Sabah News Today

Sabah News Today Sabah News Today (SNT) adalah sebuah portal berita tentang negeri Sabah meliputi sosio-ekonomi, bencana, sukan dan pelbagai lagi isu. Media Online
(1)

UMS HULUR BANTUAN MANGSA KEBAKARAN NUMBAKUMS menyalurkan barangan keperluan dan ubat-ubatan kepada mangsa kebakaran Kamp...
05/09/2026

UMS HULUR BANTUAN MANGSA KEBAKARAN NUMBAK

UMS menyalurkan barangan keperluan dan ubat-ubatan kepada mangsa kebakaran Kampung Numbak hasil sumbangan warga universiti.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata bantuan itu mencerminkan keprihatinan universiti terhadap masyarakat yang ditimpa musibah.

Berita penuh di ruangan komen Sabah News Today.

KUOTA BUDI LEBIH TINGGI LEGA RAKYAT SABAH, SARAWAKKenaikan kuota subsidi RON95 kepada 300 liter dan BUDI Diesel kepada 4...
04/09/2026

KUOTA BUDI LEBIH TINGGI LEGA RAKYAT SABAH, SARAWAK

Kenaikan kuota subsidi RON95 kepada 300 liter dan BUDI Diesel kepada 400 liter sebulan disifatkan memberi kelegaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang bergantung kepada kenderaan untuk perjalanan jauh serta aktiviti harian.

Berita penuh di ruangan komen Sabah News Today.

SABAH FC TAGIH SOKONGAN PADU HADAPI KUCHING CITY FCSabah FC mengharapkan Stadium Likas dipenuhi penyokong bagi memberi t...
04/09/2026

SABAH FC TAGIH SOKONGAN PADU HADAPI KUCHING CITY FC

Sabah FC mengharapkan Stadium Likas dipenuhi penyokong bagi memberi tenaga tambahan kepada pemain dalam aksi Borneo Derby menentang Kuching City FC, malam esok.

Skuad Sang Badak hanya mempunyai tempoh rehat dua hari dan bakal mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari.

Berita penuh di ruangan komen Sabah News Today.

BAS PINK MAMPU UBAH BUDAYA PENGANGKUTAN AWAM DI KKBas Pink dilihat mampu menjadi pemangkin kepada budaya pengangkutan aw...
04/09/2026

BAS PINK MAMPU UBAH BUDAYA PENGANGKUTAN AWAM DI KK

Bas Pink dilihat mampu menjadi pemangkin kepada budaya pengangkutan awam yang lebih moden di Kota Kinabalu, terutama jika aspek ketepatan masa, akses dan keselesaan pengguna terus dipertingkatkan.

Orang ramai juga digalakkan memberi sokongan dengan menggunakan pengangkutan awam bagi membantu mengurangkan kesesakan serta kebergantungan kepada kenderaan persendirian.

Berita penuh di ruangan komen Sabah News Today.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Penggubal Undang-Undang Parlimen, Farahana Rabidin ...
04/09/2026

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Penggubal Undang-Undang Parlimen, Farahana Rabidin dilantik sebagai Anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berkuat kuasa Selasa lalu.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sabin dilantik bagi mewakili Kerajaan Negeri Sabah, manakala Farahana mewakili Jabatan Peguam Negara.

Berita penuh di ruangan komen Sabah News Today.

Jerebu selubungi Sandakan, IPU 153Sandakan mencatatkan bacaan IPU 153 pada tahap tidak sihat, dengan pemandangan matahar...
04/09/2026

Jerebu selubungi Sandakan, IPU 153

Sandakan mencatatkan bacaan IPU 153 pada tahap tidak sihat, dengan pemandangan matahari kelihatan berkabur akibat jerebu hari ini.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Berita penuh di ruangan komen Sabah News Today.

PDRM Sabah perangi dadah, elak negeri jadi transit sindiketPesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menegaskan PDRM a...
03/09/2026

PDRM Sabah perangi dadah, elak negeri jadi transit sindiket

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menegaskan PDRM akan terus memperketat usaha membanteras kemasukan dan pengedaran dadah bagi mengelakkan Sabah dijadikan transit sindiket.

Beliau turut menggesa masyarakat menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesan aktiviti dadah di kawasan masing-masing.

Berita penuh di ruangan komen Sabah News Today.

Lelaki ditahan, teman wanita maut dipercayai dipukulSeorang lelaki berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan kemat...
03/09/2026

Lelaki ditahan, teman wanita maut dipercayai dipukul

Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan kematian teman wanitanya, 44, yang dipercayai dipukul selepas berlaku perselisihan faham di Penampang.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita penuh di ruangan komen Sabah News Today.

BUDI Diesel 400 liter baik, tapi Sabah perlukan lebih fleksibel — RiduanAhli Parlimen Tenom, Riduan Rubin menyambut baik...
03/09/2026

BUDI Diesel 400 liter baik, tapi Sabah perlukan lebih fleksibel — Riduan

Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin menyambut baik peningkatan kelayakan BUDI Diesel kepada 400 liter sebulan, namun mahu mekanisme lebih fleksibel bagi rakyat luar bandar dan pedalaman Sabah.

Katanya, kenderaan pacuan empat roda dan pikap di Sabah banyak digunakan untuk kerja, membawa hasil pertanian dan perjalanan jauh, bukan sekadar kegunaan persendirian.

Berita penuh di ruangan komen Sabah News Today.

Yayasan Sabah terima dividen RM168.3 juta daripada ICSBYayasan Sabah menerima bayaran dividen berjumlah RM168.3 juta dar...
03/09/2026

Yayasan Sabah terima dividen RM168.3 juta daripada ICSB

Yayasan Sabah menerima bayaran dividen berjumlah RM168.3 juta daripada Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), manakala ICSB turut membayar RM4.08 juta kepada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyaksikan penyampaian tiga bayaran dividen berkenaan di Menara Kinabalu.

Berita penuh di ruangan komen Sabah News Today.

Address

Likas
88300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah News Today posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sabah News Today:

Shortcuts

Share