Pusat Pungutan Zakat MAIWP - Labuan

Pusat Pungutan Zakat MAIWP - Labuan Sejak penubuhannya pada tahun 1991, PPZ-MAIWP berperanan memperkasa kesedaran, kemudahan serta kecekapan dalam pengurusan zakat dan wakaf.

Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) ialah institusi rasmi di bawah MAIWP yang mengurus kutipan dan promosi zakat di Wilayah Persekutuan

Cawangan Labuan berperanan membantu masyarakat Islam menunaikan zakat dan wakaf melalui pelbagai saluran. Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) ialah institusi rasmi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang ditubuhkan bagi menguruskan

kutipan zakat dan wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. PPZ-MAIWP Cawangan Labuan p**a merupakan cabang rasmi bagi mengurus dan memudahkan urusan kutipan serta promosi zakat dan wakaf bagi masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Labuan. Kami komited untuk membantu umat Islam menunaikan kewajipan zakat serta wakaf dengan mudah, cepat dan patuh syariah melalui saluran atas talian, kaunter, serta pelbagai program komuniti setempat. Sertai kami untuk sama-sama menyemai keberkatan dan membangunkan ummah.

03/09/2026

DOA KETIKA JEREBU

Ya Allah, saat jerebu menyelubungi langit dan menyempitkan nafas, lindungilah kami daripada segala mudarat, kurniakan kesihatan, turunkan hujan yang membawa rahmat, dan bersihkan kembali udara serta hati kami.




PROGRAM OPS NAFKAH: OKU, IBU TUNGGAL DAN ASNAF TERUS DISANTUNIPPZ-MAIWP telah menerima undangan daripada Bahagian Sokong...
03/09/2026

PROGRAM OPS NAFKAH: OKU, IBU TUNGGAL DAN ASNAF TERUS DISANTUNI

PPZ-MAIWP telah menerima undangan daripada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) untuk hadir sebagai penyampai sumbangan tambahan berupa bakul makanan kepada 100 penerima asnaf bersempena Program Ops Nafkah tahun 2026 di Borneo Royale Hotel, Tawau, Sabah.

Majlis penuh makna ini telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sekali gus menyemarakkan lagi pengisian program yang menekankan aspek kesedaran, kebajikan serta pemerkasaan hak nafkah dalam kalangan masyarakat.

Turut bersama-sama di dalam program ini ialah Yang Arif Puan Hajah Noor Hadina binti Haji Ahmad Zabidi, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; Yang Amat Arif Tuan Nawawi bin Diman, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah; YBrs. Tuan Abd Razak bin Mat Nayan, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; S.F. Ustaz Abd. Razak bin Hamdin, Timbalan M***i Negeri Sabah; YBrs. Tuan Ismail bin Mohd Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah; dan YBrs. Encik Mohammad Haziq bin Abang Sapri, Penolong Pengurus Unit Cawangan Labuan, PPZ-MAIWP.



"Ya Allah, lenyapkanlah jerebu ini daripada kami, sesungguhnya kami orang yang beriman"
01/09/2026

"Ya Allah, lenyapkanlah jerebu ini daripada kami, sesungguhnya kami orang yang beriman"




DOA KETIKA JEREBU

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa, agar Allah SWT mengurniakan cuaca yang baik, memelihara kesihatan masyarakat Labuan serta menjauhkan kita daripada sebarang musibah, kemudaratan dan penyakit. Teruskan berdoa dan bertawakal kepadaNya.

Semoga keadaan kembali pulih dengan izin Allah SWT.




31/08/2026

CABARAN 6.9 SAAT

Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69, ayuh bersama kakitangan PPZ-MAIWP Cawangan Labuan menyelesaikan cabaran 6.9 saat.

Hanya 6.9 saat. Peserta yang fokus mempunyai kelebihan untuk menang.




Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾 Semangat kemerdekaan bukan sekadar tentang sejarah yang kita warisi, tetapi ...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾

Semangat kemerdekaan bukan sekadar tentang sejarah yang kita warisi, tetapi tentang tanggungjawab untuk terus membina Malaysia yang lebih sejahtera, harmoni dan saling membantu.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai nikmat keamanan serta memainkan peranan dalam membina masa depan negara yang lebih baik untuk generasi akan datang.

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"





30/08/2026

MERDEKA QUIZ CHALLENGE

Sejauh mana anda kenal Malaysia?

Jom jawab bersama-sama kakitangan PPZ-MAIWP Cawangan Labuan di dalam permainan Merdeka Quiz Challenge.




DOA KETIKA JEREBUMarilah kita bersama-sama memanjatkan doa, agar Allah SWT mengurniakan cuaca yang baik, memelihara kesi...
27/08/2026

DOA KETIKA JEREBU

Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa, agar Allah SWT mengurniakan cuaca yang baik, memelihara kesihatan masyarakat Labuan serta menjauhkan kita daripada sebarang musibah, kemudaratan dan penyakit. Teruskan berdoa dan bertawakal kepadaNya.

Semoga keadaan kembali pulih dengan izin Allah SWT.




26/08/2026

MARI BELAJAR 1 HARI 1 ZAKAT

Emas ada berapa jenis? Kalau lelaki simpan emas, wajib zakat kah? Jom dengarkan penjelasan dalam video ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang zakat dengan Like, Share, dan Follow page kami.



KEMERIAHAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT LABUANKemeriahan lebih daripada 4,000 hadirin daripada 80 kont...
25/08/2026

KEMERIAHAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT LABUAN

Kemeriahan lebih daripada 4,000 hadirin daripada 80 kontinjen menyerikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Kontinjen yang mengambil bahagian terdiri daripada agensi kerajaan, badan beruniform, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kampung-kampung, masjid dan surau serta sekolah-sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Bertemakan “Madani Dihayati, Ummah Diberkati”, YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan merangkap perasmi majlis, dalam ucapannya mengingatkan masyarakat agar terus memelihara dan memperkukuh perpaduan. Beliau menegaskan bahawa kesatuan masyarakat berbilang kaum di Labuan merupakan asas penting dalam menjamin kesejahteraan serta keharmonian yang berterusan.

Semoga penganjuran majlis ini dapat terus menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menghayati serta meneladani akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.






PROGRAM MAHRAJAN CINTA RASUL 1448H SEMARAK KECINTAAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAWSuasana penuh ilmu dan penghayatan sirah na...
25/08/2026

PROGRAM MAHRAJAN CINTA RASUL 1448H SEMARAK KECINTAAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW

Suasana penuh ilmu dan penghayatan sirah nabi mewarnai Program Mahrajan Cinta Rasul 1448H/2026M, anjuran Jabatan M***i Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan di Bilik Eureka, Menara UMSKAL, Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengisian utama program ialah Hiwar Ilmi bersama S.S. Dr. Mohd Aizam bin Mas’od, Timbalan M***i Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan. Beliau membahaskan mengenai kitab Bidayat as-Sul Fi Tafdhil ar-Rasul, karangan Sheikh Izzuddin Abdul Aziz bin Abdul Salam. Program diserikan lagi dengan sesi soal jawab hukum agama (Fiqh Labuan) bersama para hadirin.

Semoga program penuh bermakna ini menjadi medan untuk menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta menyuburkan majlis ilmu dalam kalangan masyarakat.






Address

Unit 20 Floor 2 Timesquare
Labuan
87000

Opening Hours

Monday 08:15 - 16:45
Tuesday 08:15 - 16:45
Wednesday 08:15 - 16:45
Thursday 08:15 - 16:45
Friday 08:15 - 11:30
14:00 - 16:45

Telephone

+601121812571

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pungutan Zakat MAIWP - Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Pungutan Zakat MAIWP - Labuan:

Shortcuts

Share