Lahad Datu Fm

Lahad Datu Fm TERUS SETIA BERSAMA KAMI LAHAD DATU FM KITA PUNYA JUGA AYUK LAYAN... [email protected]

20/07/2025

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) has confirmed plans to hold a content pitching session for Sabah-based providers in Kota Kinabalu.

SEBELUM DAN SELEPASJagokota Hotel
18/07/2025

SEBELUM DAN SELEPAS
Jagokota Hotel

Alhamdulillah Kebakaran Terkawal.
18/07/2025

Alhamdulillah Kebakaran Terkawal.

Info. Tiang Telekom hampir tumbang dibelakang Plaza Darvel Bay. Wayar melintang di jalan. Hati-hati memandu.
18/07/2025

Info.
Tiang Telekom hampir tumbang dibelakang Plaza Darvel Bay. Wayar melintang di jalan. Hati-hati memandu.

Kemalangan depan simpang masuk Pangsapuri. Hati-hati memandu.
09/07/2025

Kemalangan depan simpang masuk Pangsapuri. Hati-hati memandu.

Polis berkas puluhan lelaki tanpa seurat benang sedang berparti pedang lawan pedangJAKARTA  – Berpuluh-puluh lelaki dita...
02/07/2025

Polis berkas puluhan lelaki tanpa seurat benang sedang berparti pedang lawan pedang

JAKARTA – Berpuluh-puluh lelaki ditangkap dalam keadaan tanpa seurat benang semasa sedang berpesta di sebuah bilik hotel, lapor portal berita Suara semalam.

Tangkapan itu dibuat di Bogor, wilayah Jawa Barat semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun menunjukkan sekumpulan pegawai dan anggota polis menyerbu sebuah bilik yang penuh dengan lelaki tidak berpakaian melakukan aktiviti tidak bermoral.

Mereka kemudian diarah untuk duduk di atas lantai sambil mengangkat tangan.

Masih belum jelas lokasi hotel tersebut.

Rakaman itu mencatatkan lebih 50,800 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial di ruangan komen.

“Satu bilik sampai berpuluh-puluh orang? Mesti bau busuk,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Oleh KOSMO
1 Julai 2025, 5:59 pm
Artikel ➡️ Kosmo

KEMALANGAN NGERI – TIGA LELAKI MAUT PACUAN 4 RODA BERTEMBUNG LORILAHAD DATU; 2 JULAI 2025 (Rabu) – Tiga lelaki maut mana...
02/07/2025

KEMALANGAN NGERI – TIGA LELAKI MAUT PACUAN 4 RODA BERTEMBUNG LORI

LAHAD DATU; 2 JULAI 2025 (Rabu) – Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah treler muatan minyak sawit dan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax di Batu 16, Jalan Lahad Datu–Sandakan, malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 8.52 malam sebelum sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 30 kilometer.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.15 malam dan mendapati tiga lelaki di dalam kenderaan pacuan empat roda itu tersepit serta tidak sedarkan diri.

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Azizi, 28 tahun, yang memandu Isuzu Dmax, Muhammad Zulkhairi bin Ismail, 29 tahun, penumpang di tempat duduk belakang, serta Mohd Rasman Bin Ahmat Kechil, 28 tahun, penumpang di tempat duduk hadapan.

Sementara itu, pemandu treler lelaki berusia, 61 tahun, mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital menaiki ambulans KKM untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamat diketuai oleh PBK I Mohammad Akbar Mohambar selaku Komander Operasi manakala PKPgB Sumsoa Rashid bertindak sebagai Komander Operasi Kanan.

Turut membantu di lokasi ialah anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam selepas pasukan penyelamat memastikan tiada lagi bahaya di lokasi.

Sumber : sabah dimensi

Assalamualaikum Salam Jumaat, Salam Hijrah 1447H/2025. Dan Selamat Bercuti.
27/06/2025

Assalamualaikum Salam Jumaat, Salam Hijrah 1447H/2025. Dan Selamat Bercuti.

25/06/2025

Assalamualaikum Selamat Menjalani Ibadah Subuh

Address

Lahad Datu Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lahad Datu Fm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lahad Datu Fm:

Share

Category

Sejarah LD FM

LAHAD DATU FM atau singkatan LD FM di tubuhkan pada 05 Ogos 2017 di Daerah Lahad Datu yang di asaskan oleh anak seni tempatan LAHAD DATU iaitu tn. Jeffery Hussein. Selepas selesai pembentukan kali pertama, LD FM di komersialkan sebulan kemudian dan di daftarkan di bawah MEDIA CREATIVE NETWORK (MCN) yang di Pengerusikan oleh Niryasim Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif di sandang oleh Abd Azim Zakariah manakala Jeffery Hussein di lantik sebagai Ketua Pegawai Operasi serta Pengarah Urusan di sandang oleh Datu Fazhir.

Hasil daripada pembentukan Media Creative Network sebagai syarikat pentadbir kepada LD FM, pemilihan DJ telah pun di jalankan di mana sebanyak 120 penyertaan, manakala 53 yang telah di ujibakat dan sebanyak 18 orang di pilih menjadi DJ. Hasil daripada kerjasama di antara DJ dan pihak pengurusan LD FM di bawah Media Creative Network, akhirnya pada tanggal 26 September, LD FM telah di lancarkan buat pertama kalinya di Lahad Datu yang di rasmikan oleh YB Datuk Haji Datu Nasrun Bin Haji Datu Mansur, Ahli Parlimen P.188 Silam merangkap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi Malaysia.

LD FM telah beroperasi dengan pelbagai slot antaranya Sudah Pagi Lahad Datu, Variasi Etnik, Orang Kita, Pilihan Hebat, Aksara Cinta, Chillar Bro, dan lain-lain lagi di mana setakat akhir tahun 2017 telah menarik statistik sebanyak 49,000 pendengar melalui “online stream” di laman rasmi www.ldfmsabah.com dan juga aplikasi digital pertama yang di lancarkan iaitu MCN di gedung google playstore dan appstore pada tempoh lebih kurang 3 bulan tempoh operasi. Antara kejayaan LD FM pada 2017 ketika beberapa bulan di lancarkan ialah di kunjungi oleh Artis-artis popular tanah air antaranya Dato' Hattan, Saleem Iklim, Rodi Kristal dan banyak lagi artis-artis Sabah dan Lahad Datu.