KD Rajawali Stesen Udara Barat

KD Rajawali Stesen Udara Barat Skuadron 499

PERBARISAN KOMANDER UDARA BARAT TAHUN 2026Lumut, 7 Jul 26 - KD RAJAWALI (Stesen Udara Barat) dan Unit Bawah Naungan (UBN...
07/07/2026

PERBARISAN KOMANDER UDARA BARAT TAHUN 2026

Lumut, 7 Jul 26 - KD RAJAWALI (Stesen Udara Barat) dan Unit Bawah Naungan (UBN) telah melaksanakan Perbarisan Komander Udara Barat yang melibatkan seluruh pegawai dan anggota Stesen Udara Barat (SUB). Perbarisan ini turut menjadi manifestasi tahap kesiapsiagaan, disiplin dan profesionalisme warga SUB.

Perbarisan ini telah diketuai oleh Lt Kdr Muhammad Taufiq bin Hamzah TLDM yang melibatkan 5 platun. Komander Udara Barat, Kdr Shahanas bin Kamal TLDM telah menyempurnakan pemeriksaan perbarisan dan menerima tabik hormat.

Perbarisan diakhiri dengan laungan "GEMPUR WIRA" sebagai simbol semangat, kesetiaan dan tekad warga SUB dalam mempertahankan kedaulatan negara serta mengharumkan nama perkhidmatan.





17/06/2026

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.

Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik, serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

"Hijrah menuju kebaikan, membina ummah yang lebih gemilang."


AKTIVITI SUKAN CAWANGAN UDARA TLDM (CUT) SUKU TAHUN KEDUA 2026Lumut, 12 Jun 26 - Aktiviti Sukan CUT Suku Tahun Kedua 202...
12/06/2026

AKTIVITI SUKAN CAWANGAN UDARA TLDM (CUT) SUKU TAHUN KEDUA 2026

Lumut, 12 Jun 26 - Aktiviti Sukan CUT Suku Tahun Kedua 2026 yang dipertandingkan adalah Futsal di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TLDM (A38). Acara telah dianjurkan oleh KD RAJAWALI (Stesen Udara Barat) dan dirasmikan oleh Kdr Shahanas bin Kamal TLDM, Komander Udara Stesen Udara Barat. Objektif aktiviti sukan ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama disamping menguji serta menilai tahap kecergasan seluruh warga CUT.

Keputusan Pertandingan:

Johan - Skuadron 501
Naib Johan - KD RAJAWALI
Ketiga - Skuadron 502
Keempat - Markas Udara TLDM

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!

Markas Udara
501 Squadron
502 SQUADRON



MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DAN ANGGOTA KD RAJAWALI (STESEN UDARA BARAT)Lumut, 11 Jun 26 – Pegawai Memerintah KD RA...
11/06/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI DAN ANGGOTA KD RAJAWALI (STESEN UDARA BARAT)

Lumut, 11 Jun 26 – Pegawai Memerintah KD RAJAWALI, Komander Shahanas bin Kamal TLDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada pegawai dan anggota KD RAJAWALI (Stesen Udara Barat).

Pegawai Memerintah menzahirkan ucapan tahniah kepada pegawai dan anggota yang dinaikkan pangkat. Beliau turut menitipkan amanat agar kenaikan pangkat ini tidak sekadar dilihat sebagai satu penghargaan, malah sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu digalas demi memacu kecemerlangan TLDM khasnya dalam ATM amnya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang diraikan atas pencapaian ini.




30/05/2026

Panglima Tentera Laut dan seluruh warga Navy People mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

Semoga sambutan yang penuh makna ini terus memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan!
Gayu Guru Gerai Nyamai!

27/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ | πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini menghidupkan kembali makna pengorbanan, keikhlasan, kasih sayang dan ketakwaan dalam diri kita semua.






SALAM AIDILADHA 1447H"Saat takbir bergema, erti pengorbanan kian terasa. Kami dari KD RAJAWALI mengucapkan Selamat Hari ...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H

"Saat takbir bergema, erti pengorbanan kian terasa. Kami dari KD RAJAWALI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Terima kasih atas segala pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan demi agama, bangsa, dan negara. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperketatkan ukhuwah serta setiap ibadah korban diterima dan diberkati oleh-Nya."

Markas Udara
501 Squadron
502 SQUADRON


SELAMAT HARI ULANG TAHUN KD RAJAWALILumut, 11 Mei 26 - Hari ini merupakan detik bersejarah buat seluruh warga KD RAJAWAL...
11/05/2026

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KD RAJAWALI

Lumut, 11 Mei 26 - Hari ini merupakan detik bersejarah buat seluruh warga KD RAJAWALI dalam memperingati ulang tahun penubuhannya yang penuh dengan legasi kecemerlangan dan pengorbanan. Sejak awal penubuhannya, KD RAJAWALI telah memainkan peranan penting sebagai tonggak kepada keupayaan udara Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sejarah penubuhan KD RAJAWALI bermula dengan penubuhan Unit Udara TLDM (UUT) yang diilhamkan oleh Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab bin Haji Nawi ketika beliau menjawat jawatan Panglima Tentera Laut. Pembangunan unit ini bermula pada tahun 1985 dengan penghantaran kumpulan pertama juruterbang TLDM untuk menjalani latihan penerbangan di TUDM Kluang. Hasilnya, seramai sembilan orang juruterbang berjaya dianugerahkan sayap penerbangan pada Jun 1986.

Pada tahun 1987, TLDM telah memperoleh enam buah helikopter jenis Westland WASP Helicopter Anti Submarine (HAS) Mk 1 daripada Tentera Laut Diraja British, sekali gus memulakan operasi udara secara rasmi. Penubuhan Skuadron 499 pada April 1988 menjadi titik penting dalam memperkukuhkan keupayaan operasi udara TLDM.

Kemuncak kepada perkembangan ini adalah pada 11 Mei 1990 apabila Unit Udara TLDM ditauliahkan secara rasmi dan diberi nama KD RAJAWALI, mengambil sempena nama burung Rajawali yang melambangkan kekuatan, ketangkasan dan keunggulan.

Sejak itu, KD RAJAWALI terus berkembang sebagai sebuah stesen udara yang menyokong operasi penerbangan TLDM, melaksanakan pelbagai misi termasuk operasi maritim, latihan bersama, serta bantuan kemanusiaan. Kejayaan dan pencapaian yang dikecapi hari ini adalah hasil dedikasi, disiplin dan semangat juang tinggi seluruh warga yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah.

Semoga ulang tahun ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh keupayaan, mempertingkat profesionalisme serta mengekalkan kecemerlangan dalam setiap penugasan yang diamanahkan.

Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pemerintahan Armada Barat
Markas Udara
501 Squadron
502 SQUADRON



UKMSK PENGGAL PERTAMA 2026Lumut, 11 Mei 26 - Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) Penggal Pertama 2026 oleh KD...
11/05/2026

UKMSK PENGGAL PERTAMA 2026

Lumut, 11 Mei 26 - Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) Penggal Pertama 2026 oleh KD RAJAWALI telah berjaya dilaksanakan di Lapang Sasar Abdul Samad, KD PELANDOK. Pelaksanaan latihan ini bertujuan menilai tahap kemahiran, kecekapan serta pengendalian senjata kecil dalam kalangan warga di samping memastikan setiap anggota sentiasa mengekalkan tahap kesiapsiagaan operasi yang tinggi.

Sepanjang pelaksanaan UKMSK, seluruh warga telah diberikan taklimat keselamatan lapang sasar serta penerangan prosedur pengendalian senjata yang betul sebelum aktiviti menembak dimulakan. Penekanan terhadap aspek disiplin, pematuhan prosedur keselamatan dan kawalan di lapang sasar sentiasa diberi keutamaan bagi memastikan latihan berjalan dengan teratur, selamat dan berkesan.

Melalui pelaksanaan latihan ini, warga berpeluang memperkukuhkan kemahiran individu, meningkatkan keyakinan dalam pengendalian senjata serta memantapkan tahap kompetensi anggota dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. UKMSK ini juga menjadi platform penting dalam usaha memperkasakan budaya profesionalisme dan kesiagaan warga selaras dengan tuntutan perkhidmatan.


Address

Pangkalan TLDM
Lumut
32100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD Rajawali Stesen Udara Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share