BES Labuan

BES Labuan Berita Ehwal Semasa (BES) RTM Labuan ke udara di LABUANfm pukul 8.00 pagi, 12.00 tengah hari & 5.30 petang.
(3)

13/05/2026

13 MEI 2026 - SEMASA 4 - PUTING BELIUNG DI LABUAN; 22 BUAH RUMAH ROSAK


13/05/2026

[[LIVE]] Malaysia Tonight

Wednesday | 13 May 2026 | 8.30 pm

'Yang sahih di RTM'

13/05/2026

[[LIVE]] Biar Betul! + Berita & Berita Perdana

Rabu | 13 Mei 2026

'Yang sahih di RTM'

13/05/2026

[[LIVE]] KANTA 744

Rabu | 13 Mei 2026 | 7:44 malam

'Yang sahih di RTM'

MANGSA BENCANA DISANTUNI, TERIMA SUMBANGAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN ISI RUMAHLabuan, 13 Mei – Mangsa bencana ribut puting...
13/05/2026

MANGSA BENCANA DISANTUNI, TERIMA SUMBANGAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN ISI RUMAH

Labuan, 13 Mei – Mangsa bencana ribut puting beliung di Taman Perumahan MPL Batu Arang disantuni oleh pemimpin masyarakat.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman bersama agensi terlibat menyantuni keluarga-keluarga mangsa yang ditimpa musibah dengan menghulurkan bantuan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sementara itu, wakil Pejabat Perdana Menteri turut juga menyampaikan bantuan berupa wang tunai kepada wakil keluarga yang terkesan bencana tersebut.

Kejadian bencana itu memberikan kesan yang buruk kepada 22 buah rumah kediaman di taman berkenaan yang mengalami kerosakan yang teruk khususnya membabitkan atap rumah, kenderaan dan lain-lain.

Selain itu, pihak Pejabat Parlimen Labuan bersama agensi yang berkaitan turut mencadangkan untuk membantu membaik pulih rumah-rumah yang ditimpa musibah bencana.

Kerja-kerja baik pulih keseluruhan rumah-rumah mangsa dianggarkan berjumlah RM1 juta.




Sumber Foto: Pejabat Parlimen P.166 Labuan

PEMBUKAAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KEJADIAN  BENCANA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
13/05/2026

PEMBUKAAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KEJADIAN BENCANA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

13/05/2026

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan turun padang mendekati mangsa bencana di Taman Perumahan MPL Batu Arang.

HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG, RUMAH KEDIAMAN ALAMI KEROSAKAN TERUKLabuan, 13 Mei - Sebanyak 22 buah rumah di Taman Peru...
13/05/2026

HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG, RUMAH KEDIAMAN ALAMI KEROSAKAN TERUK

Labuan, 13 Mei - Sebanyak 22 buah rumah di Taman Perumahan MPL Batu Arang mengalami kerosakan teruk, susulan hujan lebat, angin kencang serta kejadian puting beliung yang berlaku malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Mohd Ismail memberitahu, pihaknya menerima maklumat kejadian berkenaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan kira-kira 10.12 malam.

Beliau berkata kejadian itu berlaku dalam tempoh masa yang singkat yang telah memusnahkan rumah-rumah kediaman di taman berkenaan.

Selain beberapa buah kenderaan turut mengalami kerosakan dan kejadian pokok kayu tumbang.

Pada kejadian itu, pihak JBPM Labuan melaporkan seorang mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Labuan untuk menerima rawatan.

Susulan kejadian itu, Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Balai Bomba dan Penyelamat Rancha-Rancha.

“Pihak JBPD Labuan mengambil tindakan terus membuka Pusat Penempatan Sementara (PPS) untuk menempatkan mangsa-mangsa yang terlibat”, katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di sini.

Sementara itu, beberapa agensi dan jabatan di bawah JPBD Labuan turun padang bagi membantu menyelaras saluran bantuan dan tindakan susulan yang perlu diambil dengan kadar segera.

Antaranya, Perbadanan Labuan, Angkatan Pertahanan Awam, JBPM Labuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan dan Unit Penyelarasan Pelaksaaan Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM).

Rithuan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan memaklumkan, pihaknya menyalurkan bantuan kecemasan wang tunai kepada ketua isi keluarga yang menerima musibah.

“Pihak Perbadanan Labuan menyampaikan bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 kepada ketua keluarga yang terlibat dan bantuan susulan akan disalurkan berdasarkan penilaian kerosakan yang dialami setiap rumah”, tambah beliau.


13/05/2026

[[LIVE]] Sidang Media Mingguan

Rabu | 13 Mei 2026

'Yang sahih di RTM'

Address

Labuan
87023

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00
Saturday 07:00 - 19:00
Sunday 07:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BES Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BES Labuan:

Share