Kulim Media Tv

Kulim Media Tv Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kulim Media Tv, Broadcasting & media production company, KULIM, Kulim.

Syarikat Penyiaran Video Viral, Artikel Berita Masyarakat Terkini, Isu Politik Malaysia, Isu Kemalangan, Jenayah Di Malaysia & Pengiklanan Tempatan Untuk Tujuan Tontonan Umum.

14/07/2026

Video tular seorang lelaki dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Setakat ini, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.

πŸ“’ ADUAN BERKAITAN SAMPAH, LONGKANG ATAU RUMPUTSalurkan pertanyaan atau aduan anda melalui Talian Indahkan Malaysia di 1-...
14/07/2026

πŸ“’ ADUAN BERKAITAN SAMPAH, LONGKANG ATAU RUMPUT

Salurkan pertanyaan atau aduan anda melalui Talian Indahkan Malaysia di 1-800-88-7472. ☎️

πŸ“… Beroperasi 7 hari seminggu
⏰ 8.00 pagi hingga 8.00 malam

Aduan anda membantu memastikan persekitaran kekal bersih dan selesa.

14/07/2026

Berhati-hati di jalan raya, kerana kecuaian beberapa saat boleh mengundang penyesalan.

ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πŠπ”π“πˆππ€π π’πˆπ’π€ 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐉𝐀𝐋Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan jadual kutipan sisa pepejal oleh E...
13/07/2026

ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 πŠπ”π“πˆππ€π π’πˆπ’π€ 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐉𝐀𝐋

Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan jadual kutipan sisa pepejal oleh E-Idaman Sdn Bhd bagi kawasan perumahan yang terlibat.

Perubahan ini akan berkuat kuasa mulai:

πŸ“… 1 Julai 2026

Penduduk dinasihatkan untuk menyemak jadual kutipan terkini bagi kawasan masing-masing supaya tong sampah/sisa pepejal dapat dikeluarkan mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan.

βœ… Sila imbas kod QR pada poster
atau
πŸ”— Tekan pautan berikut untuk semakan jadual:

https://e-idaman.com/collection-schedule/

Kerjasama semua amat dihargai bagi memastikan persekitaran kita kekal bersih, sihat dan terpelihara.

Terima kasih.

Sumber : E-Idaman Sdn. Bhd. / SWCorp Malaysia


13/07/2026

Jadual kutipan sampah yang didakwa tidak menentu ketika ini menjadi rungutan orang ramai di sekitar Kulim.

13/07/2026

3 HOSPITAL SWASTA BAKAL DIBINA DI KULIM. MAMPUKAH KURANGKAN KESESAKAN HOSPITAL KERAJAAN?

π—£π—˜π—‘π——π—¨π——π—¨π—ž 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗑 π—žπ—˜π—‘π—”π—₯π—œ π—žπ—¨π—Ÿπ—œπ—  π—šπ—˜π—¦π—” π—£π—˜π— π—œπ—Ÿπ—œπ—ž π—”π—Ÿπ—œπ—› 𝗩𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯π—¦π—”π——π—”π—œβ€‹Penduduk di Jalan Taman Kenari, Kulim melahirkan kebimbangan ...
13/07/2026

π—£π—˜π—‘π——π—¨π——π—¨π—ž 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗑 π—žπ—˜π—‘π—”π—₯π—œ π—žπ—¨π—Ÿπ—œπ—  π—šπ—˜π—¦π—” π—£π—˜π— π—œπ—Ÿπ—œπ—ž π—”π—Ÿπ—œπ—› 𝗩𝗔𝗑 π—§π—˜π—₯π—¦π—”π——π—”π—œ

​Penduduk di Jalan Taman Kenari, Kulim melahirkan kebimbangan terhadap sebuah van kilang yang telah diletakkan di bahu jalan sejak 3 hari lalu.

Kedudukan van yang memakan laluan utama tersebut dianggap berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

Pemilik digesa segera mengalihkan kenderaan ke lokasi yang lebih selamat.

Kredit Pemilik Foto

π—π—œπ—₯𝗔𝗑 π— π—”π—‘π—šπ—¦π—” π—žπ—˜π—•π—”π—žπ—”π—₯𝗔𝗑 𝗧𝗨π—₯𝗨𝗧 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨𝗔𝗑 π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ π—­π—”π—žπ—”π—§ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—žπ—¨π—Ÿπ—œπ— KULIM: Pejabat Zakat Daerah Kulim bukan sahaja men...
13/07/2026

π—π—œπ—₯𝗔𝗑 π— π—”π—‘π—šπ—¦π—” π—žπ—˜π—•π—”π—žπ—”π—₯𝗔𝗑 𝗧𝗨π—₯𝗨𝗧 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” 𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨𝗔𝗑 π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ π—­π—”π—žπ—”π—§ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 π—žπ—¨π—Ÿπ—œπ— 

KULIM: Pejabat Zakat Daerah Kulim bukan sahaja menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran, malah jiran yang turut terjejas akibat tempias kebakaran di Jalan Tunku Bendahara, Kampung Darul Aman, turut menerima sumbangan.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 8 Julai 2026 itu menyebabkan keluarga Puan Zalina tinggal sehelai sepinggan apabila rumah mereka musnah dan pelbagai barangan serta dokumen penting tidak sempat diselamatkan. Rumah jiran milik En. Zairul Nizam turut mengalami kerosakan akibat tempias kebakaran.

Bantuan disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Shafiq Farik bersama pasukan operasi sebagai tanda keprihatinan terhadap kedua-dua keluarga yang terkesan.

Diharapkan sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban mereka selepas kejadian berkenaan.

Kredit Foto: Pejabat Zakat Daerah Kulim

13/07/2026

Seorang youtuber dan pengkritik bola sepak tanah air didakwa menjadi mangsa dipukul oleh dua lelaki bertopeng dalam satu kejadian sekitar waktu Maghrib semalam di Sri Damansara.

Rakaman dashcam yang tular di media sosial memaparkan insiden tersebut dan kini mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Motif kejadian masih belum dapat dipastikan.

13/07/2026

π—£π—˜π—₯𝗠𝗒𝗛𝗒𝗑𝗔𝗑 𝗠𝗔𝗔𝗙 π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—§π—˜π—₯π—•π—¨π—žπ—” π—•π—˜π—₯π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—š π—©π—œπ——π—˜π—’ π—§π—¨π—Ÿπ—”π—₯ π—£π—˜π—₯π—¦π—˜π—Ÿπ—œπ—¦π—œπ—›π—”π—‘ 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠 π——π—œ π—£π—”π——π—”π—‘π—š π—¦π—˜π—₯π—”π—œ

PADANG SERAI – Susulan video tular melibatkan insiden perselisihan faham di sebuah kedai tomyam di Padang Serai, individu yang terlibat telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak.

Beliau turut berharap orang ramai tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan serta menganggap kejadian itu sebagai satu pengajaran agar salah faham dapat diselesaikan secara baik tanpa mencetuskan sebarang ketegangan.

Sumber: Video yang dikongsikan kepada Kulim Media TV. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan semua pihak mengambil iktibar.

Address

KULIM
Kulim
09000

Telephone

+60136293320

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kulim Media Tv posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share