21/01/2024
Majlis makan malam Dewan Belia DUN Pangkor meriah
LUMUT - Majlis makan malam Ahli Dewan Belia DUN Negeri Perak N52 Pangkor, Syed Alif Rikiman berlangsung dalam suasana meriah walaupun diadakan secara sederhana.
Majlis ini untuk meraikan belia-belia yang mengundi beliau semasa pemilihan sebagai Ahli Dewan Belia Negeri Perak lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, YB Norhaslinda Zakaria dijemput hadir selaku tetamu kenamaan yang turut dihadiri ADUN Pasir Panjang, YB Rosli Abd Rahman, wakil Ahli Parlimen Lumut, Encik Azham.
Selain makan malam, ada juga acara cabutan bertuah kepada mereka yang hadir.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Syed Alif Rikiman turut menjelaskan tentang misi dan visi beliau sebagai Ahli Dewan Belia DUN Negeri Perak khususnya untuk membawa suara belia ke peringkat tertinggi.
Manakala ADUN Pangkor, YB Norhaslinda Zakari semasa memberikan ucapan ringkas antara lain memberi nasihat bahawa peranan golongan belia sebagai penyambung warisan untuk bangsa dan negara.
Majlis juga membuat kejutan apabila menghadiahkan kek bagi meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Norhaslinda.