Pasukan Polis Marin Lahad Datu

Pasukan Polis Marin Lahad Datu Pages Rasmi PPM Lahad Datu Wilayah 4 Sabah

β€œMemastikan keselamatan perairan negara. Bersama membanteras jenayah maritim.

Hubungi kami untuk sebarang maklumat atau aduan.”

π—¨π—π—œπ—”π—‘ π—Ÿπ—œπ—¦π—”π—‘ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—Ÿπ—”π—¨π—§ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—•π—”π—šπ—œ π—£π—˜π—¦π—˜π—₯𝗧𝗔 π—žπ—¨π—₯𝗦𝗨𝗦 π—žπ—˜π—π—¨π—₯π—¨π—§π—˜π—₯𝗔𝗔𝗑 π—£π—¨π—Ÿπ—”π— π—”π—₯πŸ“ Lahad Datu, 14 Ogos 2026 – Ujian Lisan Jabat...
14/08/2026

π—¨π—π—œπ—”π—‘ π—Ÿπ—œπ—¦π—”π—‘ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—Ÿπ—”π—¨π—§ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—•π—”π—šπ—œ π—£π—˜π—¦π—˜π—₯𝗧𝗔 π—žπ—¨π—₯𝗦𝗨𝗦 π—žπ—˜π—π—¨π—₯π—¨π—§π—˜π—₯𝗔𝗔𝗑 π—£π—¨π—Ÿπ—”π— π—”π—₯

πŸ“ Lahad Datu, 14 Ogos 2026 – Ujian Lisan Jabatan Laut Malaysia bagi peserta Kursus Kejuruteraan PULAMAR telah berlangsung selama empat hari, bermula 11 hingga 14 Ogos 2026 di Pejabat Laut Lahad Datu.

Seramai 20 peserta yang terdiri daripada seorang PKP dan 19 PRP telah menduduki ujian bagi tiga peringkat kompetensi kejuruteraan marin iaitu OICEW 750kW+, Second Engineer Officer 3000kW+ dan Chief Engineer Officer 3000kW+.

Alhamdulillah, kesemua peserta berjaya LULUS dalam ujian lisan tersebut. πŸŽ‰πŸ‘

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas kejayaan ini. Semoga kelulusan yang diperoleh dapat meningkatkan kompetensi, kemahiran dan profesionalisme warga Pasukan Polis Marin dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Laut Malaysia, barisan jurulatih serta semua pihak yang telah menjayakan kursus ini.

𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗑 π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—›! βš“πŸ‘






30/07/2026
30/07/2026
EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 4 SABAH 2026πŸ”οΈ Ranau, Sabah | 25 Julai 2026 - Seramai 25 p...
25/07/2026

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 4 SABAH 2026

πŸ”οΈ Ranau, Sabah | 25 Julai 2026 - Seramai 25 pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah telah berjaya menamatkan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu 2026 yang melibatkan penyertaan daripada MO PPM Lahad Datu (11 orang), PPM Semporna (4 orang), PPM IPK Sabah (9 orang) dan PPM Tawau (1 orang).

Program yang dianjurkan oleh Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, ketahanan mental dan disiplin warga PPM, di samping memupuk semangat kerjasama, kepimpinan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai dan anggota dari seluruh Zon Wilayah 4 Sabah.

Sepanjang ekspedisi, para peserta telah menunjukkan semangat berpasukan, disiplin yang tinggi serta saling membantu dalam mengharungi cabaran pendakian. Aktiviti ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek keselamatan, pengurusan risiko dan daya tahan ketika melaksanakan aktiviti lasak.

Alhamdulillah, keseluruhan program telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kesemua peserta berjaya menamatkan pendakian serta menerima sijil penyertaan, dan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan sepanjang program berlangsung.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, semangat juang dan kejayaan menawan puncak tertinggi negara. Semoga program seperti ini terus menjadi platform pembangunan modal insan, memperkukuhkan semangat berpasukan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Pasukan Polis Marin.

β€œIntegriti dan Efisien ke Arah Kecemerlangan.”



Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Pasukan Polis Marin Semporna Wilayah 4 Sabah
Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau

25/07/2026
YDH SUPT Rohizan bin Hj Mohamad Saaid, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu Wilayah 4 Sabah,...
21/07/2026

YDH SUPT Rohizan bin Hj Mohamad Saaid, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu Wilayah 4 Sabah, mewakili seluruh warga Pasukan Polis Marin Lahad Datu merakamkan setulus-tulus ucapan takziah atas pemergian Allahyarham YDH DSP Mohamad Bin Ismail, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya, mengurniakan husnul khatimah serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan para solihin dan orang-orang yang beriman.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian serta kehilangan yang amat besar ini.

Al-Fatihah.

YDH ACP Ahmad Amri Bin Abd Rahman, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, mewakili seluruh warga PPM Wilayah 4 Sabah merakamkan setulus-tulus ucapan takziah atas pemergian Allahyarham YDH DSP Mohamad Bin Ismail, Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

🚨 OP TARING LANDAI KHAS / OP INTER AGENSI BERJAYA TUMPASKAN AKTIVITI PENYIMPANAN ISIRUNG KELAPA SAWIT TANPA LESEN DI LAH...
15/07/2026

🚨 OP TARING LANDAI KHAS / OP INTER AGENSI BERJAYA TUMPASKAN AKTIVITI PENYIMPANAN ISIRUNG KELAPA SAWIT TANPA LESEN DI LAHAD DATU

Lahad Datu, 15 Julai 2026 – Hasil kerjasama strategik antara Unit Risik Marin Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Cawangan Lahad Datu, satu operasi khas telah berjaya membongkar aktiviti disyaki menyimpan isirung kelapa sawit (kernel) tanpa lesen yang sah di sebuah premis di Jalan POIC, Lahad Datu.

Dalam operasi yang dijalankan, pasukan serbuan telah menemukan sebuah lori treler yang membawa anggaran 37 tan isirung kelapa sawit (kernel), dua buah bulldozer serta sebuah timbangan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti tersebut. Ketika serbuan dijalankan, beberapa individu yang berada di lokasi bertindak melarikan diri ke kawasan semak sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Kes disiasat di bawah Peraturan 5(1)(d), Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005 di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582).

πŸ’° Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM623,900.00.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah akan terus memperkukuh kerjasama bersama agensi penguat kuasa dalam membanteras sebarang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan penyimpanan komoditi tanpa kebenaran yang melanggar undang-undang demi melindungi kepentingan industri sawit negara serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

β€œIntegriti dan Efisien ke Arah Kecemerlangan.”










πŸ₯Ύ PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT – HIKING 10KM MENARA KAYANGAN, GUNUNG SILAM PERINGKAT MARKAS OPERASI PASUKAN POLIS MARIN LAHA...
15/07/2026

πŸ₯Ύ PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT – HIKING 10KM MENARA KAYANGAN, GUNUNG SILAM PERINGKAT MARKAS OPERASI PASUKAN POLIS MARIN LAHAD DATU🏞️

Lahad Datu, 15 Julai 2026 - Seramai 57 orang warga Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu yang diketuai oleh YDH Supt. Rohizan bin Hj. Mohamad Saaid, PPMO Lahad Datu telah menyertai Program Gaya Hidup Sihat – Hiking 10KM Menara Kayangan, Gunung Silam.

Program ini dianjurkan bagi memupuk amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyokong Program Penurunan Berat Badan Peringkat MO PPM Lahad Datu.

Sepanjang program berlangsung, semua peserta berjaya menamatkan pendakian sejauh 10 kilometer dengan selamat tanpa sebarang insiden. Semangat berpasukan, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan jelas mencerminkan komitmen warga Pasukan Polis Marin dalam mengekalkan tahap kecergasan dan kesiapsiagaan demi melaksanakan amanah kepada agama, bangsa dan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Perhutanan Lahad Datu atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

β€œIntegriti dan Efisien ke Arah Kecemerlangan.”











Jabatan Perhutanan Lahad Datu

Address

PASUKAN POLIS MARIN
Lahad Datu
91117

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pasukan Polis Marin Lahad Datu:

Shortcuts

Share