25/07/2025
Pakaian Tradisional Wanita Berawan
Mari mengenali pakaian tradisi kaum Berawan. Memang simple dan tidak banyak accessories. Terdapat dua jenis pakaian wanita iaitu ‘tepeng’ dan ‘tikeh’. Ada juga sesetengah tempat mengenali tepeng sebagai ‘nepeng’, ‘likung’ atau ‘slangun’. Tepeng diperbuat daripada songket boleh didapati dengan pelbagai warna.