CikDi CikNa Channel

CikDi CikNa Channel Masalah saraf/urat/angin boleh ikhtiar dengan MINYAK PANGLIMA 👉 https://cikdi.pang5oil.store/ Price are negotiable

Daulat Tuanku
05/07/2026

Daulat Tuanku

KERAJAAN PERSEKUTUAN DIMINTA KAJI SEMULA KADAR PAJAKAN PULAU PINANG IKUT NILAI SEMASA - SULTAN KEDAH

Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mahu Kerajaan Persekutuan mengkaji semula kadar bayaran pajakan Pulau Pinang mengikut nilai semasa selaras dengan semangat dan maksud asal perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua pihak.

Baginda bertitah, hak dan kedaulatan negeri Kedah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihormati oleh semua pihak, termasuk dalam soal berkaitan pajakan Pulau Pinang.

Sultan Sallehuddin bertitah, bayaran pajakan yang diterima Kerajaan Negeri Kedah ketika ini masih berasaskan perjanjian lama dan nilainya jauh lebih rendah berbanding kadar yang sewajarnya pada masa ini.

"Beta mahu Kerajaan Persekutuan mengkaji semula kadar bayaran pajakan Pulau Pinang mengikut kadar semasa berdasarkan semangat dan maksud asal perjanjian tersebut.

"Beta ingin memperingatkan akan hak dan kedaulatan Negeri Kedah, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, hendaklah dihormati oleh semua pihak," titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-84, di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Sebelum ini, isu tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang dibangkitkan susulan titah baginda supaya kedudukan pajakan negeri itu diperjelaskan secara telus.

Pada 2021, Kerajaan Negeri Kedah menuntut supaya kadar bayaran pajakan Pulau Pinang dinilai semula selepas mendapati nilainya tidak pernah disemak sejak 1786.

Ketika ini, Kerajaan Negeri sedang memuktamadkan dokumen perundangan berkaitan tuntutan tersebut sebelum menentukan pendekatan terbaik sama ada melalui mahkamah, Majlis Raja-Raja atau rundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

Pembentangan akhir oleh barisan peguam yang dilantik juga telah dibuat, manakala beberapa dokumen penting dalam proses akhir penyediaan.

Sultan Sallehuddin turut menegaskan Pulau Langkawi perlu dibangunkan berasaskan identiti dan keunikan tersendiri tanpa meniru destinasi pelancongan lain seperti Phuket atau Bali.

Menurut baginda, Langkawi merupakan aset strategik Kedah dan negara yang memiliki khazanah alam semula jadi serta warisan unik yang perlu dipelihara melalui pembangunan mampan.

"Pulau Langkawi adalah aset strategik negeri Kedah dan negara. Sebagai destinasi pelancongan utama serta pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri, Beta mahu pembangunan Pulau Langkawi dibentuk mengikut acuan dan identiti tersendiri, tanpa meniru atau membandingkan seperti Phuket atau Bali.

"Kekuatan sebenar Langkawi terletak pada khazanah alam semula jadi dan warisan unik yang dimilikinya. Justeru, aset berharga ini wajib dipelihara dan dibangunkan secara lestari.

"Beta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan membuat sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh mencemarkan imej dan reputasi Pulau Langkawi," titah baginda.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Kerajaan Persekutuan membuat kenyataan mengkritik sektor pelancongan Langkawi, termasuk dakwaan berlaku kemerosotan ketara jumlah pelancong serta perbandingan pulau peranginan itu dengan Phuket dan Bali.

Dakwaan berkenaan dilihat sebagai cubaan memburukkan imej pulau lagenda bawah kepimpinan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.





05/07/2026

Kedai mana di Langkawi yg buat harga lain2 tu?

05/07/2026

Tahniah Iqram Jetski , moga terus maju jaya dan memberikan service Dan pengalaman menaiki jetski di Langkawi dengan lebih baik.

Support business org kita☺️

02/07/2026

Rumah Uda, Kg Lubuk Setul, Langkawi

Penginapan yang mendamaikan jiwa. Senibina melayu klasik dan mempunyai private pool. Sesuai utk honeymooners atau keluarga anak kecil.

02/07/2026

Ngopi D Sawah, Kg Bukit Temin, Langkawi, Kedah.

Port baru breakfast di Langkawi. Saujana Sawah pemandangan Nan indah, Menu sarapan menggamit nostalgia.

Jemput singgah support org kita 🥰

01/07/2026

Oli Biryani, Hatyai, Thailand

30/06/2026

Kak Anee Thai Food, Langkawi

29/06/2026

Sweet Sea Cafe Pakbara

28/06/2026

Sebelum balik ke Langkawi kami singgah Breakfast kat SP Dimsum Halal Satun

Address

Kg Mawat
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00

Telephone

+60124318149

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CikDi CikNa Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CikDi CikNa Channel:

Shortcuts

Share

Category