LIMBANGfm

LIMBANGfm Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from LIMBANGfm, Radio Station, RTM Limbang, Jalan Penyiaran, Limbang.
(2)

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—ง๐—  ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š

๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ณ๐—บ :
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜‚
(0900-1200 : Isnin-Ahad)
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐˜‚๐—ป ๐—•๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด
(1200-1500 : Isnin-Ahad)
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ
(1500-1800 : Isnin-Ahad)
โ€ข ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป
(1800-2100 : Setiap Khamis)

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—˜๐—ต๐˜„๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ (๐—•๐—˜๐—ฆ) ๐—Ÿ๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด
โ€ข Liputan Berita Tempatan Limbang dan Lawas
(Berita TV dan Radio)
โ€ข Cerita Pagi Sarawak (CPS)
dalam Selamat Pagi Malaysia

08/06/2026
08/06/2026
08/06/2026

Dengarkan info mengenai Hari Keselamatan Makanan Sedunia bersama Cik Elvina Tacia Santih Anak Jumat. Pegawai Teknologi Makanan bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Lawas pada 8 Jun 2026 (Isnin) jam 10.30 pagi di Limbangfm 104.9.

07/06/2026

Ikuti informasi berkenaan perlawanan bola sepak antarabangsa di semua stesen radio RTM

07/06/2026

JAMBATAN BAHARU LAWAS SIAP SEPTEMBER INI

LAWAS, 07 JUN - Pembinaan Jambatan Baharu Lawas yang kini mencapai kemajuan 97.2 peratus dijangka siap sepenuhnya pada September ini, kata Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, hanya beberapa kerja akhir masih perlu dilaksanakan termasuk penambahan elemen hiasan pada struktur jambatan bagi memperindah reka bentuknya.

โ€œJambatan ini apabila siap sepenuhnya akan dapat memendekkan masa perjalanan ke bandar Lawas. Ia akan menyambung terus dari bandar ke kampung Seberang Kedai, seterusnya ke Merapok dan terus ke Sabah,โ€ katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan, hari ini.

Datuk Amar Awang Tengah berkata, projek itu adalah sebahagian daripada jajaran Lebuhraya Pesisir Utara (NCH) yang menghubungkan kawasan di kedua-dua belah Sungai Lawas.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan akan memudahkan pembangunan kawasan seberang sungai selain menyokong usaha pembesaran bandar Lawas pada masa depan.

Projek bernilai lebih RM149 juta itu dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) sebagai agensi pelaksana.

Selain mengurangkan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri, jambatan berkenaan dijangka memberi manfaat kepada penduduk Kampung Ladang Baru, Kerangan, Lakutan dan Pengalih yang tidak lagi perlu menggunakan laluan jauh untuk ke pusat bandar.

Ketersambungan yang lebih baik menerusi projek itu juga diyakini mampu merangsang pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan serta membuka peluang pembangunan baharu di Lawas yang terletak berhampiran sempadan Sabah dan Brunei Darussalam.

DALI



  Autoshow dan Majlis Penangguhan Pesta Babulang yang dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Lim...
07/06/2026

Autoshow dan Majlis Penangguhan Pesta Babulang yang dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah di Dewan Kebudayaan Batu Danau.

07/06/2026

RM6 JUTA UNTUK PROJEK KOMERSIAL KERBAU BISAYA

LIMBANG, 7 JUN - Kerajaan Sarawak menyediakan dana permulaan sebanyak RM6 juta bagi merealisasikan Projek Komersial Kerbau Bisaya yang dijangka membuka peluang baharu kepada pembangunan ekonomi masyarakat Bisaya di negeri ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata dana yang diluluskan oleh Premier Sarawak itu akan disalurkan kepada Sarawak Bisaya Charitable Trust bagi melaksanakan projek berkenaan.

Beliau berkata, projek tersebut kini sedang menunggu kelulusan permohonan tapak sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

โ€œProjek ini berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan industri penternakan kerbau secara moden, sekali gus mewujudkan peluang dalam industri hiliran serta sektor agro-pelancongan pada masa hadapan.

โ€œKerbau bukan sekadar haiwan ternakan, malah mempunyai nilai budaya, sosial dan ekonomi yang amat dekat dengan identiti masyarakat Bisaya sejak turun-temurun,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, pada Malam Kebudayaan Hari Kedua Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2026 di Limbang.

Projek itu dijangka menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat serta memperkukuh industri penternakan kerbau di Sarawak.

DALI



Address

RTM Limbang, Jalan Penyiaran
Limbang
98700

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+6085211246

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LIMBANGfm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LIMBANGfm:

Share

Category