12/01/2026
Setinggi-tinggi kesyukuran dan ucapan tahniah dizahirkan kepada YBrs. Dr. Esmar bin Abdul Hamid di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Hospital Lahad Datu yang baharu.
Selamat datang kami ucapkan kepada Dr. Esmar ke bumi Lahad Datu; sesungguhnya warga hospital dan seluruh komuniti setempat amat berbesar hati serta mengalu-alukan kehadiran pengemudi baharu yang berwibawa. Kami mendoakan agar Dr. Esmar diberikan kekuatan, ilham yang mencurah, dan kemudahan dalam menggalas amanah ini demi memacu kecemerlangan perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan pesakit di daerah ini.
Selamat bertugas dan semoga di bawah kepimpinan YBrs. Doktor, Hospital Lahad Datu akan terus mengukir kejayaan dan memberikan impak positif kepada masyarakat selaras dengan visi kementerian.