu mereka tu.

Jadi saya selidik punya selidik rupa rupanya, anak2 tidak tahu langsung mak mereka pakai susuk, yang boleh tahu di sebabkan mak mereka jatuh bilik air, lepas tu anak2 bawa pergi klinik, kebetulan doktor xray di bahagian muka, tiba2 nampak jarum susuk, lepas tu anak2 tak boleh terima dan marah pada ibu mereka.

Pendek cerita, kesimpulan nya. Yang jadi kes macam ini sangat banyak, dan pelbagai jalan cerita, tetapi anak2 marah sebab mak mereka tidak bagi tahu, untuk cepat2 lepaskan susuk sebelum meninggal dan akan menganggu keturunan anak cucu kemudian.

Ada juga kes si anak saja2 bawa mak ayah pergi xray 1 badan, nak tengok ada susuk atau tidak, dan pernah berlaku lepas pergi xray tiba2 ada🤦‍♂️. Lepas tu kena marah sampai kemurungan mak ayah tu.

Di sini saya nak pesan, yaa memang baik, untuk pergi ceck xray ibu ayah untuk kepastian, tetapi jangan lah memarahi mereka dengan kesilapan2 mereka yang lalu, kesian mereka, perkara sudah terjadi, dan kita ikhtiar lah sama2 untuk bantu mereka ke arah kebaikkan. Bukan Orang dulu2 sahaja banyak pakai, orang sekarang pun ramai masih pakai, lelaki dan wanita sama2 ramai. Kita bantu lah mereka dan doakan mereka untuk balik ke pangkal jalan sebelum terlambat ajal datang menjemput.

01/08/2025
23/07/2025

Address

Kulim
09000

Telephone

+60164066646

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perubatan Islam Nur Zikir / Nur Zikir Extreme posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perubatan Islam Nur Zikir / Nur Zikir Extreme:

Share

Category